Showing posts with label Handmade by me. Show all posts
Showing posts with label Handmade by me. Show all posts

Bantal purple pink yellow

Isnin, 21 Ramadhan 1445 Hijrah. 

Rindu saya tak? Hehe... Lebih 2 minggu juga tak update blog. 

Mula tu, saya sakit kepala. Sakit kepala di bulan puasa agak seksa juga, sebab tak boleh telan ubat. Tahan je. Waktu sujud semasa solat, berdenyut-denyut rasa. Sakit di bahagian muka. Saya ingat, saya kurang air dalam badan. Bila hari saya sihat, dan selepas saya jahit cross stitch, sakit kepala tu pun datang. Saya perasan juga, mata jadi extra letih lebab ber-cross stitch ni. Lubang pada kain kecil sangat kot, mata kena kerja lebih keras. 

Saya pergi check mata di kedai cermin mata. Power spek bertambah. Buat spek baru. Itu yang saya tak update blog dan menjahit sementara tunggu cermin baru siap. Bagi mata rehat. Saya tanya optometrist tu, normal ke, tiap-tiap tahun kena buat cermin mata baru sebab power bertambah? Dia kata normal, lagi-lagi saya menjahit. Pembaca sekalian yang ada pakai cermin mata, korang berapa kerap kena tukar cermin mata baru kerana power bertambah?

Lagi satu, saya rasa sedikit kecewa kerana fikir, mungkin saya tak boleh jahit cross stitch lagi, kot. Faktor usia. Saya baru je mula projek baru cross stitch. Cross stitch adalah projek jahit silang pangkah yang saya suka, sejak dulu, tapi sudah lama tak buat. Banyak mengait saja. Jenuh juga kalau tiap-tahun tahun nak kena buat spek baru. Cermin mata bifocals, yang untuk rabun jauh dan dekat, bukan murah. Hai, entahlah.

Ok lah. Saya share hasil kait terkini yang baru siap. Meh tengok...

Tunjuk belakang dulu. Gemuk la dia ni...

Dari depan. Saiz bantal 43cm X 43cm X 10 cm

Ada butang pelbagai warna.

Sarung bantal boleh dibuka, untuk dibasuh. Ada bantal bahagian dalam, turut disertakan sekali.

Dari tepi.


Saya juga ada kongsikan bantal ini di page facebook saya. Kalau takde orang cekup dulu, Insya-Allah, bantal ini akan jadi salah satu hadiah hujung tahun kepada top pengomen di blog. 

Sekian perkongsian hari ni. Semoga kita semua sihat dan kuat mengharungi penghujung ramadan ini. Motivasi diri sendiri, untuk cuba buat lebih. Semangat, dan berusaha! 💪💪

Jumpa lagi. 😊

Aktiviti saya

 Khamis, 3 Ramadhan 1445 Hijrah.

Bulan puasa tahun ini, saya tak keluar berlari waktu pagi. 2 tahun lepas, saya buat macam tu, boleh lari sampai 10km walau berpuasa. Tahun lepas, saya lari juga kadang-kadang. Cuma saya tukar ke waktu petang. Tahun ini, saya gantikan dengan aktiviti bercucuk-tanam. Lepas anak bongsu ke sekolah, saya menebas rumput, cabut rumput dalam pasu dan trim pokok-pokok besar. Sebab kawasan besar, saya buat sikit-sikit, di mana laluan yang saya lalu. Sebab masa nak siram pokok, tak best lalu di kawasan rumput panjang. Tak adalah lama sangat. Bila sudah mulai panas, sekitar pukul 9 pagi, saya pun masuk rumah. Beralih ke pokok-pokok di rumah hijau saya pula. Transfer anak pokok yang kecil ke pasu individu yang lebih besar, dan menyiram. Lain kali saya kongsikan ya, pokok-pokok di rumah hijau saya. 😁

Biasanya lepas berkebun, sebab berpeluh, terus mandi. Tapi pagi tadi, saya rasa macam saya makan banyak semalam, saya bersenam dalam rumah sahaja, buat senaman ringan. Semalam saya makan nasi arab ayam grilled, beli di bazar ramadan, gendut sudah. Semalam sebab suami balik kerja awal, itu yang jalan-jalan pergi bazar ramadan. Kalau dia takde, saya malas nak keluar, mengadap kesesakan cari parking ke bazar. 

