Macamana saya memilih

 Isnin, 19 RabiulAkhir 1444 Hijrah.

Hujung minggu ni, kita mengundi. Kome excited tak? 😁

Macamlah tak pernah ngundi. Saya tak tahu nak pangkah siapa lagi. Saya adalah apa yang orang katakan, pengundi atas pagar. 

Pada piliharaya yang lepas, saya ada jumpa dengan calon pilihanraya sini. Dia datang pada saya, yang pada ketika itu, sedang berdiri di kereta, tunggu anak keluar sekolah. Dia kenalkan diri dia, dan bercakap dia bertanding untuk parti sekian, sekian. Undilah saya. Lain hari dan waktu pula, time saya jogging, saya jumpa calon parti lain pula, bersalaman dengan orang ramai yang sedang jogging di padang waktu tu.

Saya berharap saya akan berjumpa calon pilihanraya kali ni, macam tu juga. Tapi sorang pun tak terserempak. Ntah. Suami saya cakap, kena pergi ke pusat gerakan dia. Saya perhati juga banner dan bendera yang dipaparkan di merata tempat. Saya nak kenalpasti calon yang bertanding di kawasan saya mengundi. Saya bukan tengok parti, tapi saya tengok orang yang bertanding. Siapa macam saya? Hehe... 

Pada pendapat saya, seseorang itu haruslah punya penampilan yang baik. Tak perlu hensem atau cantik. Contoh kalau badan dia overweight, macamana dia nak pimpin orang, jadi wakil rakyat, sedangkan badan dia sendiri, dia tak boleh nak jaga? 

Kalau lelaki, kalau dia dapat jadi imam solat kat surau tempatan pun, itu adalah kriteria yang sangat bagus, yang saya akan terus pangkah dia. Siapa pemimpin yang anda tahu di negara kita, yang anda pernah tengok jadi imam? Silalah google sendiri, dan kita diam-diam saje, ye, untuk pengetahuan kita saja. Kalau tak boleh jadi imam, macamana nak jadi ketua yang baik?

Pendapat saya saja, tau. Tapi tempat kita pun lain-lain, jadi, pandai-pandailah kita buat keputusan yang paling baik. Asalkan orang yang kita pilih tu, tak datangkan mudarat pada kita semua. 

Saya ada tengok berita tengahari hari tu. Ada reporter tengah interview sorang calon ni. Calon tu cakap, "Jika saya mendapat mandat, saya akan pastikan kebajikan saya.. eh.. rakyat dijaga dengan baik." Tergelak saya tengok. 😁

Larian Sabtu lepas, 10 keyem.

Gambar di atas adalah hidangan tengahari saya. Saya dah mula makan secara suku-suku separuh ni, mula pertengahan bulan lepas. Untuk sarapan pula, saya makan gardenia wrap. Pada 1 November hari tu, saya ada timbang. Berat saya turun 1 kg. 😁 Sebab berat saya dok stuck kat 59 kg, tak berubah-ubah, beberapa bulan. Saya masih makan nasi macam biasa, cuma saya kurangkan portion nasi tu. Tetapi, saya tak konsisten sangat. Bukan setiap hidangan saya buat style suku-suku separuh ni. Bila makan luar, ke laut dalam jugak. Saya cubalah ye. 

Larian Ahad cuma 6.24 km. 

Hari Ahad, ada beli yong tau fu kat pasar malam, share makan dengan suami. Sedap yong tau fu pakcik ni. Dah lama niaga, sejak arwah mak saya ada lagi. Selalu tak boleh nak beli, sebab ramai orang. Hari Ahad lepas, kami ter-datang awal, takde orang, ape lagi, serang...! 😋

Larian Isnin, 10.07 km.

Gambar si Puteh, yang tengah bunting. Gemuk dia sekarang. Geram betul dengan budak bulu ni.

