Opocot, meletup!

 Rabu, 5 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam, buat pertama kalinya, saya berbuka puasa di luar. Masa bulan Ramadan pun, kami berbuka dan sahur di rumah sahaja.

Pergi kedai tomyam di Lumut. 


Saya dan suami saja yang berpuasa. Anak sulung ikut sekali. Pantas sungguh dia siapkan makanan. Sampai pukul 7 petang. 5 minit kemudian, makanan dah sampai. Waktu berbuka di Lumut, pukul 7.24 Kami makan nasi putih, dengan lauk telur dadar, tomyam campur, daging merah, kailan ikan masin, telur bistik dan sambal belacan. Harga makan untuk 3 orang semalam, RM33. Bungkus makanan dan minuman bawa balik untuk anak lagi 2 orang, RM15. Ok makanannya, ada rasa. Masak pun cepat. Lain kali boleh datang lagi.

Alhamdulillah, dapat 1 hari. Hari ni, puasa qado serta sunat syawal, hari kedua.

Pagi ni, untuk sahur, saya masak nasi goreng nanas. Ambil seketul nanas dari lauk pajeri yang masak pada hari Isnin lepas.


Lepas buat kerja rumah sikit lepas subuh, saya berlari sekejap di dalam rumah. Treadmill di rumah kan rosak, jadi saya berlari di kawasan dapur kering dan ruang tamu. Masa saya berlari, suami baiki treadmill. Semalam dia dah repair dah. Berjaya, saya boleh guna treadmill. Tapi hari ni, keluar error semula pada treadmill. Bila ada error, treadmill tak berjalan. Itu yang suami cuba baiki.

Tengah-tengah saya berlari, saya nampak dengan pandangan sisi saya, cahaya terang dalam 1-2 saat. Rupa-rupanya, treadmill MELETOPS, uollsss..... Ya Allah.... nasib baik suami saya tak apa-apa. Cubaan encik McGyver baiki treadmill tak berjaya hari ni. Jari telunjuk kemerahan, kena letupan. Kecian dia... namun dia tidak patah semangat. Nanti nak cari spare-part dan buat research dulu. Huuu... nasib baik takde keluar api. Tapi, ada bau hangit.


Larian dalam rumah hari ni adalah sejauh 8.03 km. Alhamdulillah. Gambar saya dan anak sulung, posing di signage di Pulau Banding, masa kami berhenti rehat, semasa dalam perjalanan balik Perak, raya kedua hari tu.

Baiklah. Esok saya tak puasa, sebab rancang untuk pergi beraya dengan keluarga belah saya pula, di Rawang. Hari tu balik Kelantan, raya belah suami. 

Jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. La... ingatkan mercun yang meletop rupanya treadmill. Semoga dipermudahkan urusan membaikinya

    ReplyDelete
  2. Kalau nak lari, kat mana pun boleh rupanya, walau di dapur. Macam rumah sy, dulu3 sy lari dari depan sampai belakang, skrg, lemah jer nak lari. Rasa semangat pulak nak lari dalam rumah semula baca cerita Nur. Threadmill tu harapnya boleh dibaiki lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ni semua pembawaan dari pkp la kan, SK. Lari dalam rumah. Keliling meja makan pun jadi. Jom lari, jom. Dah makan banyak hidangan raya. Masa untuk bakor semula. Itu ler, saya rasa treadmill tu dah jahanam ler. 🙈

      Delete
  3. bagus restoran tu, servis cepat, sedap pulak tu....Alhamdulillah, tak jadi apa2..kena beli baru tu nmpk gayanya...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya tukang masak ada 4 orang, tu cepat siap. Ternampak aritu. Huhu.. nak beli baru, lain tahun. Hehe..

      Delete
  4. Hehe treadmill itu bekerja keras sampai rosak. Harap berjaya baiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. alaa... Beli masa pkp kat shopee, NA. Tak lama pun pakai. Harap gitu ler.

      Delete
  5. Tahniah masih aktif berlari...moga terus sihat hendaknya...saya cadangkan beli treadmill yang jenis manual...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Aminn... semoga Encik Hanafi pun sihat-sihat sokmo di samping family.
      Saya dah ada treadmill manual, ada di belakang rumah, tak guna sebab susah sangat nak bergerak. Sampai sakit-sakit betis nak guna. Salah beli.

      Delete