Tanaman di kampung

 Selasa, 4 Syawal 1444 Hijrah.

Sejak hari raya kedua, ada rasa ketidakselesaan pada perut. Semalam pula, saya boleh kena gastrik. Nak kata tak makan nasi, makan. Perut terkejut kot, masuk pelbagai jenis makanan, setelah sebulan berpuasa. Sepanjang bulan ramadan juga, saya tak minum air kopi atau air manis. Tapi masa raya kedua, suami ada beli kopi panas. Saya pun minum la sikit. Teringin wei... pastu macam ada gas dalam perut. Siap pakej cerry-berry lagi. Semalam paling teruk, gastrik, kembung perut, rasa tercekik. Terus tidur awal semalam.

Hari ni, Alhamdulillah, ok. Puasa qado serta sunat syawal, hari pertama. Lega sikit perut. Adoi... hilang satu nikmat dunia Allah dah tarik balik. Kopi bancuh sendiri tu pun tak boleh minum. Bukan yang 3 in 1. Apa nak buat. Takmo la sakit perut lagi. 

Masa di kampung suami di Tumpat, saya ada jalan-jalan keliling kawasan rumah, tengok pokok yang ada. Mari saya kongsikan apa yang ibu mentua saya tanam.


Ada banyak pokok pisang keliling rumah. Saya boleh terlupa tanya ibu mentua saya, pokok pisang apa tu. 🙈


Pokok nanas pun ada banyak juga. Bukan sebatas je. Berbatas-batas pokok nanas. 


Nama pun rumah kampung. Mestilah ada pokok kelapa. Senang nak masak. Santan tak payah beli. Panas-panas, ambik je buah nyor muda. Segarnya rasa, air kelapa muda letak ais, minum di hari yang panas. 😋


Pokok cili kecik, atau cili burung. Pedas cili ni, dah test dah, letak dalam budu. Lagi pedas dari cili padi hijo tu.


Pokok sirih. Mak mentua saya makan sirih. Dia tanam sendiri. Tak payah beli.


Pokok limau purut. Nak buat rendang, masuk dalam masakan, daun limau purut, tak yah beli. Saya pernah tanam pokok limau purut kat rumah saya, tapi mati. 


Pokok ulam raja. Nak buat ulam, petik je. Cicah budu pun sedap.


Pokok ubi kayu. Pun ada banyak juga, keliling rumah.


Pokok limau kasturi. Tinggi pokok ni. Kat rumah saya ada, tapi saiz renek je, senang nak ambil buah limau kasturi. Perah air buat sambal belacan. Makan mi goreng pun, perah limau kasturi. 


Pokok ciku, yang sedang berbuah dengan lebatnya. Sampai kena support dengan kayu.


Pokok bunga kantan pun ada. Senang nak masak asam pedas dan laksa. 😊


Pokok nangka! Banyaknya buah. Sampai tak larat makan. Yang tinggi, burung ke, tupai yang makan.


Pokok durian pun ada la. Tapi belum berbuah lagi.


Pokok rambutan. Yang ni dah banyak kali dah rasa buah dia. Tak payah beli pun. 


Pokok lidah jin, buah naga, dan pokok-pokok bunga di hadapan rumah.

Itu je la yang saya sempat snap gambar. Dulu ada pokok manggis, tapi dah kena tebang.

Mak mentua memang aktif bercucuk tanam. Lagi-lagi hari tu balik cuaca panas di Kelantan, dia selalu siram pokok tanamannya. Itu pun dia kata, banyak pokok dah mati, sebab panas sangat. Umur mak mentua 80 lebih dah. Masih kuat dan sihat, tak ada apa-apa penyakit. Alhamdulillah. Kakak kedua pula yang kurang sihat baru-baru ni. Penyakit buah pinggang, padahal sebelum ni balik, sihat sejahtera. 

Apa pun, Alhamdulillah, dapat jumpa ramai saudara-mara yang dekat dan jauh masa balik kampung hari tu. 

Baiklah. Jumpa lagi ye. 😊

8 comments:

  1. Sayapun sakit perut dan cirit-birit. Waktu raya minum kopi dan teh serta air gas. Habis rekod hampir setahun tidak minum kopi. Makan pedas. 2 hari kena. Hari ini ok.
    Banyaknya pokok. Macam manalah hendak ambil limau kasturi kalau pokok tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, NA, camne tu.. raya punya godaan ye. Saya pun kalah juga.
      Hehe.. mak mentua tak pakai pun limau kasturi tu. Dia jarang masak.

      Delete
  2. Pokok nangka tu, lebat betul buahnya. Kalau masak boleh terus makan, kalau muda boleh dibuat sayur.
    Alhamdulillah, mak mentua Nur masih kuat, semoga sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul cakap Amie. Orang kampung dah biasa makan, buah² hasil tanaman kalau boleh semua nak bagi orang je.
      Amin. Terima kasih, Amie.

      Delete
  3. Wahhh, banyaknya bercucuk tanam keliling rumah, nak apa, semuanya boleh dipetik, dicapai atau dijolok. Semoga kakak ipar baik2 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, senang, bahan pakai masa masak semua ada di keliling rumah saja.
      Aminn... terima kasih, SK.

      Delete