Ok la ye. Sekian dulu untuk kali ni.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi. 😊

Tetamu tak diundang

 Jumaat, 16 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Saya kan, masa masak pagi-pagi, saya ada rebus telur 2 biji. Sebab saya sarapan dengan wrap. Gardenia wrap tu, saya letak telur rebus sebiji, timun dan tomato, pastu letak sos cili dan mayonis. Sedap! Baru je start sarapan macam ni. Itu pun bila suami kerja. Kalau dia tak kerja, mau nyongket makan di kedai. Itu la korje-nye... 😁

Masa balik dari jogging, saya biasanya main dengan anak-anak bulus depan rumah. Saya perasan ada beruk ni. Sekor je, dok mengintai. Biasa la tu, beruk-beruk ni akan melintas beramai-ramai, ikut kabel letrik depan rumah. 

Kadang atas tali maxis fiber yang halus tu pun dia boleh meniti. Pernah putus tau, kabel fiber tu. Dah kena buat report, repair sebab line internet takde. 

So tadi, time saya sibuk main dengan kucing, ada sekor beruk selamba jalan atas tembok pagar rumah.

Larian hari ni, 10.22 km. Hari-hari buat 10 minggu ni. Kena sampuk hantu lari.

Kalau kita halau dia, dia memang tak lari. Dah biasa dengan orang. Kalau kena yang alfa jantan ketua puak tu, mau dia jegil dan tayang gigi taring dia lagi kat kita. Haaa.... seram, tak seram...

Kebetulan suami saya yang baru balik dari aktiviti riadah ofis dia, pun masuk rumah dan boleh dengar dia panggil saya... dapur habis sepah ni..!!! Beruk masuk!!! Hahadoi.... 

Habis telor rebus saya dia makan, tau! Dia pandai tengok barang dalam periuk. Saya masak di bahagian wet kitchen belakang rumah, situ walaupun ada grill, tak sampai atas. Ada lubang atau celahan yang menatang ni muat untuk masuk.

Ingat ke, selamat dah rumah kami ni. Minggu ni, tak nampak pun beruk lalu, line macam clear. Tapi dia kembali semula. Saya masak nasi kat luar, nasib baik suami saya dah letak dalam rumah, dia kata, tak sedap hati nak biar rice cooker kat luar. Nasib baik la. Kalau tak, sedap beruk tu makan, nasi lauk telur rebus. 🙈

Nampaknya, kembali pada plan asal. Lepas masak, semua lauk bawa masuk ke dalam. Pintu dapur memang tak boleh buka. Sebab ada sekali, anak beruk masuk, curi roti yang ada atas meja makan.

Suami saya punya mercun bola pun dah abis. Kalau jadi kat kome la, apa kome nak buat?

Nak tembak dengan pistol mainan? Rumah saya dekat dengan hutan paya bakau. Dulu, takde masalah ni. Sejak tahun ni je, mula. Beruk-beruk di taman paya bakau tu, lapar, kurang orang pergi ke sana, sebab majlis dah kenakan bayaran masuk ke taman paya bakau tu. Dulu masa free, memang ramai yang masuk, bagi beruk makan, bawak roti la, kacang la. Sekarang memang banyak la beruk pagi-pagi, masuk ke kawasan kejiranan berhampiran. 

Yang paling senang, tutup segala pintu dan tingkap. Dah jadi penjara dah. Tak boleh open air. Apa nak buat, nanti habis pulak makanan kita. 

Ok la. Sekian cerita di hari Jumaat. 

Jumpa lagi, ye.

Mee tarik goreng

 Selasa, 13 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

View blog guna laptop. Banner cinonet je.

Ish ish ish... ntah iklan apa-apa ntah keluar kat blog saya ni. 🙈 Aritu masa blogwalking, saya dah nampak iklan kuda gumuk ni kat blog kawan. Ni, keluar kat blog saya pulak. 

Pagi tadi, lambat siap untuk keluar. Goreng mee tarik pagi tadi. Guna mee berikut:


Mee tarik goreng.

Alamak, comotnya kuali saya. Tak sempat nak amik gambar dalam mangkuk cantik. 

