Larian Khamis dan Rumusan Mac

 Pagi tadi, pergi jogging macam biasa. Tengah jogging, hujan turun. Tapi teruskan juga. Hujan sikit. Lepas tu, hujan pun berhenti. Ada pelangi kecil di langit.


7 km lebih jogging pagi tadi.
Gambar di atas adalah gambar bunga dari rumpur liar yang tumbuh depan rumah. Cantik bunga dia.

Bila sampai rumah, masa dalam bilik air, hujan turun dengan lebatnya. Masa saya tengah taip entri ni pun masih hujan, tapi tak selebat tadi.

Alhamdulillah. Hujan turun. Sejuk jadinya. 

Hari ni, kita dah pun berada di hari terakhir di bulan Mac. 


Jarak larian bulan Mac adalah sebanyak 186.9 km. Melebihi jarak larian di bulan Februari, iaitu 153.7 km. Ada improvement dari segi jarak. Bulan April ni, bulan puasa, jadi saya rasa, jarak larian tak banyak kot.


Dari segi kekerapan larian di bulan Mac, saya tak lah pi jogging hari-hari. Banyak juga rongak, seperti gambar di atas. 

Purata jarak dalam sehari: 6 km
Jumlah jarak larian Mac: 186.9 km
Purata jarak seminggu: 46.7 km
Jumlah kalori terbakar:10,255

Syukur Alhamdulillah atas nikmat lari yang Allah bagi. Saya akan tetap lari di bulan puasa, (kalau rajin). Insya-Allah. Tengok la camana. Tapi buat sikit je la. Setakat 10 ribu langkah ke, dalam sehari. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Kembali lari

 Setelah 3 hari tak jogging, hari ni saya kembali beriadah di waktu pagi. Ada buat swab test lepas balik dari Kelantan. Alhamdulillah, negatif.


Dapat jogging 7 km pagi tadi. Alhamdulillah. Santai-santai, pace 10 je. 

Gambar adalah secawan white coffee, minum di Hirup Piring Kopitiam, Manjung. Tak sah kalau tak pekena kopi dalam sehari. 

Balik dari jogging, singgah kedai, beli ayam seekor. Pergi kedai runcit, beli air kotak, biskut dan aiskrim. Balik rumah, basuh dan sidai baju. Lipat baju. Pukul 10 pagi lebih baru saya sarapan. Suami dah tapau nasi berlauk ayam bakar, sebelum dia pergi kerja shif pagi.

Anak-anak pdpr. Hari ni, dah 30 Mac. Cepat betul kan, masa tu. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Balik kampung

 Saya balik kampung suami di Kelantan pada hari Jumaat lepas. Semalam, hari Ahad, saya balik semula Manjung. Macam kartun pun ada. Paling sekejap balik kali ni. Tengok rumah kampung, yang masih belum siap sepenuhnya. Dalam 80 peratus dah siap. Rumah lama yang bahagian kayu, dirobohkan sebab kayu semua dah reput. Dinding pun dah berlubang. Ganti rumah batu, simple je. Rumah 4 segi je, cuma tambah bilik air. Belum siap. Laluan masuk kereta ke bahagian garaj pun belum siap. Lepas tu, bumbung dapur, bocor pula, beberapa tempat. Kena repair bumbung dan suami nak renovate dapur sikit. Rumah yang kami bakal duduk bila suami dah pencen, lagi 9 tahun, kalau umur panjang. 

Masa hari Sabtu di kampung, sempat jogging sat. Jalan-jalan, tengok kawasan kampung. Kawasan di mana suami saya mandi masa budak-budak dulu, kat tali air tepi sawah padi.


Sempat jogging lebih kurang 7 km bersama suami. 


Ok la. Boleh bayangkan nanti dah tua, pi jogging sama-sama. Kawasan jogging aman damai. Tengok sawah padi. Tengok rumah orang. Ada sesetengah kawasan, air kat tali air tu, tinggi. Masa kami lalu hari sebelumnya tepi sungai Golok pun, air tinggi di sesetengah kawasan. Memang hujan lebat dan banjir tak dijangka, bulan Mac ni, sebelum ni. Sampai bumbung dapur pun bocor. Jadi bahagian dapur tu, basah. 


