Showing posts with label Suku-suku Separuh. Show all posts
Showing posts with label Suku-suku Separuh. Show all posts

Naik 3 kilo!

 Rabu, 15 Muharam 1445 Hijrah - Sudah masuk bulan Ogos. Cepat betul, kan... Seperti biasa, bila masuk bulan baru, saya akan kongsikan laporan larian bulan sebelumnya. Mari kita tengok, larian saya bulan lepas yang sendu.... 😅

Laporan Julai yang banyak rongak.

Pada bulan Julai yang lepas, jumlah jarak larian saya, cuma 133 kilometer, berbanding bulan Jun, jarak saya lari adalah sejauh 250 kilometer. Haha... memang malas betul lari di bulan Julai. 

Laporan Julai, compared to Jun.

Bulan Julai hanya ada 21 aktiviti larian saja, banding bulan Jun, saya ada 33 aktiviti larian.

Tapi memang dari awal saya sudah plan untuk berehat-rehat di bulan Julai, kerana bulan Ogos ni, saya ada 1 event larian fizikal dan 1 event larian virtual yang durationnya selama sebulan. 

Seperti biasa, setiap 1 haribulan, saya akan timbang berat. Nak tahu berat saya berapa?

63 kg!!!! 

Hahaha....padan muka, kat diri sendiri. Inilah apa yang kita dapat, kalau kita makan lebih banyak dari apa yang kita bakar. Hahaha.... carbo loading melampau. Sampai 3 kilo naik!

BMI jadi overweight

Padanlah rasa seluar macam kecik. Suami saya kata, itu tanda saya happy! 

Ye la, memang saya happy pun. Takde pantang-pantang. Pantang tengok makan sedap. 🙈 

Tapi, saya ok je. Sebab bulan Ogos ni, kena kerja keras, Runliga akan bermula pada 17 Ogos. Kumpul sebanyak mana mileage yang boleh, selama 1 bulan. Berusaha! 🏃

Sarapan hari ini

Sementara dekat rumah, bolehlah amalkan semula diet suku suku separuh. Haha... kembali ke pangkal jalan. Timun separuh pinggan, telur goreng suku pinggan, dan nasi goreng suku pinggan. 

Semoga bulan Ogos ni, membawa lebih makna dan kejayaan kepada anda sekalian. Cuba untuk berubah ke arah kebaikan, sikit demi sedikit. Cuba mana mampu. Nikmati hidup dengan sepenuhnya. Syukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah beri. 😊💓

Jumpa lagi, ye. 

Wifi hilang lagi

 Isnin, 16 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Maxis fibre hilang lagi, di rumah, buat kali ketiga. Boleh dikatakan, tiap-tiap bulan terjadi begini. Kali ni, nampak kabel fibre tu tergantung, sah putus terus, digigit oleh kera-kera liar. Wifi di rumah pun tak ada, sejak hari Sabtu pagi. 

Bila report, orang Maxis cakap, nak gantikan buat sementara, line internet lain, jenis wireless. Dia akan hantar technician, untuk tolong pasangkan. 

Semalam, hari Ahad, technician Maxis pun datang. Sementara suami tengok dia set-up modem dan line, saya ke dapur, masak untuk makan tengahari. 

Sayur hari Ahad

Saya tumis cendawan tiram bersama kobis bunga, lada benggala hijau dan baby corn. Bila sayur hampir masak, saya pecah telur. Jadilah seperti dalam gambar di atas. 

Modem Wifi tiada internet

Technician kata, salah letak, dia tak boleh atas satu sama lain. Aik.. bukan kita kacau pun. Itulah technician Maxis yang mula-mula install maxis fibre dulu yang buat gitu. Ada lampu merah berkelip di LOS. Tapi dalam gambar, saya tak dapat capture.

Sudah dipasang wireless internet

Begitu rupanya, di dalam gambar. Wireless internet, untuk baiki talian internet buat sementara waktu. Nak tunggu dia ganti kabel yang putus, mungkin hari Rabu. Jadilah. Kalau 2 orang pakai connect to wireless internet ni, ok lagi. Bila masuk 4 orang pakai, line jadi slow. 