Lepas masak, mandi. Lepas mandi, anak mintak tolong print kerja sekolah. Bior la mak Subuh dulu. Pastu buat kerja dia. Pastu keluar jogging.

Larian pagi tadi sejauh 10.08 km. Panas cuaca, tak boleh buka mata. Air peluh bercucuran, macam mandi laut. Bila peluh masuk mata, mata pun pedih. 

Ok la ye. 

Pendek entri hari ni. Saya share tazkirah dari app Mukmin Pro. Saya pakai app ni di telefon, untuk tengok waktu solat dan kiblat bila travel. Sejak bulan puasa hari tu lagi saya guna, memang puas hati. Sebelum-sebelum ni, aplikasi waktu solat semua takde keluar bunyi azan bila masuk waktu. Tapi app ni bagus. Nak suruh dia mute pun boleh, cuma keluar silent notifikasi. Nak mengaji guna app ni boleh, ada surah lazim. Saiz dia pun tak besor sangat, padan dengan telefon saya yang antik ni. 


Jumpa lagi...  😊

Minggu yang sibuk

 Isnin, 12 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Saya sibuk sikit, sampai tak dapat nak update aktiviti berlari di blog.

Makan tosei kat mamak, hari Rabu lepas.

Selain apply bantuan pelajaran Yayasan Perak yang saya ceritakan hari tu, saya juga ada apply bantuan pelajaran Majlis Agama Islam Perak pula. Mana yang kita boleh minta, kita minta je. Kerajaan dah sediakan bantuan, kan. Lulus tak lulus, belakang kira. 

Saya dan keluarga dah tinggal di Manjung ni selama 9 tahun. Baru sekali dapat tandatangan penghulu mukim kami ni. Hari tu, kami pi minta tandatangan penghulu mukim lain, sebab penghulu sini manjang ofis dia tutup je. Itu yang kalau nak minta pengesahan pegawai kerajaan gred A, saya minta sign pengetua sekolah menengah je, sebab kalau pergi rumah penghulu tu, kunci je pagarnya. Tapi hari tu, rezeki kami, masa nak minta pengesahan untuk borang saya sebagai surirumah dan tiada sumber pendapatan, encik penghulu tu kebetulan ada di ofis dia. Itu pun, dia sedang berdiri di luar pintu ofis dah, nak keluar. Sempatlah saya minta tandatangan dia. Seperti biasa, banyak kena soal dulu, bla bla bla, baru dia cop dan tandatangan. Majlis Agama Islam Perak punya bantuan insentif ni, saya kira yang paling canggih saya pernah jumpa, sebab semua dokumen upload dalam bentuk softcopy je. Tak macam permohonan biasa yang kita kena muat turun borang dan kepilkan dokumen sokongan semua tu. Alhamdulillah, sudah settle mohon. Untuk Ptptn atau Mara, permohonan sudah ditutup. Tahun depan, bulan Mac, baru dibuka. Jadi, tu cerita tahun depan. 

Pasal dapat jumpa penghulu mukim kami ni, saya rasa macam magic la, sebab benda jarang-jarang berlaku. Hari tu, saya solat sunat tahajud dan dhuha. Saya selalu rasa bila saya buat 2 solat sunat ni, benda magic selalu berlaku, tak pun, urusan semua jadi mudah je. Syukur Alhamdulillah. 

Hari Khamis, pi jogging dengan suami. Saya buat 10 km, suami jalan 7 km.

Hari Jumaat lepas, biasanya saya riadah dulu baru sarapan. Tapi hari tu, saya dan suami pi sarapan dulu. Pergilah kat satu tempat yang biasanya, ramai orang makan, kalau datang lewat la ye, pukul 8 pagi. Kami mai pukul 7 pagi, kurang orang. Selang beberapa meja dari kami, mantan wakil rakyat parlimen dan Dun yang menang pada pilihanraya lepas. Biasa tengok kat banner je, muka dua orang wakil rakyat ni, banner ucapkan selamat hari raya ke, selamat menyambut maal hijrah ke, gitu. Ini pertama kali saya nampak 2 orang wakil rakyat ni secara live. Yang peliknya:

1) Selama ni, tak pernah nampak muka. Wah, boleh muncul pula makan di tempat yang beshe-beshe je, tempat rakyat marhaen makan. Oh ya, esoknya hari penamaan calon. Nama mereka berdua masih ada. Saya tak nak sebut parti apa. 🙊

2) Orang ramai takde pun pergi bersalaman dengan mereka ke, menegur ke, apa, mereka berdua je berbual sama mereka je. Tak campur orang. Tak beramah mesra dengan kita. Ke, orang semua tak perasan depa ke, atau tak kenal ke, tak tahulah saya. 

Saya makan set roti bakor dengan telor separuh masak, baked beans dan sosej. Kueh karipap.

Lepas makan, cuaca hari Jumaat lepas sangat baik. Tak panas. Suami saya baru pam tayar basikal anak. Saya pinjam sat, pergi kayuh, sejauh 16.42 km. Dah lama tak naik basikal. Asyik berlari je. Sesekali tukar angin.

Whopper Burger King dan kopi secawan, share dengan suami.

Hari Sabtu tengahari, makan di Burger King. Whopper la, apa lagi. Suka bebenor dapat burger yang besor ni. Nikmat makan, sampai pejam-pejam mata. 😋😋 Syukur Alhamdulillah.

Jahit seluor anak koyak.

Suami pergi kerja shif petang. Saya ambil kesempatan menjahit seluar-seluar anak yang koyak. Suka benor duduk terkangkang, budak lelaki ni. Sampai 5 seluar pakai di rumah semua koyak. Suruh pakai kain, tak mahu. Budak-budak sekarang. 

Larian petang Sabtu, 5.19km

Petang Sabtu lepas, sebab rasa bersalah makan burger Whopper yang besor itu, maka saya pun memaksa diri pergi berlari. Gambar selfie di atas adalah semasa pergi hantar anak di Uitm Dungun. Redup kawasan kolej kediaman anak. Ada banyak pokok besar. Saya suka. 😁

Larian Ahad, 8.17 km, dalam hujan.

Hari Ahad, ada plan dengan kawan, nak buat half marathon. Tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan lebat beserta kilat. Sempat lari 8 km sahaja. Takde rezeki nak berlari jauh. Takpe, boleh cuba buat lain hari. Kalau hujan sikit takpe lagi berlari. Kalau ada guruh dan kilat, balik la ye. Takut.... cepat-cepat bawa kereta balik, nak masuk dalam rumah, petir sabung-menyabung.

Tapi lepas cuaca elok sikit walaupun masih hujan, suami ajak ke kedai. Beli paper, nak tengok listing pencalonan. Saya nak tahu, supaya saya boleh buat keputusan nak undi siapa nanti, masa pilihan raya.

Singgah FamilyMart, pertama kali cuba kopi dia. Saya beli Hazelnut Latte panas (harga RM7.90, saiz large), sementara untuk suami saya belikan cappuchino panas (harga RM6.90 saiz large). Harga itu lebih murah, banding Costa Coffee, yang beli dari mesin di stesen minyak Shell. Rasa dia ok, tidak membuatkan saya mabuk seperti kopi tealive, jadi lulus! Lain kali boleh beli lagi. 

FamilyMart baru sampai kat Manjung ni, baru buka 2 cawangan. Jadi, ramai la orang yang masuk. Saya tunggu hari hujan time takde orang baru pergi. 😁

Larian pagi Isnin, 10.12 km.

Anak-anak sudah mula bersekolah hari ni, setelah Perak cuti long weekend sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin. Saya masak nasi goreng. Suami sampai keluar bilik tanya, bau apa sedap ni? Serta-merta hidungku kembang. 😄 Bila dah lama tak goreng nasi, memang selera la sarapan di rumah. 

