Jumaat punya cerita

Sabtu, 24 Ramadan 1444 hijrah.

Ini adalah pertama kali saya cuba update blog guna henpon. Guna blogger app. Nanti balik kampung suami beraya, saya nak travel light. Tak mau bawa laptop. 😊

Semalam, saya masak ayam goreng sambal.

Lauk ayam goreng bersambal ni, saya makan waktu sahur pagi tadi. Saya masak awal semalam, sebab nak bekalkan suami nasi bersama lauk ni. Dia kerja shif petang, berbuka di ofis.

Berbuka semalam, saya makan mi goreng mamak. Rindu lepak mamak punya pasal, saya dah tapau dulu petang semalam.

Tapi, mi goreng dia tak berapa sedap macam selalu. Tauhu takde. Cucur dalam mi tu pun takde. Mamak yang goreng sedap tu dah balik kampung kot. Alhamdulillah, portion mi banyak. 

Hidangan sampingan, share bersama anak-anak, adalah roti john ayam.

Alhamdulilllah. 

Harap pembaca boleh baca entri ni. Dia takde pulak pilihan nak adjust alignment tulisan kita bagi justified ke, centered ke, guna blogger app ni. Minta maaf kalau ada apa-apa terkurang. Camana kome boleh update blog guna henpon ye? Terer aaa. Saya tak biasa. 

Hari ni hari Sabtu, kome. Saya sudahi dengan serangkap pantun.

Belakang rumah Edan ada kandang kuda,
Anaknya suka main ayaq dan pasir,
Pergi bazar ramadan tu berpada-pada,
Jangan beli banyak sampai membazir.

Jumpa lagi. 😊

8 comments:

  1. Boleh sahaja kemaskini blog guna laman sesawang tidak perlu aplikasi blogger. Saya kemaskini guna Google Chrome.

    ReplyDelete
  2. hujan atau panas blog kene update kann., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Cuba lah, Wak. Tapi kalau takde line di kampung, tak leh update blog jugak. 😁

      Delete
  3. tak biasa jugak nk update guna fon.. rasa tak puas. nanti buka dr PC kena adjust font lain

    ReplyDelete
  4. Ayam goreng bersambal tu memang mengoda time gini...... hihi..~

    ReplyDelete