Lembu kat sana, besar-besar saiz dia. Spesies lembu siam. Bila kita lalu, dia tengok je. 
Alhamdulillah, dapat balik jumpa mak mertua dan adik beradik suami sebelum puasa. Raya ni, suami tak dapat balik kampung dah, sebab kena kerja. 

Ok la. 

Jumpa lagi, ye.

Tukang kebun jadian

 Betullah orang cakap, lepas kepayahan, akan datang kesenangan. Tapi in between tu, kena banyak-banyak bersabar, dan jangan buat benda terburu-buru. Saya bila dah tua ni, ambil masa sikit nak proses sesuatu. Kena tunggu lama, baru boleh fikir elok sikit. Takpe la, belajar dari kesilapan. Mengadu hanya pada Allah yang Satu.

Saya pergi jogging juga pagi tadi, walaupun kat rumah hujan renyai. Bila sampai di tempat jogging, tak hujan pun. 


Lepas jogging 10 km, jalan santai 1 km. Bila balik rumah, tolong suami potong rumput. Rumput di halaman rumah dah panjang. Kena guna rake, sapu, kumpulkan rumput, masuk dalam plastik hitam heavy duty, dan letak di depan rumah. Nanti, ada lori kumpul bahan buangan tumbuhan akan datang, kutip. 

Benda yang kita tak suka tu, tak semestinya tak baik untuk kita. Allah yang aturkan. Kena lapang dada, terima. Saya cakap untuk diri sendiri. Sebab kepala otak saya ni, suka fikir bukan-bukan. Hari ni fikir negatif. Esoknya, baru boleh nampak the whole picture. Adoi, rasa nak dush-dush kepala sendiri. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Tengok laut sat

 Pagi tadi, saya jogging dengan suami, tepi laut.


Saya slowjogging, sampai cukup 10 ribu langkah. Dapatlah 5 km. Alhamdulillah. 

Suka dapat tengok laut. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Larian kepala serabut

 Entah. Macam-macam saya fikir. Semuanya sebab orang sekeliling. Effectnya, kat kita. Saya kena belajar untuk buang benda yang saya tak boleh control. Allahuakbar. Semoga Allah kuatkan hati saya.

Pagi tadi, saya pergi jogging seperti biasa.


Dapat buat 10 km hari ni. Alhamdulillah. Rasa macam badan gemuk. Makan banyak. Gambar atas, gambar cendawan kecik di halaman rumah.

Tak best betul rasanya bila buat benda sorang-sorang. Running journey sorang-sorang. Journey kembali ke jalan Allah pun sorang-sorang. Kena semai perasaaan dalam hati, Allah kan ada. 

Jumpa lagi ye. 

Larian dalam hujan

 Masa mula sampai kat tempat jogging, hari masih gelap. Nampak kilat di awan. Teruskan je, jogging macam biasa. 

Mula cerah je. Rasa bahang panas. Tak lama, angin bertiup. Dari belakang. Dari depan. Ada ketika, lawan angin. Pastu hujan turun, gerimis. Pastu makin lebat. 


Sempat lari 7 km hari ni. Saya suka lari dalam hujan. Sejuk. 

Suami balik kerja pagi. Lepas selesai mandi, keluar sarapan dengan suami. Lepas tu, pergi Aeon. Beli barang sikit dan tapau makanan sikit.

Banyak hari dah dapur tak berasap. 

Ok. Jumpa lagi, ye.

Larian Ahad

 Dengan rasa malasnya, saya pergi juga jogging pagi tadi. Dah 2 hari dah, tak jogging. Lemau badan rasanya.


Alhamdulillah, dapat jogging 10 km hari ni. 

Dekat tempat jogging tu, ada bangkai anak anjing. Mula-mula, nampak macam anak tupai. Tapi anak anjing rupanya. Dok round situ, saya amik kayu, pindah bangkai anak anjing tu ke tepi sikit dan jauh dari laluan orang jogging. Kalau tak, kita dok mengadap benda tu je, everytime lalu situ. Dah mula berbau pun. Cian dia. Kecik. Mak dia tercicio kot.

Balik jogging, singgah kedai runcit. Beli aiskrim. Hehe.

Ok. Jumpa lagi, ye.

Larian Khamis

 Semalam saya tak jogging, sebab hujan. Pagi ni pun hampir-hampir saya tak pergi jogging. Malas sangat rasanya. Saya ikut suami saya, pergi beli sarapan dulu. Balik rumah, hantar makan dulu. Barulah saya keluar jogging.