Saya rasa, dalam hidup sehari-hari ni, nasib baik ada 5 waktu solat. Umpama kita rehat sebentar dari urusan dunia. Dah lepas solat tu, selesaikanlah urusan apa yang patut. Sibuk tapi produktif, minggu saya yang baru berlalu ni. Tapi dah nama pun manusia, bila tak sempat baca newsfeed facebook, tak sempat tengok netflix, rasa tak best. Bila tak sempat mengaji, takde pula rasa kehilangan. Ya Allah, saya tak kuat. Tapi saya akan terus mencuba. Insya-Allah.

Baik. Berusaha! Semoga hari anda semua ceria-ceria belaka dan segala urusan dipermudahkan, ye.

Jumpa lagi. 😊

Not Spam lah!

 Ahad, 11 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Hai...! 😊

Boleh tak anda tolong check, di blog masing-masing, sama ada komen saya ada masuk dalam kategori spam di blog anda? Saya ada perasan yang komen saya tak kelihatan di blog kawan-kawan. Boleh tak tolong klik "Not Spam" di komen saya? Contoh seperti di bawah, 


komen dari Azhafizah termasuk kategori Spam pulak di blog saya ni. Jadi, saya kena klik Not Spam.

Macamana nak tahu ada pembaca kita yang termasuk kategori Spam, komen di blog kita?

Anda boleh pergi ke Setting, bagi pengguna Blogspot, boleh letak notifikasi email anda. Jadi, anda tahu ada komen dari seseorang, tapi bila di blog anda, komen seseorang tu, tak kelihatan pula. Dekat email ada, dekat blog, takde komen orang tu.


Jadi, anda takkan terlepas untuk balas komen setiap orang di blog anda.

Kesian tau, kita baca blog orang, tapi komen tak keluar.

Nanti, pembaca ingat, line problem pula, dia hantar beberapa kali komen. 

Bagi saya, Insya-Allah, saya akan balas setiap komen pembaca sekalian, cuma lambat atau cepat je. 

Baik. Tu je buat kali ini.

Sila check ye. Mekasih. 😊

Ke sana, ke sini

 Rabu, 7 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Anak kedua yang suka buat kerja last minute tu, pagi-pagi dok men-drill kerja kayu dia. Nasib baik suami off kerja, boleh tolong. Kalau harap saya? Tak dapek nak nolong haa.. saya rasa macam susah je subjek Asas Kelestarian ni (Tingkatan 4). Banyak barang beli kat hardware, simen, cangkul kecik, besen. Bapak budak tolong gergaji kayu, tolong drill screw. 

Zaman kita dulu, subjek Kemahiran Hidup, pun ada bertukang juga, kat bengkel. Semua kerja buat kat sekolah je. Projek bawa balik. Tapi semua buat di sekolah, sendiri, sebab perkakasan semua sekolah sediakan. Sekarang kerja sekolah, kena libat mak bapak la. Kita kena tolong buat. Kalau tak, huiii... jahanam... hahaha... baik la ambil Prinsip Akaun. Pendapat saya je tau. Melainkan anak anda minat buat projek tangan, ok ler.

Hujan sikit pagi tadi. Lepas hantar anak kedua ke sekolah, pergi jogging juga. Main hujan. Lari sambil berbincang pasal anak kedua. Lain anak, lain masalahnya. 


Larian Rabu adalah sejauh 7.07 km. Dalam hujan. Romantik gitew...

Gambar adalah secawan cappuchino dan white coffee panas, semangkuk popia goreng dan wantan goreng, yang kami nikmati di restoran Aunty Fatty. Lepak di sini, lepas hantar borang ni haaa..


Apply bantuan one-off, Yayasan Perak, untuk anak sulung. Mana-mana boleh mintak, kita mintak. Ptptn dan Mara dah ditutup. Tak sempat nak mohon, sebab memang short notice hari tu, dapat tahu. Tahun depan baru dibuka semula, boleh la cuba apply untuk second semester anak sulung. 

