Sotong celup tepung

 Selasa, 27 Ramadan 1444 Hijrah.

Pagi tadi, cuaca agak panas. Lepas hantar anak ke sekolah, balik rumah, siram pokok, menyapu sikit di luar rumah dan bagi kucing makan. Berpeluh juga. 

Itu pasal saya lari dalam rumah saja hari ni. 

Oyen budak manja

Sebab dalam rumah, bolehlah gagahkan diri buat sampai 10 km hari ni. Alhamdulillah. 

Walau pun berat saya turun, tapi tidak banyak. Jadi, sama ada saya perlu lari lebih lama atau saya kurang makan. Bab makan, saya susah sikit. Pantang jumpa makanan sedap. 🙈 Jadi, saya akan cuba untuk lebih bakar kalori. Saya cubalah ye, setakat mana mampu.

Macam Puan SK dan Puan Amie yang selalu ber-passing-passing mambang rajin masak. Saya juga nampaknya kena seru mambang giler lari datang semula. Huhu...

Meh tengok hari ni buka puasa dengan apa..

Murtabak daging, harga RM5

Sotong celup tepung, harga RM10

Ayam percik, RM8. (RM4 sebatang)

Sotong celup tepung dan ayam percik kongsi-kongsi makan satu famili. Saya berbuka dengan murtabak.

Alhamdulillah. 

Esok mesti ramai yang balik kampung. Saya balik lusa, Insya-Allah.

Baik. Jumpa lagi ye.

8 comments:

  1. selamat bermusafir esok kak...moga selamat baik2 semuanya dalam perjalanan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Afzan. Aminnn.. mudah-mudahan gitulah.

      Delete
  2. Tidak makan nasi ya? Kitorang kampung dekat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, NA. Kadang tu, selera makan benda lain selain nasi.
      Untung, kampung dekat. Tak perlu kebas bontot dalam kete lama². 😁

      Delete
  3. selamat hari raya Nur... semoga selamat pulang ke kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Ako. Aminn... Tima kasih, ye.

      Delete
  4. Replies
    1. Lepas raya, SK. Raya ni kita makan puas² dulu. 😁

      Delete