Hujan lagi pagi ni, waktu nak hantar anak ke sekolah. Lepas drop anak-anak di sekolah, saya pandu kereta balik rumah, tak boleh lari, kan. Sedang menyapu, suami whatsapp dia tak jadi pulang lewat, tak perlu masuk OT. Saya sudah masak nasi goreng pagi tadi. Saya masuk dapur, goreng 2 biji telur mata, boleh makan dengan nasi goreng.
Suami pergi kerja semalam naik motor. Hujan masih belum berhenti. Waktu dengar bunyi motor di hadapan rumah, saya buka pintu. Nampak suami pakai plastik sampah warna hitam, cover baju supaya tak basah. Baju hujan ada di rumah, tak pernah pakai. Plastik sampah juga yang dipakainya.
2-3 hari lepas, suami ada bawa balik 2 biji durian. Ada pokok durian di pejabat suami, banyak gugur buahnya. Kali ni, menjadi, buah. 2 minggu lepas pun, dia ada bawa balik juga, 2 biji.
![]() |
2 biji durian |
Musim durian yang lepas, banyak buah yang rosak, kena tebuk dek tupai. Suami cerita, orang yang jaga landscape pejabat telah memasang kepingan zink atau aluminium pada pokok. Jadi, tupai tak boleh panjat pokok durian tu. Hasilnya, nah... semua kakitangan pejabat berpeluang bawa balik 2-3 biji durian bergilir-gilir. Alhamdulillah, rejeki, makan durian free.
![]() |
Sudah dikopek, masuk tipuware. |
Kopek sebiji dulu. Makan sikit-sikit. Suami jamah seulas dua. Saya yang habiskan. Memang saya je la yang boleh makan durian di rumah ni. Anak-anak tak makan. Suami tak boleh makan banyak pula. Bila dia makan banyak durian, badan dia rasa lain macam, berpeluh, ada rasa mabuk. Faktor usia.
Ok la rasanya. Saya suka durian kuning-kuning macam ni.
Selain pokok durian, ada pokok mangga, rambutan dan ciku di pejabat suami. Rambutan saya tak minat, nanti makan je, batuk. Pejabat di luar bandar macam ni la. Untungnya, boleh makan buah. Tapi ada kala, terjumpa ular. Ular tedung, ular sawa pun pernah jumpa.
Sekian cerita durian a.k.a doghoyan, bak kata orang Perak. Korang suka makan durian tak?
Jumpa lagi, ye. 😊
wah..bagus pekerja landscape tu...hiii..plastik sampah juga yg jadi pilihan hati...
ReplyDeleteItulah, pekerja landscape ada pengetahuan dalam bidang dia, memang sangat bermanfaat.
DeleteGuna apa yang ada, pak encik tu cakap.
Dulu suka makan durian,tapi itupun gak banyak, satu buah berdua atau bertiga, sekarang sudah jarang makan durian, karena ada gas nya itu buat lambung saya..padahal sedap yaa
ReplyDeleteOh, angin ye. Saya pun makan durian hari tu, perut jadi keras bila keluar berlari. Tapi makan juga, sebab sedap. Sekali-sekala. :D
Deletesukaaa he hee bergantung pd isinya durian tu
ReplyDeletebestt ada pokok kat opiss, syok xyah jauh2 nk mkn
Alhamdulillah, Cik Nor.
DeleteMemang biasa jugak saya nampak orang pasang zink di keliling batang pokok, memang berkesan rupanya ya.
ReplyDeleteKami suami isteri suka makan durian. Untung Nur dapat durian free.
Ya, Ujie. Tupai tak boleh nak panjat pokok tu.
DeleteSedap kan Ujie, durian... :D
Seronoknya ada durian di pejabat.
ReplyDeleteSayapun tiada gila sangat makan durian. Makan biasa-biasa sahaja.
Ye, NA. Kalau ada, makan. Kalau takde, tak mencari.
Deleteuntung kak dapat durian free dapat pula makan sorang-sorang tak payah berebut...
ReplyDeleteHehe... Alhamdulillah, Afzan.
DeleteMusim durian berpanjangan tahun ni
ReplyDeleteIye, Wak. Betul.
DeleteBestnya Nur, dapat conquer makan durian sbb yg lain kat rumah Nur tak makan durian 😆
ReplyDeleteHehe.. itu ler, Carneyz. Sekali-sekala.
Deletenampaknya akak kene suruh en suami standby baju hujan dah musim kan. Untung nya kak pejabat ada tanam pokok2 buah, rezeki bila musim nya tiba...
ReplyDeleteYe, Dana. Betul!
DeleteAlhamdulillah... :)
jadi ingin makan durian saya malam2 ini
ReplyDeleteHehe... sila la cari, Encik Rezky. :)
DeleteDulu saya kurng suka durian tapi sejak akhir ini...jadi hantu durian pulak...sorang boleh habis sebiji dalam satu masa sahaja
ReplyDeleteWah... hebat tu, Encik Hanafi. Hehe..
Deleteisi kuning mcm ni memang sedap la !
ReplyDeleteKan... Nina..
Deletefav sy juga ni isi kuning. biasanya durian mcm ni jarang menghampakan dari segi rasanya... cuma bab $$ je. bkn takat menghampakan malah boleh menangis tepi bucu katil😂
ReplyDeleteHehe... rasanya banyak durian dah turun harga kot, sekarang, Anies, banding dulu la, kan. Saya pun tak pasti, sebab selalu makan yang durian kampung macam ni je. Tak pernah lagi cuba musang king ke, ioi ke, dan yang lain-lain tu.
DeleteSukaaaa bangettttt kak 😍😍😍😍. Dan untungnya suami dan anak2 saya pun suka durian. Jadi kalo sedang musim, kami bisa rebutan 🤣. Kemarin ke Penang tujuan utamanya juga hunting durian 😄
ReplyDeleteKita samaa, tak suka rambutan. Bukan Krn batuk, tapi kalo gigit daging rambutan, pasti kulit Ari bijinya terikut. Saya tak suka 😂
Wow, sanggup datang Penang untuk durian ya, Fanny.
DeleteItulah, dulu arwah nenek saya, dia peel isi rambutan tu guna pisau. Jadi, kulit di biji rambutan tu tak sentuh langsung. Simpan pula dalam fridge. Makan sejuk sejuk, sedap, Fanny. Hehe...