Makan apa tu...

 Sabtu, 10 Ramadan 1444 Hijrah.

anda yang sering baca blog ni tentu tahu yang saya suka lari. Tapi, yang anda tak tahu, adalah, saya dah gemuk! Hahaha.. eh, betul la ni. Saya tak tipu. BMI saya dah overweight, tau, sebelum masuk bulan puasa hari tu. Iman turun naik. Saya pula suka makan banyak, tak kawal langsung, pantang tengok makanan sedap. 

BMI saya sebelum tu, sudah borderline. Sekejap dia overweight, sekejap dia normal. Ada satu ketika, saya terleka, hingga saya terlebih jauh dari borderline tu, ke dalam jurang overweight. 

Tak mau la macam tu. Sekarang saya sedang kuatkan azam, untuk kembali dapatkan BMI normal. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, orang kata, masa yang tepat untuk kurangkan berat badan. 

Masalah saya ialah, saya suka kopi. Tiap-tiap hari waktu berbuka, saya akan buat kopi 3 in 1. Tak silap saya, sampai 5 ramadan, saya mula kena cirit birit. Ingat ke, keracunan makanan. Tapi, saya sorang je dalam keluarga yang kena. Makan pil chi-kit teck aun pun tak jalan, minum teh pekat tanpa gula pun tak jalan. Saya mula fikir, yang mungkin badan saya cuba bagitahu saya sesuatu. 

Saya pun berhentilah minum kopi 3 in 1. Bila sudah berbuka, saya minum air suam je. Terbukti lepas tu, saya sudah tak cirit birit dah. Yay! Alhamdulillah. Hingga entri ini ditulis, sudah 4-5 hari saya tak minum minuman manis dan kopi 3 in 1. Satu rekod dalam hidup saya, seorang yang suka kopi.

Saya suka bila tengok complexion wajah saya di cermin, lebih smooth dan lembut, berbanding sebelum ni. Tapi dalam kepala saya, Tuhan je yang tahu betapa rindunya saya dengan kopi. 😭 Tapi saya nekad, tak larat la nak cirit birit sentiasa. 

Makanan berbuka Khamis

Masa berbuka Khamis, saya tak makan nasi, tak pergi pasar ramadan. Saya tumis je apa sayur yang ada dalam peti ais, kemudian letak atas pinggan yang disusun dengan salad. Saya tahu, tak healthy sangat ni, sebab fishball dan ubi kentang dalam hidangan tu, saya goreng dulu. 🙈

Saya tak makan nasi waktu berbuka hari Khamis, sebab rancang untuk masak nasi goreng masa bersahur hari esoknya.


Tersedap pulak nasi goreng sahur Jumaat. Lepas semua orang sudah ambil dalam kuali, tinggal sikit lagi, saya juga habiskan. Jadi, makan nasi goreng tambah la saya. Haaa.... tu pasal saya lari, walaupun di bulan puasa. Kalau saya tak lari, memang saya akan gemuk, tau. Keluarga belah arwah mak saya, semua badan besar-besar, it's in the genes. Jadi, saya memang kena kerja keras untuk dapatkan berat badan yang diingini. Jeles tengok orang yang makan banyak pun, badan kekal kecik je. Huuuu....

Hari Jumaat petang pun saya tak ke pasar ramadan juga. Saya masak ayam merah.


Letak sekali kacang panjang dalam lauk ayam merah.


Waktu berbuka, saya makan cara suku-suku-separuh. Alhamdulillah, kenyang juga. Terseksa nak habiskan sayur yang separuh pinggan tu.

Hari ni, 1 April. Saya timbang berat badan.


Alhamdulillah, turun 1 kg. Walaupun BMI saya masih overweight, lagi, semakin menghampiri borderline, untuk masuk kategori normal, iaitu cuma perlu kurangkan lagi 0.4 kg berat.

Last sekali timbang, BMI 25.6. 

Hari ni, timbang, BMI 25.2

Kalau BMI turun bawah 25, dah masuk BMI normal.

Saya harap saya cukup kuat untuk jadikan amalam minum air masak dan tidak makan banyak ni sebagai satu cara hidup. Insya-Allah. Saya cuba. Berusaha! Takpe, turun slow-slow. Kena nekad! Baik! I can do this!

Hari ni, ada cabaran sikit. Suami off kerja, dia ajak pergi pasar ramadan petang ni. Harap dapat tahan keinginan beli banyak. Beli 1 je ok!  Hahaha... help me! Saya nak kopi!!!

Jumpa lagi. 😊

17 comments:

  1. Bertabah la Nur. Saya pun nak kurus tapi belum kuat lagi macam Nur nak lari hari2 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah bertahan la ni, Carneyz. Bila suami buat kopi, bau kopi semerbak, sangat menggoda. Huhu..
      Tapi Carneyz ada workout juga kan, di rumah. Ok ler tu.

      Delete
  2. fighting kak!!! jangan minum manis okay....saya cuma turun 45g dah seminggu puasa,manis memang tak minum tapi kurang senaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Afzan. Baik.
      Afzan dah kecik dah, tak payah turun berat banyak-banyak.

      Delete
  3. Haha semalam adik saya gelak tengok timbang berat badan 47 kg. Anak buah saya yang sulung lagi berat daripada saya.
    Bulan 5 insya Allah cukup setahun saya tinggal kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringannya NA, 47 kg je. Ye la, budak sekarang lebih berat, lagi-lagi budak lelaki.
      Kuat NA, boleh bertahan setahun dah, tak minum kopi. Kipidap ye!

      Delete
  4. dulu pon wak suka kopi tp satu hari tu lps minum kopi mcd perut wak jd memulas smpi masuk spital.. huhu sejak tu wak x minum kopi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu, Wak, Sampai masuk spital. Saya kalau kopi Tealive, boleh jadi loya, pening, nak termuntah. Agaknya badan kita tak boleh terima dah sesetengah kopi ye, Wak.

      Delete
  5. boleh jer minum kopi tapi jenis no sugar...kopi itu sendiri no calori tapi pada bulan Ramadan perlu elak minum kopi kerana sifatnya sedut air dalam badan...terhidrat secara auto tu

    ReplyDelete
  6. godaan bazar ramadan mmg lain macam...hihi..semoga dpt bertahan...boleh minum kopi yg dibancuh sendiri..bkn yg 3 in 1, boleh adjust ikut diet kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, nohas. Baik. Kalau teringin sangat, saya akan buat kopi tanpa gula.

      Delete
  7. Saya minum kopi jugak Nur, tapi tak letak pemanis. Cuma tambah fresh milk. Rasa lemak susu tu jadikan kopi sedap diminum walau tak manis. Beli kopi moccona atau davidoff…sedap 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Saya dah take note brand kopi Ujie suggest. Tima kasih, ye.

      Delete
  8. sy pun suka kopi. tp lps tu sy 'bilas' blk dgn 1l air kosong. selalu sy buat ni bln x puasa. bln puasa ni nekad no more air manis. kalau keinginan membuak sy tahan mkn benda manis yg lain. dpt rs kat lidah dah ckp

    insya allah boleh tu slow2 trn kan berat. yg penting istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya, Anies. Saya kurang minum air masak lepas minum kopi. Itu yang jadi lain tu.
      Amin. Tima kasih, Anies.

      Delete