5 km je hari ni. Itu pun hujung-hujung larian, hujan turun. Alhamdulillah, sempat juga sampai 10 ribu langkah.
Cuaca hari ni pun baik. Mendung saja. Kalau saya yang dulu, mesti saya dah buat half marathon. Tapi saya sekarang, dah malas. Huuu... tak tau bila angin rajin lari macam dulu akan datang balik.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Larian Selasa

 Pergi jogging pagi ni, seperti biasa.


Jarak dan pace jogging sama, 10. Hehe..

Gambar di atas, masa pergi makan roti canai di Kampung Permatang. Ada burung singgah situ. Comei je. Perkampungan nelayan kawasan tu.

Balik jogging, basuh dan sidai kain. Sarapan bijirin cornflakes dan susu segar.

Lepas tu, masuk dapur, masak nasi, lauk sambal tumis ikan bilis, dan goreng ikan kembung.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah berikan.

Jumpa lagi, ye.

Larian Isnin

 Hari ni, pergi jogging seperti biasa.


11 km, jogging pagi tadi. Syukur Alhamdulillah. Heart rate pun berada dalam zone hijau dan biru. Pace 10 je, santai-santai.

Balik jogging, singgah kedai runcit. Beli susu dan cereal. 

Balik rumah, masak nasi goreng kampung for lunch. Belum tutup periuk, anak bongsu masuk dapur, tanya mama masak apa tu? Dia bau. Hehe.. 

Gambar di atas adalah pemandangan waktu pagi, di kampung Sitiawan. Kampung nelayan. Sini ada warung roti canai sedap. Saya dan suami suka juga lepak situ.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Larian Ahad

 Semalam saya tak pergi jogging. Saya pergi jalan-jalan dengan suami, pergi pasar pagi Bota. Suka pergi sana, cari makan. 

Pagi ni, saya jogging dengan suami dan anak bongsu.


Syukur Alhamdulillah. Pagi ni, jogging 6 km. Semalam, saya sakit belakang. Salah tidur agaknya. Lepas jogging, rasa kurang sikit sakit.
Gambar atas tu, sejenis serangga yang namanya, riang riang. Benda ni, bila bunyi bising, semua perempuan menjerit. Dulu la, masa zaman belajar. Takut menatang ni hinggap kat kita. Hehe, kenangan betul. Takut bila ada kelas malam, menatang ni pun ada. 

Baiklah.

Jumpa lagi, ye.

Larian Jumaat

 Semalam tak pergi jogging. Hujan. Semalam pergi dating dengan suami, sarapan sama-sama. Hari ni, pergi jogging.


Pagi tadi, jogging sejauh 10 km. Syukur Alhamdulillah. Saya macam struggle sikit masa 3 km pertama. Dulu saya boleh rasa rileks-rileks, tak letih sangat. Sekarang saya macam kena put extra effort masa mula jogging tu. Faktor usia kot. 

Gambar di atas adalah pulut kuning yang saya order, masa sarapan dengan suami, semalam. Sedap. Saya suka pulut kuning. Sebab nak masak sendiri, malas. Arwah mak saya selalu masak pulut kuning masa hari raya. 

Saya bersyukur atas segala nikmat dan rezeki Allah bagi. Syukur Alhamdulillah. Saya akan terus berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Bila kita letak diri kita sebagai hamba, kita tak kan besar kepala. Kita takkan riak, sombong, meninggi diri, sebab ada Kuasa Lebih Besar dari kita. Saya cuma nak cari redha Allah. Tengah usaha sikit-sikit. Walaupun saya tak kuat, dan saya jahil, banyak benda saya tak tahu. Saya akan terus berusaha. Insya-Allah.

Terima kasih kerana membaca. 

Jumpa lagi, ye.

Larian Rabu

 Setelah 2 hari cuti berlari, pagi ni saya berjaya lawan perasaan malas dan pergi lari.


Slow-slow je, slowjog, 11 km. Majoriti heart rate berada dalam zone hijau. Semalam ada minum kopi. 

Share kat sini, e-certificate virtual run, dapat melalui aplikasi Bookdoc.


Untuk larian di bulan Februari.

Syukur Alhamdulillah.

Jumpa lagi, ye.

