Nasi goreng kambing grill

 Rabu, 28 Ramadan 1444 Hijrah.

Hari ni saya lari dalam rumah juga.


Larian indoor sejauh 10 km pagi tadi. Alhamdulillah. Esok, lusa, tulat, rasanya tak lari kot.

Gambar nasi goreng yang saya masak untuk sahur.

Lebih kurang waktu tengahari, saya keluar cari barang dapur sikit. Saya pergi pasaraya Billion, ramai orang, penuh parking. Tak jadi masuk dalam. 

Saya pergi kedai PCK, beli beberapa barang. Pergi speed99. Pergi kedai runcit Rich Khalifah. Pastu pergi pasaraya TF. Baru jumpa cukup barang. Sini pun penuh parking, 2 kali pusing baru dapat ruang kosong.

Ramai perantauan sudah tiba di sini. Trafik pun banyak kereta.

Petang, pergi bazar ramadan Manjung buat kali terakhir untuk tahun ni.


Saya berbuka dengan nasi goreng kambing grill. Harga RM16 sebungkus. Alhamdulillah. 😋

Esok rancang untuk bertolak awal pagi. Sahur di luar. Harap trafik tak sesak.

Kalau esok saya tak update blog, maknanya tiada liputan internet di kampung, atau saya sibuk masak. Esok malam pengumuman raya, kan.

Baiklah. Jumpa lagi ye. 😊

6 comments:

  1. bukan zaman PMX ni internet ada dimana2 ke., ms jaman najib dulu pun ada pusat 1 internet kt kampung2 hatta kat rumah panjang sabah sarawak,. huhu

    ReplyDelete
  2. Ada memang ada, Wak, tapi seloooow sangat, kalah siput. Nak update blog, makan masa la juga, dan rasa nak bertukor jadi hijo sebab internet lambat, Wak. 😁

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ye, SK, memang sedap! 😋Kambing pun lembut. Dia grill kat situ, dan kita boleh pilih nak bahagian mana.

      Delete
  4. Pasaraya & hypermarket, semua ramai pelanggan...shopping raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, nohas, last day hari tu, persiapan akhir sebelum raya.

      Delete