Suami ada tanya, mungkin kami kena pakai jenis wireless kot, sebab selalu sangat terjadi ni, kabel kena kacau oleh kera liar. Technician tak galakkan tukar ke wireless, sebab line tak berapa kuat, berbanding pakai fibre. Hmmm... entahlah. Kalau dah kerap terjadi, bosan juga. 

Kotak modem wireless

Technician kata, internet unlimited. Boleh la guna untuk pasang Netflix di tv. Semalam saya cuba dari dalam bilik, untuk urusan perbankan nak transfer duit, tak kuat pun. Saya kena guna data handphone juga. Rasanya, Celcom pun ada jenis USB macam ni, kan? Pakai cucuk saja. Dalam kereta pun boleh jadi Wifi.

Selepas orang Maxis balik, kami pun makan tengahari.

Makan tengahari Ahad

Separuh pinggan, isi dengan sayur.

Nasi, suku pinggan. (macam terlebih je 🙈)

Ayam, suku pinggan. 

Makan di rumah boleh la suku suku separuh ni. Bila di luar, ke laut dalam lah, ye.

Lepas Asar, hantar anak sulung ke stesen bas, dia nak balik Terengganu. Masa macam suntuk, tapi kesian pula kat anak, nanti tak makan, lapar dia dalam bas. Jadi, kami singgah ke McD drive through, beli burger. Tak kan la anak sorang je makan burger kan, mak pak pun nak juga. Hehe.... makan dalam kereta, sambil tunggu bas anak tiba.

Makan malam awal Ahad

Saya pesan cheese burger. Suami makan mcChicken. Anak makan GCB. Alhamdulillah. Selamat jalan, anakku, belajar rajin-rajin ye. 

Masa sudah balik rumah, rasa lapar la pulak. Nak makan ke, tak? Sebab tadi, makan awal, pukul 5 petang. Makan juga la, nanti perut berbunyi waktu malam, camana nak tidur. Kih kih..

Makan malam lewat Ahad

Nasi, habiskan lauk sayur, habiskan lauk ayam yang tinggal saki baki.

Pagi ni, saya pergi jogging, seperti biasa.

Larian Isnin

Langit masih gelap masa saya keluar rumah, ke tempat jogging. Bulan terang di langit. Sempat berlarian sejauh 7 kilometer pagi tadi. Alhamdulillah.

Sarapan Isnin

Pagi tadi, saya bersarapan nasi goreng, bersama telur dadar dan buah oren. 

Saya sudah nampak perubahan sikit, walaupun saya baru amalkan diet suku suku separuh ni, 5 hari. Saya lebih senang buang air besar. Kalau tak, saya 3 hari, baru sekali membuang. Saya bukanlah jenis suka sangat sayur dan buah ni. Boleh makan, cuma kurang gemar. 

Ada ketika, terbabas juga. Tapi, saya akan terus cuba la. Kalau tak dapat, contohnya, makan di luar, saya akan cuba kurangkan pengambilan karbo.

Baik. Selamat beristirehat, hari cuti umum hari ni, Hari Keputeraan Agong. 

Jumpa lagi, ye. 😊

Buat muffin pisang

 Ahad, 15 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Semalam, hari Sabtu, saya ada cakap, saya punya cheat-day, kan. Tapi, cheat-day saya, dalam kategori terkawal lagi. Sebab saya tak rasa macam gendut pun. Walaupun saya tak ikut sangat diet suku suku separuh (DSSS) tu.

Makan tengahari Sabtu

Saya makan pita kebab, dan pisang sebiji. Pita kebab tu, saya beli di pasar pagi Bota Kanan. Sedap juga. Dia punya perapan daging tu, ada rasa macam sate.

Makan malam pula, saya, suami dan anak sulung makan luar, di kedai tomyam dekat rumah.

Makan malam Sabtu

Pesan nasi 2 pinggan. Saya dan suami share nasi, separuh-separuh. Minta pinggan kosong satu. Lauk yang kami pesan adalah kailan ikan masin, ikan kembung masak tiga rasa, telur dadar, ayam masak merah dan tomyam campur. Alhamdulillah.