Family time

 Semalam petang, saya, suami dan anak-anak pergi tengok wayang. Cerita Batman.


Patut orang pilih dia jadi batman. Pada pendapat saya, Robert Pattinson ni, in between antara Christian Bale dan Ben Affleck. Plus, dia ada strong jawline. Nampak sharp je look dia sebagai batman. Saya suka dia sejak dia berlakon Twilight lagi. Walaupun storyline dia saya rasa agak slow, tapi ni adalah cerita batman paling real. Sebab bila kena tembak, dia sakit. Memang dia takde power pun, macam superhero yang lain.

Rasa seronok sebab dapat habiskan masa dengan keluarga. Anak-anak semua pun ada, berkumpul. Anak sulung tengah cuti kolej. Sekarang anda tahu yang saya ni, dah tua. 

Pagi ni pun, saya tak jogging juga. Jadi, dah 2 hari berturut-turut saya tak jogging. Saya pergi sarapan dengan suami di Kluang Coffee. Pertama kali saya merasa makan kacang pool.


Kopi tu, nama dia, kopi mantul. Lebih kepada rasa coklat dari kopi, dan rasa manis. Saya kena tambah air masak. Kekok makan kacang pool, sebab roti bakar dia tebal. Comot rasanya. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi makan di sini.

Suami pula, order sarapan besar, atau big breakfast.


Sedap. Syukur Alhamdulillah. 

Ok.

Jumpa lagi ye.

Cuti jogging

 Hari ni hari Isnin. Terbangun lambat. Semalam tengok Juara Lagu. Saya tak tahu pun lagu yang menang tu. Underground band ye, wow. 

Suami saya pula tak kerja hari ni, off, jadi kami pi dating. Sarapan dekat makcik bawah pokok.


Saya dan suami makan nasi lemak, dan ada order cucuq juga, cicah kuah kacang. Sedap. Alhamdulillah.

Saya dah 2 hari tak minum nescafe. Biasanya, saya minum 2 cawan nescafe, pagi dan petang. Bila jogging, heart rate saya dalam zone hijau.

Semalam, heart rate saya masa jogging, dalam zone merah.


Kegilaan apakah ini...? Tapi saya ok. Takde rasa termengah-mengah ke, atau nak pengsan ke. Dasar badan orang gila kopi. Bila tak dapat kopi, dia hell wire.

Hari ni tak tau la heart rate saya macamana. Sebab saya tak pergi jogging. Tapi saya rasa sihat, cuma nak berehat. Semalam saya sakit kepala, tak dapat nescafe. Hari ni, kepala saya dah ok.

Alhamdulillah. Saya cuma nak tengok, saya boleh hidup atau tak, tanpa air manis. Saya cuma minum air masak je. 

Ok, jumpa lagi, ye.

Ahad yang malas

 Bangun pagi ni, rasa malas sangat nak pergi jogging. Tapi, bangun juga la. Pergi jogging juga la.


Jogging sejauh 10 km pagi tadi. Gambar adalah puri yang saya dan suami makan kat kedai mamak, petang semalam. Dah lama tak makan puri. Ada pula chutni kentang yang sedap tu. Peh... Alhamdulillah, sedap!

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Sabtu yang mendung

 Hujan waktu jogging pagi tadi. Sekejap. Tapi tak berhenti jogging. Teruskan je. Ada kawan teman. 


Jogging sejauh 10 km hari ni. Gambar di atas adalah work-in-progress projek kait dua jarum (knitting). Tapi projek ni dihentikan seketika, sebab ada terima tempahan bag kait (crochet).

Sampai rumah je dari jogging, mandi, sebab kena hujan. Lipat kain, basuh kain, sarapan pukul 10 pagi. Lepas sarapan, sidai kain. Lepas sidai kain, masak. Masak nasi, lauk sardin. Lauk gulai ayam masih ada, perangat je. 

Syukur Alhamdulillah, Allah beri nikmat berlari. 

Jumpa lagi, ye.

First entri


Jadi, saya ambil keputusan untuk buat blog hari ni. Sebagai tempat untuk saya bercakap tentang benda yang saya suka, iaitu mengait dan berlari.

Kalau ada yang membaca blog ni, harap bersabar, kerana blog ni masih dalam pembikinan. 

Jumpa lagi nanti. 💓