Kebanyakan masa saya dipenuhi dengan aktiviti offline. Untuk balance antara projek jahit dan blog, saya pun buat jadual. 

Jadual kerja saya seminggu.

Saya cuma update blog ini, 2 kali seminggu, ya. Tak dapat hari-hari. Sebab nak siapkan projek kait dan projek cross stitch. Apa-apa, saya akan update sini.

Sekarang, projek kait dalam pembikinan masih bantal. 

Jahit bantal.

Bantal dalam untuk sarung bantal kait yang sudah siap. Insya-Allah, ini untuk salah seorang pembaca blog saya ni, pada hujung tahun, bila tiba masa untuk Top Commentators of the Year. 

Isi bantal dengan kapas fiber.

Saya isi bantal handmade ni, dengan kapas fiber. Tiba-tiba habis pula, tak cukup. Baru beli stok baru di shopee. Baru sampai hari ni. Esok boleh sambung semula siapkan. Saya suka isi banyak-banyak, biar gemuk. Baru sedap peluk. 😁

Bukannya lama pun ada masa untuk projek sendiri ni. Dapur pun kena berasap juga. 

Ayam goreng berlada.

Tak larat nak tumbuk cili di bulan puasa. Kisar saja guna blender. Dan saya buat versi berkuah. Cekik makan nasi, kalau takde kuah. 

Ok la ye. Sekian perkongsian hari ini.

Jumpa lagi. 😊

Kusyen knitted belang hijau coklat yang gemuk

 Isnin, 13 Muharam 1445 Hijrah - Pagi-pagi lagi saya dah naik angin. Mulai hari ini juga, saya kuatkuasakan undang-undang, balik sekolah saja, tiada handphone dan Wifi selagi tak siap kerja sekolah. Saya tak mahu tengok lagi, pagi-pagi hari sekolah, baru nak siapkan kerja sekolah dan susun buku. Sabtu dan Ahad, enjoy main game, pagi ni baru nak buat. Kita bagi kebebasan pada anak, dia tak sedar betapa beruntungnya dia. Pergi balik sekolah berhantar. Mak saya dulu pun surirumah juga, tapi dia tak hantar pun anak-anak ke sekolah. Masa darjah 5 saya dah pergi sekolah naik basikal. Sekolah menengah, saya jalan kaki 3 kilometer pergi, 3 kilometer balik. Ada tahun, saya naik bas sekolah. Lepas tu, tak tahan bas sekolah penuh macam sardin, saya jalan kaki je. Anak-anak saya tak pernah merasa susah. Kerja dia orang cuma harus belajar elok-elok. Saya tak bebankan dia orang dengan house chores pun. Saya dulu? Kejap, kejap, kena panggil mak, suruh ke kedai, suruh tolong di dapur. Sebab saya nak dia orang boleh belajar elok-elok, tapi dia orang tak beri saya berita baik pun. Tak pernah tunjuk saya keputusan cemerlang. Dah la tidur waktu maghrib. Orang lepas maghrib, mengaji. Dulu, dia orang mengaji dengan saya. Sekarang, sudah banyak hari tidur. Dalam seminggu, dapat 1 hari je mengaji. Dulu, hari-hari. Bila besar, camni pula perangai anak-anak. Tak boleh jadi. Kena berubah. Saya kena lebih tegas, untuk masa depan dia orang juga. Berusaha!

Baiklah. Tutup cerita anak-anak, 😊 hari ni, saya nak share projek kait saya yang baru siap.

Bantal kait belang hijau coklat yang gemuk!

Hasil kerja kait dua jarum, atau knitting.

Guna benang tempatan, jenama Nona. 

Jarum 4 mm. Tak berapa kemas kaitannya. Sepatutnya, guna jarum 3 mm, kaitan akan jadi lebih rapat. 

Kusyen knitted, dari tepi

Bahagian dalam, saya sertakan bantalnya sekali. Dalamnya, saya isi dengan fiber. 

Ukuran kusyen ini adalah 15 inci X 15 inci.

Close-up bahagian atas kusyen, ada pelbagai warna butang. 

Sarung kusyen boleh dibuka dan dibasuh jika kotor. Tanggalkan saja. Masukkan dalam laundry net, boleh dibasuh dengan washing machine. 