Anak sulung sudah nak balik ke Dungun hari ni. Lepas Asar, kena hantar ke stesen bas. Nanti, raya haji yang akan datang ni, dia akan balik Perak lagi, Insya-Allah. Kulu kelor, kulu kelor, orang perak cakap. Padahal lebih 400 kilometer tu, sehala. Kalau tinggal sana, nak makan apa? Sana macam Kelantan juga, kalau raya haji, tak ada kedai yang buka. Dah semua kawan-kawan balik, takkan nak tinggal sorang. Seram pulak kang.

Ahad

Bangun awal, sebelum pukul 5 pagi. Hujan turun. Nampak gaya, tak dapat pergi lari hari ni. Saya tengok, pisang atas meja sudah masak ranum. Nak buat cokodok ke, nak buat muffin? Buat cokodok, goreng. Kalau buat muffin, bakar dalam oven. Saya pilih untuk buat muffin.

Sebelum masuk oven

Saya guna tepung naik sendiri. Tak letak soda bikarbonat. Kalau guna tepung gandum biasa, kena letak baking powder dan soda bikarbonat. Sebelum-sebelum ni, bila buat muffin, adunan akan melimpah keluar semasa dimasak. Saya letak adunan kurang dari tiga perempat bekas muffin tu. Saya tabur chocolate chips. Lagi satu, saya guna gula perang, bukan gula putih.

"Gula perang mempunyai nilai kalori yang kurang sedikit iaitu 15kcal berbanding gula putih 16.3kcal, tetapi perbezaan tersebut sangat minimal dan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada gula perang. Perbezaan utama adalah dari segi warna dan rasa sahaja." - dari google

Sikit benor beza nilai kalori. Tapi, sikit pun takpe la. Make the best of what you have. 

Muffin pisang, sudah masak.

Lepas Subuh, saya jogging dalam rumah sahaja, sebab masih hujan. 

Indoor running Ahad, 9 kilometer.

Saya berhenti jogging bila suami balik kerja. Dia bawa balik sarapan.

Sarapan pagi Ahad

Saya makan nasi suku pinggan, ayam kicap seketul, dan buah oren, separuh pinggan. Oh, dan saya makan muffin pisang satu.

Boleh tahan sedap, muffin pisang with chocolate chips. 😋

Saya cubalah ye. Tak ada lah strict sangat DSSS tu. Saya still kena masak untuk anak-anak. Jadi, takkan nak tengok je kot. Mesti nak rasa sebiji. Hehe..

Orait. Salam hujung minggu. Eh, besok masih cuti la. Yay! Anda pergi jalan-jalan mana tu?

Hari Sabtu, hari tipu

 Sabtu, 14 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Saya cuba untuk ikut diet suku suku separuh (DSSS) tu. Bergantung pada keadaan. Apa yang ada di rumah. 

Makan tengahari Jumaat

Separuh pinggan, saya isikan dengan tembikai. Suku pinggan, sosej ayam yang direbus untuk sarapan anak-anak waktu pagi, tapi dia orang tak habis makan. Suku pinggan, nasi goreng kampung. 

Bila jalan-jalan di luar, susah sikit la, nak buat DSSS. Semalam, anak-anak tengok cerita Spiderman: Across the Spider-Verse tu, kat TGV cinema. Kami malas nak ikut, tengok cerita tu. Jadi, saya dan suami lepak di gerai mee, tepi padang Astaka Sitiawan.

Makan malam Jumaat

  Saya makan kuetiau goreng kerang. 

Haa.. kan susah, bila kita makan di kedai yang ada goreng-goreng je. Kalau kedai nasi campur, ok lagi, boleh diusahakan. Tapi manalah ada kedai nasi campur buka petang-petang, kat sini. 

Sabtu

Pagi ni, sebelum Subuh, saya tengok, roti punya tarikh luput jatuh hari ni. Saya pun buat roti celup telur aka french toast.

Sarapan anak-anak

Buat lapik perut. Sementara mama pergi jogging.

Riadah pagi, lari di Lumut, dan berjalan di Bota.

Saya pergi awal lari hari ni, sebab dah janji dengan suami, nak pergi pasar pagi Bota. 

