Ketupat palas

 Bila orang dah siap merendang, lusa pulak raya. Bila orang belum beli ayam, esok pulak raya. 😂

Rendang daging saya dah habis, kome wei... Buat sekilo je. Kami makan, untuk berbuka dan sahur, dan bagi kakak ipar sikit.


Makcik Sanah, jiran belakang, datang lepas terawih semalam, dia bawa ketupat palas. 


Yang ni jenis yang manis. Boleh dimakan begitu saja. Saya suka yang dalam dia ada serunding. Dua-dua jenis sedap. 

Ketupat palas ni dibuat dari beras pulut. 

Cuaca di kampung ni, sangat panas. Saya mandi sampai 3 kali semalam. Dah lama tak hujan, kata ibu mentua.

Takpe la raya esok. Saya bersyukur dapat balik kampung suami, jumpa ibu mentua, kakak-kakak ipar dan saudara-mara suami di kampung. Jarang kami dapat balik Tumpat ni, sebab jauh dan suami susah nak cuti panjang gini. Alhamdulillah.

Seperti biasa, line internet agak slow, dan kadang ada, kadang hilang, macam chipsmore. Anak-anak lah bosan sebab susah main game. Budak-budak sekarang.

Apa pun, manfaatkanlah masa dengan keluarga sebaik mungkin.

Jumpa lagi, ye. 😊

8 comments:

  1. Oh, Cik Nur raya di Tumpat ya. Betul, raya di mana pun kena bersyukur kerana masih dapat beraya bersama keluarga, hargai selagi diberi peluang oleh Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SK. Raya tahun depan belum tentu boleh jumpa lagi.

      Delete
  2. tahniah kerana berjaya sampai dgn selamat. meme di Kelate ni ore jual daging lembu tepi jale jah. Tu pun kade2 kena beratur panje. Sy biasanya order n penjual tu COD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Abe Kie. Mudoh gitu. Tok soh gi pasar.

      Delete
  3. Alhamdulillah, dah sampai Tumpat.
    Moga lebaran kali ini lebih bermakna dapat meraikannya bersama keluarga belah suami.
    Selamat hari raya Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. tima kasih, ye.
      Selamat hari raya, Amie. Maaf zahir batin.

      Delete
  4. Ketupas palas cukup lemak, mmg sedap...

    ReplyDelete