Bahagian belakang kusyen

Saya tak jual kusyen knitted ni. Tapi, saya akan beri sebagai hadiah kepada salah seorang pengomen terbanyak di blog saya ni. Ada menu Top Commentators di bahagian atas blog saya. Boleh klik sini, untuk lihat senarai 5 pengomen terbanyak sepanjang tahun 2023 setakat ini. Saya sentiasa edit coding pengomen terbanyak ini, mengikut bilangan hari. Hujung tahun 31 Disember 2023, pukul 11.59 malam, saya akan take note dan paparkan 5 pengomen terbanyak. 😊

Kusyen ni, gemuk, saya sumbat fiber banyak-banyak. Selesa letak di kerusi kerja, sedap sikit duduk buat kerja lama-lama. Letak atas sofa pun boleh. Suka hati.

Saya hanya mampu hadiahkan hasil kerja tangan saya kepada anda. Saya sangat hargai komen dan sokongan anda semua. 💓

Saya selalu pilih warna lembut seperti di atas, hijau dan coklat lembut. Untuk hadiah kusyen akan datang, korang suka warna apa? Sila beri cadangan anda. Mana tahu, rezeki anda, dapat kusyen atau hasil kait saya yang lain, dalam warna pilihan anda sendiri. 

Oklah. Sekian dulu perkongsian saya, di hari terakhir bulan Julai ini.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi, ye. 😊

Bantal kait gemuk

 Khamis, 1 Ramadan 1444 Hijrah.

Pagi tadi, sahur bertiga saja, dengan anak-anak. Encik Suami kerja shif malam, dia bersahur di tempat kerja. Saya sediakan bekal nasi lauk kari ayam sebelum dia pi kerja semalam. 😊

Puasa, puasa. Cuba untuk kawal mulut. Tapi bila kita dok belakang stering, kejap nak kutuk orang, time orang bawa kereta slow. Ada je benda nak mengata. Astaghfirullahalazim. Cepat-cepat sedarkan diri, puasa, puasa. 

Lepas balik dari hantar anak ke sekolah, saya lari dalam rumah. Hehe. Dalam rumah sejuk. Simpan tenaga, dengan cara jaga heart rate. Kalau jogging di luar, panas, heart rate tinggi. Kita cool cool je. Bukan lari sangat pun dalam rumah. Bila nampak habuk, pi ambil penyapu sat, dia pi menyapu pulak. 

Lepas tu, berhenti lari sekejap, pergi sidai kain kat luar, bagi kucing makan, siram pokok. Lepas tu, sambung balik lari dalam rumah. 


Berhenti bila cukup 10 ribu langkah. Lepas tu, pergi basuh kasut lari yang New Balance. Nak buat pakai bila riadah dalam rumah. 😁 Sakit kaki bila lari cuma pakai stokin.

Saya nak share hasil kait saya, yang baru je siap. Tadaaaa....


Bantal ni adalah hasil kait dua jarum, atau knitting, dalam bahasa omputihnya. Saya guna benang warna lembut, hasil dari lebihan projek kait lepas-lepas. Itu yang warna purple tu, lebar, yang warna pink tu, sikit, bergantung pada jumlah panjang benang yang ada.  


Ni bahagian belakang pula. Warna hijo dan kelabu. Dalam sarung bantal kait ni, ada bantal yang turut disertakan bersama. Bantal isi fiber, saya buat sendiri. Jadi, sarung bantal kait ni, boleh dibasuh, kalau kotor. Boleh tanggalkan sarung bantal kait ni, dengan butang yang dijahit di bahagian atas.


Close-up sikit, butang-butang yang saya gunakan. Hehe.. macam-macam rupa butang yang ada dalam koleksi saya. 

Saya ada terfikir, nak jual online kat shopee ke, tapi, saya hold dulu ler. Saya lebih suka jual offline. Sebab dulu saya pernah merasa buka meja, jual barang kraftangan saya. Saya lebih suka cara tu. Cuma kat tempat saya ni, tak de orang organize bazaar kraftangan macam zaman dulu, sebelum covid. Jadi, saya simpan dulu. Tak pun, mungkin saya akan hadiahkan untuk pengomen terbanyak di blog saya ni. Hehe... tunggu.... 😁

Ok ler. Jumpa lagi, ye. Selamat berpuasa, ye, kepada pembaca sekalian. Jaga mulut, mata, anggota badan semua. Semoga puasa kita pada kali ni, lebih berkualiti banding tahun-tahun lepas dan amalan kita diterima olehNya. Aminn...