Sempat berlarian sejauh 6.12 kilometer. Sampai rumah pukul 8 pagi, tapi suami belum balik lagi. Rupanya, kereta dia rosak. Nasib baik rosak di parking ofis. Jadi, saya pergi ke ofis suami, ambil dia, pergi pasar pagi Bota. 

Lepas beli barang di pasar pagi, singgah kedai jual alat ganti kereta di Ayer Tawar, beli minyak clutch, dan hantar suami balik semula ke ofis. Minyak clutch dia bocor. Isi baru, sementara dia terus pergi workshop, repair. Saya balik ke rumah, bawa barang-barang belian.

Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya setiap Sabtu adalah cheat-day! Haha... baru mula diet 2 hari, dah cheat-day. 

Nanti saya cerita lain, pasal jalan-jalan di pasar pagi Bota, ye.

Ok. Have a great weekend semua... jumpa lagi. 😊

And the journey continues...

 Jumaat, 13 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Rasa macam baru je hari Jumaat. Hari ni dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu, lebih-lebih lagi masa cuti sekolah. 😁

Diet suku suku separuh continues...

Makan tengahari semalam

Suami goreng sayur pucuk paku. Saya isi sayur separuh pinggan. Ayam masak sambal seketul, dan nasi suku pinggan. 

Ok, makan suku suku separuh ni. Tapi in between tu, rasa lapar. Saya biasanya, pergi buka peti ais, ambil coklat, kit kat ke, buka balang biskut, ambil chipsmore sekeping ke. Tapi semalam saya tidak berbuat demikian. Proud of myself, sebab berjaya tahan keinginan makan jajan. Bila lapar, minum air masak sahaja.

Selepas zohor, keluar, ajak suami, pergi beli buah. 

Sambil jalan-jalan, bungkus nasi kandaq Pantai Remis untuk anak-anak. Beli sate Sungai Wangi, dekat Ayer Tawar. 

Jadi, itulah dinner saya semalam. Sate ayam dan daging. Juga, ada buah tembikai. Alhamdulillah.

Hari ini, Jumaat

Bangun pagi, sediakan sarapan untuk anak kedua yang ada kelas tambahan pukul 8 pagi. Perangat nasi kandaq semalam, untuk anak sulung dan anak bongsu makan. 

Basuh kain. Subuh. Sidai kain. Siram pokok. Hantar anak. Kemudian, saya pergi tempat jogging, walaupun sudah pukul 8. Dah lewat. Selalunya, saya lari pukul 7. Tapi apa nak buat, family first. 

Larian Jumaat

Takpe la, muka hitam pun, kena matahari. Asalkan hati tak hitam. Ayat sedapkan hati sendiri. Lari sehingga cukup 10 ribu langkah, iaitu 5.59 kilometer. Jadi la. Nak buat lebih, tak tahan wei... paneh bebenor...

Bila balik rumah, suami sedang potong rumput, guna mesin. Dia pun join saya juga, sedang diet dan misi menurunkan berat badan. Dia obese kelas 1, saya pula overweight sikit. Sikit ler, sebab BMI 25.4. 

Kalau BMI 25 ke bawah, baru BMI normal. Suami balik kerja shif malam, sebab dia tak boleh beriadah, at least dia keluar peluh juga, tolak mesin rumput tu.

Oh, dia siap rebus telur lagi, untuk sarapan.

Alat rebus telur

Siapa ada alat rebus telur ni di rumah, angkat mouse! Hehe...

Dah tanya suami, dia isi air panas sampai penuh, baru telur jadi 3 suku masak.

Hari tu, saya isi sampai ke garisan paling atas, dia jadi suku masak je. Lagi pun hari tu, telur besar, AA.

Hari ni, guna telur gred C, ok, menjadi, 3 suku masak.

Pagi tadi, saya dah siap mandi, suami masih belum masuk rumah. Suruh dia stop, sambung esok, sebab sudah pukul 10 pagi. Tak boleh main panas sangat. Semalam, saya cabut rumput dan siram pokok tengah panas, pagi ni bangun, rasa tekak sakit, macam nak demam. 

Tapi sekarang saya dah ok. Kena minum air masak banyak-banyak.

