Semalam punya larian dan buka puasa

 Selasa, 20 Ramadan 1444 Hijrah.

Semalam, lepas hantar anak ke sekolah, saya berlarian sekejap di Esplanade Lumut.

Bot angkut pasir.

Sesak luar biasa semalam, pagi Isnin, sampai saya lewat tiba di tempat lari. Sempat lari 5.09 km.

Tak masak pun semalam. Saya print out dokumen perjanjian PTPTN anak sulung yang baru diluluskan. Alhamdulillah. Perjanjian tu 19 muka surat, tapi sebab printer bermasalah, kertas asyik sangkut, kerja sekejap berlarutan berjam. Kena buat dua salinan. Ke kedai fotostat saya. 

Lepas tu, pergi pejabat pos, beli stem hasil. Anak sulung balik hujung minggu ni, Insya-Allah. Balik naik bas. Boleh lengkapkan dan kena hantar ke pejabat PTPTN sebelum raya. Anak sulung masih ada kelas minggu depan, tapi kelas online, jadi bolehlah balik awal.

Dia masuk lewat masa semester 1. Masa tu, sudah sampai tarikh tutup untuk pinjaman PTPTN. Itu yang semester 2, cuba apply. 

Petang semalam, ke bazar ramadan, bersama suami.


Saya berbuka dengan makaroni bakar. Kali kedua saya beli dengan penjual ni. Sedap. 😋 Makaroni tu, dah siap dalam bekas. Bila ada orang nak beli, barulah dia taburkan cheese dan cairkan cheese tu guna penunu bunsen apa nama benda macam pistol, tapi keluar api tu? Kalau buat creme brulee orang guna tu untuk cairkan gula. Kitchen torch ke? Entah, saya pun tak tahu.


Ini kerabu perut, penjual dia orang kelantan. Suami teringin. Nampak sikit dalam gambar di atas, onde-onde. Dah lama tak makan kuih yang meletup dalam mulut ni. 😁

Sekian dulu cerita semalam. 

Semoga urusan anda semua pada hari ni, dipermudahkan, dan anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Jumpa lagi, ye. 

19 comments:

  1. lin ncm prosedur PTPTN skrg ni...

    sedapnya kerabu perutttt mn nak cari niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru pertama kali berurusan dengan PTPTN, Anies.
      Ye, ye, sedap kerabu perut, tapi agak pedas sikit, ada cili api.

      Delete
    2. pedas gitu ok laa krg kan sikit rs muak bla mkn perut tu. ni pd tekak sy laa😀

      Delete
  2. pergi ke Tanah Jauhar menu air asam perut lembu naik ke Perak pun menu sama...huhu 2x telan ayaqliur ni

    ReplyDelete
  3. Sesak mengapa ya?
    Sibuk urusan di luar. Alhamdulillah dapat pinjaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab keluar rumah lewat, NA. Patutnya, keluar sebelum pukul 7, baru trafik tak sesak.

      Delete
  4. Ooh..surat perjanjian PTPTN kena print sendiri. Banyak pulak tu 19 m/s.

    Masa muda dulu saya rajin buat onde2, sekarang makin tua makin malas. Terus mengaku tua buat alasan malas masak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie.
      Hehe... Uji pernah juga buat. Saya? Langsung tak pernah buat. Tau beli je. :D

      Delete
  5. Rajinnya berlari dia bulan puasa tapi memang bagus untuk kesihatan kan.
    Sedapnya kerabu perut..lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Aini, tapi takde la hari-hari lari di bulan puasa.

      Delete
  6. Puasa2 pun masih larat melatikan diri erk.
    Wak lagi suka menidurkan diri aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... gelak saya baca komen Wak. Saya bukan lari hari-hari pun di bulan posa ni, Wak. Ada hari, rehat juga, tak larat.

      Delete
  7. sesak pun larian jgn dilupa., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dah alang-alang keluar rumah tu, Wak. Baik terus pi taman, lari. :D

      Delete
  8. Sedap nampak makaroni tu kak, kerabu perut tu aduhai sedapnya masam masin gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Just nice la, makaroni tu. Pandai orang tu masak, tu akak ulang beli.

      Delete
  9. waahh sempat jugak berlari di bln ramadhon.
    waduh macaroni sedapnyaa! kerabu perut arhh sedap!

    ReplyDelete