Selamat Hari Malaysia

 Jumaat, 19 Safar 1444 Hijrah.

Dalam entri lepas, saya ada cerita tentang progress saya sedang mengait, kan. Ada gambar 4 jarum knitting yang saya gunakan untuk kait topi. Saya nak tambah penjelasan. Patutnya, saya cerita dengan lebih menyeluruh. Begini, knitting atau kait dua jarum, guna 2 jarum kait sahaja kebiasaannya. Cuma untuk hasilkan benda bulat seperti topi, adalah lebih mudah untuk guna 3 atau 4 jarum. Alternatifnya, ada juga jarum knitting bercable, di mana dua jarum kait, dihubungkan dengan tali plastik atau kabel dawai atau macam-macam lagi la di pasaran sekarang yang ada dijual, sekiranya nak hasilkan benda bentuk bulat.


Tapi prinsipnya masih sama, saya cuma guna 2 jarum pada satu masa. Sementara 2 jarum lagi, saya abaikan sahaja. Sebab tangan kita kan ada 2 je, satu pegang jarum belah kanan, dan satu lagi jarum tangan kiri. Cuma, jarum itu di-rotate penggunaannya. Bertukar-tukar, sepasang pada satu-satu masa. Harap jelas mengenai knitting atau kait dua jarum. 

Berikut progress saya, setakat semalam.


Ada dah nampak macam bentuk topi, kan. Macam rupa anak tudung yang kita pakai masa sekolah dulu pun ada. Lepas beberapa round knit bahagian ribbing, baru masuk bahagian body topi. Gitu. 

Saya dulu, masa mula nak belajar kait topi, saya guna jarum knitting bercable. Cuma sekarang saya lebih prefer untuk guna double pointed needles (DPN), seperti dalam gambar di atas ni. Macam complicated je. Kita nak knitting untuk hilang stress, sebagai terapi. Bukan nak tension-tension, nak kena hadap jarum yang banyak, gitu anggapan saya dulu. Tapi percayalah, konsep dia tetap sama. Masih mengait dua jarum je. Pegang konsep tu, dan kita boleh kait apa saja. 

Macam matematik juga, kalau kita faham konsep matematik tu, dari sekolah menengah, sampai kita masuk U pun, dan kita ambil maths, dia pusing soalan macamana pun, kita boleh selesai masalah matematik tu, Insya-Allah. Nak guna persamaan serentak ke, apa pun, tulis dulu apa info diberi, untuk selesai satu-satu masalah. Gitew.

Tentang intermitten fasting (IF) pula, ye, saya baru start semula IF ni. Dulu, tahun lepas ke, 2 tahun lepas ye, saya pun dah lupa. Berat saya plateau. Dok 60 kg je, 61, 62, 63. Lama saya berusaha untuk turun berat jadi under 60. Tapi lepas saya buat IF, barulah berat saya jadi 59, 58 kg. 

Biasanya, saya buat 16 jam IF. Sarapan pukul 10 pagi. Dinner sebelum 6 petang. Disiplin kena tinggi. Jangan menipu. Kalau tipu, bukan siapa pun, kita cuma menipu diri sendiri je. Kena kuat juga. Buat permulaan ni pun, saya tak kuat. 

Fasting Tracker app, percuma dari playstore.

Bukan hari-hari saya dapat capai 16 jam untuk IF ni. Contoh di atas, 15 jam 26 minit je. Tengok bahagian bawah gambar di atas, fasting record saya, bukan setiap hari saya dapat capai target 16 jam. Kalah jua. Cuma 4 hari dapat capai target 16 jam. 3 hari lagi, ke laut dalam. Kena lebih berdisplin dan kuat lepas ni. Berusaha! 

Oh, saya cuma nak cuba jauhkan sikit dari border 60 kg tu. Walaupun BMI saya sudah normal. Saja, nak tengok, boleh turun lagi ke tak. Kalau dapat 55 kg, orait juga. Tengok la dulu. Berat saya sekarang adalah 59 kg.