Sarapan pagi Jumaat

Sarapan saya ialah pisang separuh pinggan (2 biji pisang). Besar pisang saya beli, semalam. Tak tau pisang apa. Pakai beli je. Dia lebih besar dari pisang berangan. Telur 3 suku masak, 2 biji, dan roti bakar 2 keping, dibiar kosong. Sebelum ni, saya bila makan roti bakar, suka sapu butter. Ya Allah... wangi bila kita bakar roti guna toaster, kemudian kita sapu butter yang diambil segar dari peti ais. Kemudian butter itu melt di atas roti bakar yang masih panas. Astaghfirullah azim... korang tolong makan bagi pihak saya, ye. Saya makan roti kosong je. Huuu... Ye, saya tahu. Kena tukar roti putih ke roti whole wheat. Habiskan dulu roti ada di rumah ni, ye. Jangan membazir.

Alhamdulillah. Rasa kenyang. Rasa macam patut makan sekeping je, roti. Atau mungkin sebab pisang besar.

Ok. Tu jer perkongsian kali ini. Jumpa lagi. 😊

Azam baru

 Khamis, 12 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Sudah masuk bulan Jun. 

Pagi tadi, saya pergi berlari di Teluk Batik, dengan suami.

Larian 7.7 kilometer di pagi Khamis

Rumusan larian pada bulan Mei 2023 adalah seperti berikut:


Jumlah jarak larian: 154.1 kilometer

Purata jarak larian dalam sehari: 5 kilometer

Purata jarak larian dalam seminggu: 38.5 kilometer

Ok, bulan Mei saya berjaya lepas 150 kilometer dalam sebulan. Alhamdulillah.

Sempena masuk bulan baru ni, target saya adalah 200 kilometer larian. Boleh ke idok? Haha.. marilah kita cuba. Berusaha! 🏃

Saya juga berazam untuk amalkan diet suku-suku separuh. Bukan untuk bulan ni saja. Tapi kalau boleh, nak jadikan cara hidup saya.

Separuh pinggan: Sayur dan buah

Suku pinggan: Protein

Suku pinggan: Karbohidrat

Kena kawal makan sikit. Saya seorang yang suka makan. 

Berat sekarang: 61 kilogram

Berat impian: 55 kilogram

Saya akan cuba untuk kawal nafsu makan saya. Saya pernah berjaya turunkan BMI saya dari overweight ke BMI normal, dalam masa 5 tahun. Haha.. lama, kan? Tak kisah la berapa lama saya ambil untuk dapat target weight saya. Tapi saya akan cuba. Dah lama berat saya dok tang tu je. Nak buang angka 6 tu. Nak ganti dengan angka 5 di hadapan. Berusaha! 💪


Lepas lari pagi tadi, saya dan suami pergi makan di Restoran Nasi Ulam Lumut. Gambar di atas adalah sarapan saya. 

Nasi, agak-agak saiz dalam segenggam, ayam bakar bahagian dada, dan sayur salad. Sambal belacan sikit, sebab tak ambil kuah. Ok ke, encik? 


Balik rumah pagi tadi selepas sarapan, saya cabut rumput dan menyiram pokok. Kemudian, saya buat yoga sekejap. Cardio di atas, saya buat selepas lari pagi tadi, iaitu senaman kempis perut.

Dengan ini, saya nak mengucapkan selamat tinggal kepada perkara di bawah...


Babai cheese stick dan creme brulee Harold yang sedap, dan air manis. I'm gonna miss you. 

Tolong doakan saya diberi kekuatan, ye. 😊

Makan apa tu...

 Sabtu, 10 Ramadan 1444 Hijrah.

anda yang sering baca blog ni tentu tahu yang saya suka lari. Tapi, yang anda tak tahu, adalah, saya dah gemuk! Hahaha.. eh, betul la ni. Saya tak tipu. BMI saya dah overweight, tau, sebelum masuk bulan puasa hari tu. Iman turun naik. Saya pula suka makan banyak, tak kawal langsung, pantang tengok makanan sedap. 

BMI saya sebelum tu, sudah borderline. Sekejap dia overweight, sekejap dia normal. Ada satu ketika, saya terleka, hingga saya terlebih jauh dari borderline tu, ke dalam jurang overweight. 

