Larian 2 hari dan nasi arab

 Khamis, 15 Ramadan 1444 Hijrah.

Dah separuh bulan kita berpuasa. Laju betul masa berjalan.

Saya kongsikan larian saya untuk 2 hari lepas.

Larian Selasa, 5.18 km. Kucing tu cakap,"Kaco je, orang nak tido, dia pi amik gambor"

Larian Rabu, 5.46 km. Anak kera kawan dengan gagak.

Rabu petang, suami ajak pergi bazar ramadan. Tapi sebelum tu, untuk lauk sahur, saya masak sambal tumis ikan bilis.


Kena ada sesuatu yang pedas, baru ada selera makan. Hehe...

Untuk berbuka puasa, saya beli nasi arab.


Banyak nasi dia. Punah diet saya. Anak bongsu tak makan sayur dalam nasi ayam penyet dia, dia letak dalam pinggan mama. Nasi arab saya, harga RM10. Saya jarang beli nasi di bazar ramadan. Entah semalam, tengok menarik, lagi pun takde ramai orang kedai dia.


Suami beli nasi kerabu ayam bakor. Harga RM8.50. Seperti biasa, lepas makan separuh, kami bertukar nasi, jadi sama-sama dapat rasa. 

Alhamdulillah. Sedap. 

Kome berbuka apa hari ni? Masak apa?

Ok, jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. terliur plk tgk nasi kerabu tu kak dah petang2 ni pantang tengok semua benda teringin

    ReplyDelete
  2. nasi arab..sedapnya...jinak anak kera & gagak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kera tu sebatang kara, nohas. Mak dia tertinggal dia kot. Gagak-gagak tu la selalu buka plastik sampah, bagi anak kera makan.

      Delete
  3. hari ni x masak sbb ada bubur lambuk dan sup tulang... opis ada buat masak² ari ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. Saya pulak berbuka nasi arab semalam :D

    ReplyDelete
  5. terliur nak mkn nasi arab tu. tp x de selera mana sbb demam n selesema.

    ReplyDelete
  6. Kalau menu nasi kerabu aritu pun Edy beli kt kedai makan siam yang kami biasa makan sebab dah tentu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, orang sana masak memang tak boleh lawan, kan, Dana.

      Delete
  7. fuhhhh nasi arab + nasi kerabu = dua dua ni feveret! hehe

    ReplyDelete
  8. smlm buka mi bandung. beli kt resto. hari ni rs nak buat kueh teaw ladna sbb brg2 dah ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu, Anies, kuetiau ladna. Saya dah lama tak makan. :)

      Delete