Semalam hari Khamis, saya pergi lari sekejap. Hari Rabu saya tak lari, sebab hujan lebat di waktu pagi.


Larian pagi Khamis adalah sejauh 7.34 km. Gambar di atas adalah kopi yang saya tapau. Kiri, americano panas. Kanan, mocha frappuchino, untuk suami. Orang tu tanya, nak letak gula tak, dalam americano tu? Saya cakap letak sikittttttt je. Memang betul dia letak sikit je. Hampir tawar rasanya. Bagus, bagus. Bungkusan di dalam plastik di belakang kopi adalah roti john daging. Tapau, makan di rumah. 

Pagi tadi, saya tak jogging. Malas pulak. Hari ni memang plan untuk ke Ipoh, ambil racekit untuk event lari hari Ahad ni.

Lepas sarapan dengan anak-anak di luar, saya dan suami pun pergi Ipoh.


Selamat sudah, ambil racekit untuk event hari Ahad ni. Semoga selamat sampai ke garisan penamat. Saya masuk half marathon, 21 km.

Kedua kakak saya pun ada event lari juga, di Sabah, iaitu TMBT. Kakak sulung masuk 50 km, manakala kakak kedua masuk 30 km. Rindu untuk lari dengan kakak-kakak saya. Insya-Allah, jika diizinkan. Walaupun saya tak join dia orang, kakak kedua bawa topi yang saya kait untuk dia dulu.


Hehe.. saya pun dah lupa saya pernah kait topi ni untuk dia.

Kakak keduaku, pakai topi saya kait.

Kakak wassap kata, hujan sana. Aiyo.. semoga selamat sampai ke garisan penamat.

Selamat bercuti. Selamat Hari Malaysia! 😊💓

Aku tanya apa khabar...?

 Jumaat, 28 Muharram 1444 Hijrah.

Assalamualaikum... hai... pekabo semua? 😁

Saya dah siapkan projek kait saya, bag. Alhamdulillah.


Untuk melihat dengan lebih dekat beg ni, saya dah pun upload gambar dari pelbagai sudut, di page Hasil Kait

Ada pulak tempahan kait yang masuk lagi. Alamak... habis tu camana ni... berhabuk lagi kot blog saya ni.. Saya cuba la ye. Mana bila-bila saya mampu, saya akan update.

Banyak benda nak cerita. Rindu nak blogwalking.

Pagi tadi, saya berlarian seperti biasa.


Larian pagi tadi adalah sejauh 8.02 km. 

Gambar sarapan saya dan suami pagi tadi, di Kluang Road Coffee.

Saya order lontong kering (kiri gambar) dan suami order nasi ambeng. Share-share la makan. Suka betul saya dengan sambal kelapa dan sambal jawa tu. Tapi, tak boleh lawan nasi ambeng Warung Ibu di Tanjung Karang. Sedap giler! 😋😋 Tapi boleh la ni. Nak ke sana, jauh pulak. Gendut makan. Alhamdulillah.

Setakat ni dulu lah hari ni.

Jumpa lagi, ye. 😊

Shell Stitch Pattern Bag, in black

 18 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Saya buka-buka blog saya, tengok ada iklan underwear lelaki Comfort Republic Malaysia. Alamak, macam takde iklan lain. 🙈 Maafkan saya, ye, kalau keluar iklan tak sopan. Nanti saya ubah kat setting adsense.

Semalam petang, saya masak maggi goreng untuk makan malam.


Lepas masak, pi mandi. Berpeluh-peluh masak di petang hari. 3 kali saya mandi semalam. Nasib baik rumah takde swimming pool. Kalau tak, mau saya berendam macam badak. 🦛


Pagi tadi, saya pergi jogging macam biasa. Bila dah nak balik, nak stop jam, tengok-tengok jam saya dah mati. Masa saya bersiap sebelum keluar rumah, jam masih ada 1 bar baterinya. Sempat rekod larian sejauh 11.11 km pagi tadi. Alhamdulillah.


Dapat lencana sudah melepasi 100 km larian di bulan Julai, menerusi aplikasi Strava.

Balik jogging, pergi dating sarapan bersama suami di Hirup Piring Kopitiam. Suami kerja shif petang, tapi dia ada OT, masuk kerja tengahari.