Tak mau la macam tu. Sekarang saya sedang kuatkan azam, untuk kembali dapatkan BMI normal. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, orang kata, masa yang tepat untuk kurangkan berat badan. 

Masalah saya ialah, saya suka kopi. Tiap-tiap hari waktu berbuka, saya akan buat kopi 3 in 1. Tak silap saya, sampai 5 ramadan, saya mula kena cirit birit. Ingat ke, keracunan makanan. Tapi, saya sorang je dalam keluarga yang kena. Makan pil chi-kit teck aun pun tak jalan, minum teh pekat tanpa gula pun tak jalan. Saya mula fikir, yang mungkin badan saya cuba bagitahu saya sesuatu. 

Saya pun berhentilah minum kopi 3 in 1. Bila sudah berbuka, saya minum air suam je. Terbukti lepas tu, saya sudah tak cirit birit dah. Yay! Alhamdulillah. Hingga entri ini ditulis, sudah 4-5 hari saya tak minum minuman manis dan kopi 3 in 1. Satu rekod dalam hidup saya, seorang yang suka kopi.

Saya suka bila tengok complexion wajah saya di cermin, lebih smooth dan lembut, berbanding sebelum ni. Tapi dalam kepala saya, Tuhan je yang tahu betapa rindunya saya dengan kopi. 😭 Tapi saya nekad, tak larat la nak cirit birit sentiasa. 

Makanan berbuka Khamis

Masa berbuka Khamis, saya tak makan nasi, tak pergi pasar ramadan. Saya tumis je apa sayur yang ada dalam peti ais, kemudian letak atas pinggan yang disusun dengan salad. Saya tahu, tak healthy sangat ni, sebab fishball dan ubi kentang dalam hidangan tu, saya goreng dulu. 🙈

Saya tak makan nasi waktu berbuka hari Khamis, sebab rancang untuk masak nasi goreng masa bersahur hari esoknya.


Tersedap pulak nasi goreng sahur Jumaat. Lepas semua orang sudah ambil dalam kuali, tinggal sikit lagi, saya juga habiskan. Jadi, makan nasi goreng tambah la saya. Haaa.... tu pasal saya lari, walaupun di bulan puasa. Kalau saya tak lari, memang saya akan gemuk, tau. Keluarga belah arwah mak saya, semua badan besar-besar, it's in the genes. Jadi, saya memang kena kerja keras untuk dapatkan berat badan yang diingini. Jeles tengok orang yang makan banyak pun, badan kekal kecik je. Huuuu....

Hari Jumaat petang pun saya tak ke pasar ramadan juga. Saya masak ayam merah.


Letak sekali kacang panjang dalam lauk ayam merah.


Waktu berbuka, saya makan cara suku-suku-separuh. Alhamdulillah, kenyang juga. Terseksa nak habiskan sayur yang separuh pinggan tu.

Hari ni, 1 April. Saya timbang berat badan.


Alhamdulillah, turun 1 kg. Walaupun BMI saya masih overweight, lagi, semakin menghampiri borderline, untuk masuk kategori normal, iaitu cuma perlu kurangkan lagi 0.4 kg berat.

Last sekali timbang, BMI 25.6. 

Hari ni, timbang, BMI 25.2

Kalau BMI turun bawah 25, dah masuk BMI normal.

Saya harap saya cukup kuat untuk jadikan amalam minum air masak dan tidak makan banyak ni sebagai satu cara hidup. Insya-Allah. Saya cuba. Berusaha! Takpe, turun slow-slow. Kena nekad! Baik! I can do this!

Hari ni, ada cabaran sikit. Suami off kerja, dia ajak pergi pasar ramadan petang ni. Harap dapat tahan keinginan beli banyak. Beli 1 je ok!  Hahaha... help me! Saya nak kopi!!!

Jumpa lagi. 😊

Macamana saya memilih

 Isnin, 19 RabiulAkhir 1444 Hijrah.

Hujung minggu ni, kita mengundi. Kome excited tak? 😁

Macamlah tak pernah ngundi. Saya tak tahu nak pangkah siapa lagi. Saya adalah apa yang orang katakan, pengundi atas pagar. 

