Melempeng jugak

 Sabtu, 17 Ramadan 1444 Hijrah.

Salam Nuzul Al-Quran... semoga kita lebih rajin baca Quran, jangan asyik tengok tik tok je, tau! 

Semalam, hari Jumaat, lepas hantar anak ke sekolah, saya berlarian sekejap, bagi hilang angin meroyan dalam badan.

Matahari naik dengan terangnya di belakang.

Panas cuaca semalam. Sempat buat 5.24 km. Alhamdulillah.

Semalam petang, tak pergi bazar ramadan pun. Saya panaskan sambal tumis ikan bilis.


Kemudian, saya buat lempeng. Ambil idea SK. 😁


Sambal tumis saya bila banyak kali panaskan, dia jadi semakin pedas.


Letak secoet je, sambal. Dalam gambar, ada 2 keping je lempeng. Sebenarnya, berkeping-keping jugak saya makan. Alhamdulillah.

Suka juga tengok kawan-kawan blogger update menu berbuka dan bersahur. Jadi, kita yang sering termenung di hadapan peti ais ni, boleh juga dapat idea nak masak apa. Terima kasih, kawan-kawan blogger ku sekalian.

Hari ni hari Sabtu. Nyongket mana kome? Hari ni suami saya suruh cuti masak, dia ajak pi bazar ramadan. Yay!

Baiklah. Jumpa lagi, ye. Ceria-ceria selalu... 😊

11 comments:

  1. Hari ni ajak kakak saya pergi ke bazaar Ramadhan cari pani puri. Yay!

    ReplyDelete
  2. Semalam berangan petang nanti nak menyongket ke BR, tapi batalkan sebab kerja menoreh tak siap lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya kerja menoreh Amie. Bawak-bawak la berehat. Hehe.

      Delete
  3. lempeng sedap nyaaaa cicah sambal! nak kena cari lempeng gak la ptg ni haha

    ReplyDelete
  4. makan lempeng pun dah kenyang kan? yg best nya lempeng ni cicah apa je mesti laju...

    smlm x g bazar tp g resto yg dah sedia pemes jual roti canai n pelbagai mi.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul!
      Wah, syoknya... mesti sedap roti canai dia.

      Delete
    2. yap mmg sedap. x bln puasa pun ramai je org

      Delete
  5. Lempeng memang layan juga untuk berbuka puasa...tahniah kerana masih konsisten berlari..

    ReplyDelete