Sarapan saya pagi tadi adalah set big breakfast. Ada sekeping roti bakar yang disapu garlic spread, scrambled egg, sosej, baked bean dan coleslaw. Minuman pula, white coffee panas. Sedap dan kenyang, Alhamdulillah.

Balik rumah, masuk dapur, masak ayam masak merah. Suami tolong goreng ayam dan kentang wedges.


Keringnya ayam merah saya. Tak berkuah. 😁

Sempatlah jadikan bekal untuk suami bawa makan di ofis, dengan nasi.

Saya ada update page Hasil Kait.


Selesai sudah tempahan bag kait, dari sahabat saya. 2 beg pattern kulit kerang. Warna dan ukuran berbeza. Memang hasil handmade ni, dia tak kan jadi sebijik sama. Mesti ada lari sikit, sama ada ukuran dan hasil akhir. Bukannya dihasilkan dari mesin, ada acuan ke apa. Itulah uniknya produk handmade ni. 

Saya memang suka mengait, selain dari berlari. Dapat menjana sedikit ekonomi dari rumah, membuat benda yang saya suka, adalah satu rezeki tak ternilai pada saya. Saya baru nak mulakan projek kait ready-stock, rancangnya untuk hadiah pengomen terbanyak di blog saya ni, pada hujung tahun. Tapi, ada tempahan bag kait, baru masuk hari ni. Alhamdulillah. Kena tangguh dulu projek kait hadiah pada pembaca. Harap sempat siapkan. 😊

Baiklah. Jumpa lagi ye.

Shell stitch bag kaler biru

 Ahad, 17 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Salam hujung minggu semua... 😊

Saya baru siap kait bag pattern kulit kerang ni, dan saya sudah upload ceritanya di page Hasil Kait. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut tentang bag kait yang baru siap ni, ye.

Mula projek: 9 Mac 2022

Siap projek: 19 April 2022

Lebih sebulan ambil masa untuk siapkan bag ni. Alhamdulillah. Harap tuan punya bag berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun sudah siap sejak bulan April, saya tunggu satu lagi bag siap, dan saya dah sampaikan pada tuan punya bag, barulah saya dapat update di sini.

Ambil gambar hasil kait di pokok ceri. Hari ini, pokok ceri ni sudah ditebang. Sebabnya, jadi port lepak beruks. Baru ingat nak tanam pokok besar di halaman rumah, supaya teduh sikit. Memang tak boleh tanam pokok ada buah. Habis semua ceri, tak sempat merah, dah hilang. Sebelum ni, beruk-beruk cuma melintas atas kabel elektrik depan rumah. Lepas tu, dia dah pandai lompat ke pokok ceri rumah kami. Pastu, jalan ikut tembok pagar, ke dapur, makan makanan kucing. Masuk ke wet kitchen saya, makan bawang yang saya gantung di bakul bawang di dapur belakang rumah tu. Habis semua, masa kembali ke rumah dari kampung hari tu, kulit-kulit bawang berselerakan, dengan kesan hitam, tapak kaki beruk. 

Tidak jauh dari kawasan perumahan saya ni, ada taman paya bakau, di mana sebelum ni, orang ramai boleh singgah sana. Tengok beruk, bagi makan beruk, jalan-jalan la di taman paya bakau tu. Sekarang, pihak majlis telah memagar taman tersebut, dan kenakan bayaran pada sesiapa nak masuk. Bila dah kena bayar, tak ramai lah yang pergi. Kalau dah berbayar, siapa nak pergi, sedangkan kita boleh tengok free je, beruk-beruk ni. Sejak tu la, beruk-beruk semakin banyak datang ke kawasan rumah dan dia punya tahap lapar tu, bawang bombay dia makan, makanan kucing, bahkan makanan ikan pun dia makan. Ada bekas makanan ikan atas akuarium di depan pintu rumah, habis dibukanya, bertaburan makanan ikan. Memang tahap kebulur la tu, beruk-beruk ni.

Alamak, terlebih bebel pasal beruk pulak. 

Pagi tadi, saya sempat jogging sekejap.


Larian pagi tadi adalah sejauh 7.17 km. Alhamdulillah.

Tu je la nak cerita kali ni. Selamat beristirehat di hujung minggu kepada semua pembaca blog ni, yang saya hormati sekalian.

Jumpa lagi, ye. 😊