Buat semprit

 Jumaat, 16 Ramadan 1444 Hijrah.

Semalam saya tak pergi lari pun. Saya buat kuih semprit. 😁

Sediakan dulu bahan-bahan nak guna buat kuih.

Semprit ni, boleh dikatakan, tiap-tiap tahun saya buat. Suami saya ada di rumah semalam, dia off kerja. Dia pun tolong buat kuih juga. Hehe. Siap pasang lagu raya, ambik mood.

Semprit in the making..

Senang je buat semprit ni, tak payah nak canai-canai. Cuma tekan dalam acuan je, dan letak ceri.


Buat kuih sambil sembang macam ni ler, sat je semprit dah hitam dalam oven. Tapi yang hitam tu la yang sedap. Sendiri buat kuih, sendiri jadi tester. Teringat dulu, masa anak-anak masih kecik, suruh budak test kuih raya, kalau dia tak puasa. Sekarang ni, anak-anak dah besor panjang, kita sorang je yang tak puasa dalam rumah, time uzur. 🙈


Dapatlah 3 suku balang kuih semprit homemade with love. Alhamdulillah.

Saya ada kongsikan resepi kuih semprit ni dalam entri saya tahun lepas, boleh klik di sini.

Kome dah start buat kuih raya dah ke? Ke, beli biskut tunjuk? Ke, kurang suka kuih raya, beli kerepek je? Hehe...

Ok la. Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. saya tak buat,tak beli,tak tunjuk pun lagi ni...Pia duk ajak buat dah tapi maknya mood rajin belum sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... pe lagi, Afzan, sila, sila, Pia dah ajak tu. :D

      Delete
  2. wahhhh dah buat semperit! saya mood rajin belum datang. selalunya tiap tahun adik beradik request buat tart cadbury & almond london hehe

    ReplyDelete
  3. Tengah uzur ya? Waktu begitu semangat buat. Hehe kita tidak buat, beli sahaja tapi dahulu ada buat kuih raya untuk dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA.
      Oh, sama kita. Saya juga pernah buat kuih raya, orang tempah.

      Delete
  4. nak start minggu ni jugak tapi belum beli bahan2 lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga cukup bahan-bahan Carneyz nanti. Sini, ada kedai dah takde telor. Kena cari banyak kedai.

      Delete
  5. sedapnya semperit...gebu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nohas. Kuih ni makan tak boleh cakap. Bila nyerongen jer, melekat habis semua kat gigi. :D

      Delete
  6. Semprit dahlia ni terror baru jadi cantik bunga macam ni. Yg terlebih bakor tu lawa pulak la nampak garing2 kat kelopak dia, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena praktis juga, SK. Mula-mula, tak jadi juga.

      Delete
  7. Wah, dah mula godek tepung!
    Saya belum lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil kesempatan masa uzur ni, Amie, untuk buat kuih. Hehe.

      Delete
  8. ok. sy nak dtg raya. tggu tau!!!😂😂

    btw sy part2 kuih raya o kek o dessert bagai ni mmg failed. cuma tau msk lauk pauk je😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la, Anis.
      Ok ler tu. Takpe, kuih tunjuk pun banyak. Hehe...

      Delete