Pada piliharaya yang lepas, saya ada jumpa dengan calon pilihanraya sini. Dia datang pada saya, yang pada ketika itu, sedang berdiri di kereta, tunggu anak keluar sekolah. Dia kenalkan diri dia, dan bercakap dia bertanding untuk parti sekian, sekian. Undilah saya. Lain hari dan waktu pula, time saya jogging, saya jumpa calon parti lain pula, bersalaman dengan orang ramai yang sedang jogging di padang waktu tu.

Saya berharap saya akan berjumpa calon pilihanraya kali ni, macam tu juga. Tapi sorang pun tak terserempak. Ntah. Suami saya cakap, kena pergi ke pusat gerakan dia. Saya perhati juga banner dan bendera yang dipaparkan di merata tempat. Saya nak kenalpasti calon yang bertanding di kawasan saya mengundi. Saya bukan tengok parti, tapi saya tengok orang yang bertanding. Siapa macam saya? Hehe... 

Pada pendapat saya, seseorang itu haruslah punya penampilan yang baik. Tak perlu hensem atau cantik. Contoh kalau badan dia overweight, macamana dia nak pimpin orang, jadi wakil rakyat, sedangkan badan dia sendiri, dia tak boleh nak jaga? 

Kalau lelaki, kalau dia dapat jadi imam solat kat surau tempatan pun, itu adalah kriteria yang sangat bagus, yang saya akan terus pangkah dia. Siapa pemimpin yang anda tahu di negara kita, yang anda pernah tengok jadi imam? Silalah google sendiri, dan kita diam-diam saje, ye, untuk pengetahuan kita saja. Kalau tak boleh jadi imam, macamana nak jadi ketua yang baik?

Pendapat saya saja, tau. Tapi tempat kita pun lain-lain, jadi, pandai-pandailah kita buat keputusan yang paling baik. Asalkan orang yang kita pilih tu, tak datangkan mudarat pada kita semua. 

Saya ada tengok berita tengahari hari tu. Ada reporter tengah interview sorang calon ni. Calon tu cakap, "Jika saya mendapat mandat, saya akan pastikan kebajikan saya.. eh.. rakyat dijaga dengan baik." Tergelak saya tengok. 😁

Larian Sabtu lepas, 10 keyem.

Gambar di atas adalah hidangan tengahari saya. Saya dah mula makan secara suku-suku separuh ni, mula pertengahan bulan lepas. Untuk sarapan pula, saya makan gardenia wrap. Pada 1 November hari tu, saya ada timbang. Berat saya turun 1 kg. 😁 Sebab berat saya dok stuck kat 59 kg, tak berubah-ubah, beberapa bulan. Saya masih makan nasi macam biasa, cuma saya kurangkan portion nasi tu. Tetapi, saya tak konsisten sangat. Bukan setiap hidangan saya buat style suku-suku separuh ni. Bila makan luar, ke laut dalam jugak. Saya cubalah ye. 

Larian Ahad cuma 6.24 km. 

Hari Ahad, ada beli yong tau fu kat pasar malam, share makan dengan suami. Sedap yong tau fu pakcik ni. Dah lama niaga, sejak arwah mak saya ada lagi. Selalu tak boleh nak beli, sebab ramai orang. Hari Ahad lepas, kami ter-datang awal, takde orang, ape lagi, serang...! 😋

Larian Isnin, 10.07 km.

Gambar si Puteh, yang tengah bunting. Gemuk dia sekarang. Geram betul dengan budak bulu ni.

Ok la ye. Sekian dulu untuk kali ni.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi. 😊

Makan dan makan

 Semalam, hari Jumaat, saya cuti lari. Saja, bagi badan rehat. Badan kita ni, macam kereta jugak, sebenarnya. Bila dia nak rosak, dia akan keluar bunyi sana, bunyi sini. Cuma kita perasan atau tak, bunyi tu. Sama ada kita dengar, atau buat tak peduli bila badan kita dah keluar tanda. Rehat pun penting juga. 