Kena pengesahan dokumen dari pegawai kerajaan gred A (saya pergi minta dari pengetua sekolah anak je), pastu ada bahagian kena minta sokongan penghulu. Dan buat pertama kalinya, ada bahagian untuk diisi oleh wakil rakyat atau pemimpin tempatan atau ahli dewan undangan negeri. Dapat la tandatangan ADUN Amanah tadi. Pergi BN, takde orang. Nak ngundi kan, sibuk ke sana, ke sini. Masa pergi pusat khidmat rakyat Amanah tu la, dia kata, tinggal borang insentif siswa tu, nanti dia tolong chop, sebab wakil ADUN tu keluor kejap, ada urusan. 

Baru sampai restoran Aunty Fatty, orang tu dah call balik, cakap borang sudah di cop dan tandatangan. Wah, pantas. Alhamdulillah. 

Lepas zohor tadi, saya terus pos. Kena hantar dalam masa seminggu dokumen yang lengkap selepas tarikh permohonan. Saya apply online semalam. Semoga diluluskan. Aminnn...

Ok la ye. 

Jumpa lagi. 😊

Terengganu trip

 Selasa, 6 Rabiul Akhir 1444 Hijrah.

Ingat tak, hari tu, saya  ada cerita tentang anak saya yang gagal dalam permohonan UPU? Klik sini untuk baca.

Pada 25 hb Oktober lepas, telah keluar keputusan rayuan UPU, dan Alhamdulillah, anak saya telah berjaya. 



Course yang dia dapat tu, tak ada langsung dalam senarai pilihan masa rayuan. Tapi anak punya pilihan pertama masa mula apply UPU yang gagal tu. Tapi masa matriks, anak buat perakaunan juga.

Suka, suka juga, sebab anak dapat sambung belajar. Tapi hari keluar keputusan rayuan tu, malam tu, meleleh ayor mata saya. Nak tahu kenapa? Sebab dia dapat masuk Uitm Dungun! Huk huk....jauhnya dia nak pergi. Hehe.. mak mak, macam ni la. Adoi...

Ada masa 2 hari untuk siapkan dokumen semua, dan beli barang sikit je. Sebab barang dari matriks haritu ada lagi, banyak boleh pakai. 

Pada hari Sabtu, 29 Oktober, kami pun bertolak ke Dungun untuk hantar anak sulung. Pernah sampai ke Terengganu? Pernah berpuluh tahun dahulu, masa lebuhraya pantai timur (LPT) tak ada lagi. 

Dari Perak, lebuhraya utara selatan, exit di Tanjung Malim. 

Masuk Kuala Kubu Baru, ikut Batang kali. 

Masuk highway karak di Genting Sempah. Kemudian sambung di LPT, sampai Dungun.

Semasa lepas Kuantan di LPT.

Cuaca sekejap hujan lebat, sekejap renyai, sekejap cerah semula semasa dalam perjalanan.

Ambil masa 9 jam untuk sampai Dungun. Perak 🠊 Selangor 🠊 Pahang 🠊 Terengganu

Bertolak 9 pagi, tiba jam 6 petang.

Masa lalu LPT tu lah rasa paling lama. 3 jam di LPT sahaja. Pemandangan lebih kurang. Kelapa sawit dan hutan je. 

Lalu persimpangan ke UiTM Jengka. Tempat saya belajar dulu, dari tahun 96-99, masa buat diploma. 😊 Tapi masa tu, masih nama ITM, belum UiTM lagi. Like mother, like son. Cuma anak saya lokasi lebih jauh, sampai ke ganu kiter.. 

Nak tengok ke, gambor dalam homestay? Kang nanti banyak gambor pulak entri ni. Ok la, kita tunjuk je la...

Ruang tamu.

Suami saya dah terbongkang dah tu kat sofa. Letih, jauh drive. Hari sebelumnya, dia kerja shif malam pulak. Berenti shell dalam perjalanan, beli costa coffee. Dia kata, sedap, baru segor. Kalau tak, saya tengok mata dia dah kecik dah.

Master bedroom. Ada aircond.

Ruang menonton tv di tengah rumah, ada sliding door.

Ruang makan keluarga, sebelah ruang menonton.

Bilik tidor kedua.