Suami saya pun, apa lagi, ajaklah saya sarapan di luar. Lepas hantar anak kedua ke sekolah, kami pi kedai makcik bawah pokok.


Order cucuq dengan kuah kacang. Rangup cucuq makcik ni. Panas-panas pekena, nikmat... 😋


Saya order mee rebus. Ayor nescafe o panas.


Sementara suami saya pula, order mee kari. Dua-dua sedap. Alhamdulillah.

Lepas sarapan, singgah Lotus. Cari barang dapur sikit. Dekat kaunter ayam, ramai bebenor orang berator. Rupa-rupanya, masa dia bawa keluor ayam, harganya murah. Sekor, boleh dapat RM9. Biasanya, sekor ayam, kalau beli di pasor, boleh mencecah RM22. Tak heran la ramai yang berator. Ada yang amik sampai penuh satu troli. Niaga kot. 

Balik rumah, saya masak nasi. Lauk kacang buncis, pecah telor.


Bincang dengan suami, kami nak buat macam dulu. Makan cara suku-suku separuh. Saya cerita sikit ye, pengalaman dari tahun lepas. 

Lebih kurang awal tahun lepas, suami saya telah kemalangan motor. Dia kena jalani pembedahan di lutut.

Gambar throwback masa nak check-out spital

Lepas operate, kena la pantang, ye dak. Baru luka cepat sembuh. Sementara dia tak boleh berjalan, saya bagi dia makan style suku-suku separuh. Letih tau, jaga orang tak sihat ni. Nak mudah kerja, saya bagi dia makan dalam tray budak ni.


Tak payah  nak berhidang-hidang bagai. Doktor tak bagi dia banyak gerak dalam 2 minggu pertama. Dok atas katil, buang ayor kecik pun atas katil. Separuh tray sayur dan buah. Suku yang paling kecik, nasi. Suku sederhana besor, protein seperti ikan dan ayam. Saya masak cara kukus, bakor dalam oven atau rebus. Contoh macam masak sup tu, saya tak tumis pun, saya masak air je, tak guna minyak. 

Gambar throwback tahun lepas, masa follow-up spital

Cian pakcik ni. Idok ler namanya manusia kalau tidak diuji. Kita tengok kesian. Yang menanggungnya, bila hilang upaya berjalan, hanya yang merasainya saja yang tahu. Tapi, kita belasah jer la. Bersedia atau tidak, hadap! Insya-Allah, ada ganjaran atau hikmah di sebaliknya.

Dipendekkan cerita, sebaik sahaja habis mc 2 bulan, bila suami saya kembali bekerja (ye, Alhamdulillah, suami saya boleh kerja semula, walaupun mula-mula pakai tongkat ketiak atau underam crutches tu). Semua officemate suami kata, suami saya dah kecik. Dah kurus la. Hasil makan style suku-suku separuh. Tentu anda tahu, yang badan kita ni, 80 peratus adalah apa yang kita makan. Lagi 20 peratus, senaman. 

Jadi, suami saya yang cadang, saya masak style camtu balik. Sebab dia ada gain weight sikit. Cuba lah ye, tak boleh buat all the time, kita cuba buat setakat mana mampu. Nak sihat. Nak ibadah dengan mudah. Orang sakit lutut, bila overweight, ha, start la sakit kaki tu. Kita cuba, ok.

Berikut makan tengahari saya semalam. Eh, takkan la suami saya je yang makan suku-suku separuh. Saya pun join ler. 😁


Sayur kacang buncis separuh, nasi suku, ayam bakor suku. Ayam tu, beli yang dah perap, frozen. Kita masak je dulu apa ada di rumah. 

Makan malam pula adalah seperti berikut.


Saya pinjam tray makan suami. Dia kerja shif petang. Itu la maksud saya. Bukan boleh apply makan suku-suku separuh ni sepanjang masa, lebih-lebih lagi bila suami di tempat kerja. Tapi kita cuba la mana yang mampu. Hidangan makan malam saya, sayur salad separuh, nasi, dan ayam panggang. Besor nya ayam saya. Heee..

Semoga istiqamah. Dapat buat sebagai gaya hidup yang baru. Berusaha! 

Ok la. Jumpa lagi, ye.