Bilik tidor ketiga, share bilik air dengan bilik kedua.

Dapur yang lengkap dengan semua barang memasak.

Ada lagi satu bilik tidur, saya tak ambil gambar. Anak kedua tak ikut, tau. Dia kena pi sekolah hari sabtu tu, ada kerja. Alahai, anak... 

Rehat-rehat, solat jamak, keluar makan. Sempat lagi pergi singgah ke pasaraya di bandar Dungun tu. Anak lupa bawa tali leher. Haaaa..... hadoi... kedai baju ketiga masuk baru ada jual tali leher. 

Esoknya, hari Ahad, tapau sarapan sahaja, makan di homestay. Kemudian, pergi daftar anak.

Pintu masuk Uitm Dungun.


Lokasi uitm Dungun ni, betul-betul tepi laut. Sepanjang jalan banyak hotel, chalet, tempat makan. Homestay yang kami duduk tu, 5 km dari sini. Agak tengah bandar juga, takde tempat lari. Lain kali kalau datang tengok anak, boleh lah ambil homestay dekat sini, banyak, tempat lari pun sepanjang pantai, saya tengok.

Sudah daftar anak, boleh la hantar ke kolej dia. Alhamdulillah, dapat kolej penginapan, semester 1. 

Kolej penginapan anak.

Masa masuk matriks dulu, pakai campak-campak je beg dan anak, parents tak boleh naik atas. Kali ni, boleh la. Tapi pelawat perempuan stay bawah je la ye. 😁

Tak ramai pelajar pun yang daftar masuk, orang pendaftaran tu cakap, hari sebelumnya, cuma 7 orang je. Ni budak-budak yang berjaya dapat menerusi rayuan. Yang pengambilan awal hari tu, mereka dah belajar seminggu lebih, jadi anak kena catch-up la mana yang tertinggal tu.

Disebabkan takde orang, saya ambil kesempatan naik atas tengok bilik anak. Kikiki.. takde budak-budak semua pergi kelas atau dalam bilik.

Sempat suami tolong susun meja anak. 

Satu bilik, ada 3 orang. Satu katil single, satu lagi double decker.

Katil double decker.

Masa ni, awal pagi. Roomate dia belum masuk.

Keluar sekejap, makan selepas settle dalam bilik.

Lepas balik makan, anak dah ada roomate dah. Jiran depan bilik depan pun dah kenal, dapat course sama. Alhamdulillah, rezeki tu, senang nak ke kelas.

4 beranak je, sorang tinggal kat rumah.

Ambil gambar kenangan sebelum balik. Dalam hati nangis. Depan anak tunjuk kuat, bagi semangat. Huuu, jauhnya budak ni, 500 km lebih wei... dah tertulis dah. Allah tahu apa baik untuk kita.

Saya datang hantar anak ni, kan. Saya tak lari untuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Syah (LHKSN), pada hari Ahad, 30 hb tu, di Kuala Kangsar. Saya jual biib larian kat kawan yang nak pergi, tapi tak sempat daftar. Larian tu kan macam goreng pisang panas, buka pendaftaran je, tak sampai beberapa jam, dah habis. 9 ribu lebih orang berlari kat Kuala Kangsar hari tu. Tak dapat nak join. Sepatutnya, saya masuk dengan kakak sulung. Pun dah book tempat penginapan. 

Hari tu masa Sekinchan Ultra, saya lari sorang, kakak injured. Yang Larian LHKSN ni pulak, dia join sorang, saya pulak tak dapat pergi. Kakak saya berjalan je. Santai-santai. Mana boleh berlari sangat pun, masa larian tu. Banyak selfie, makan kueh, tengok persembahan macam-macam, memang meriah la, macam hari raya. Runners pun pakai banyak costumes, suka-suka. Takpe la, takde rezeki saya nak masuk larian tu tahun ni. 

Tu saje lah cerita kali ni. Selamat sudah hantar anak. Semoga anak dapat belajar rajin-rajin, dan dilindungi Allah sentiasa. 

Jumpa lagi, ye. 😊