Cerita hari Khamis

 Oleh kerana sekarang cuaca kerap hujan, jadi bila tidak hujan saja, elok lah kita keluar berlari. Walaupun hari mendung, mendung tidak bererti hujan. Boleh jadi angin kuat gerakkan awan hujan ke kawasan lain. Bila hari hujan, kita duduk rumah diam-diam lipat kain ya. 😁

Larian Selasa lepas, sejauh 8 kilometer. Suami off kerja. Tengah posing selpiaq, tiba-tiba ada photo bomb. 😁

Kuat betul suami saya ni. Maksud saya, suami nekad untuk kurangkan berat badan. Dia berhenti terus minum air manis. Nasi pun makan seminggu sekali. Dulu, perut suamiku maju ke hadapan. Kini, lihatlah, dalam gambar di atas. Banyak progress dia. Iya, masih ada spare-tyre tu. Tapi slow-slow ler. Dah bertahun-tahun kot ternak lemak, takkan ambil masa sekejap untuk hilang kot. Rome wasn't built in a day, pepatah Inggeris mengatakan. Walaupun dia selalu merungut, berat tak turun-turun. Tetapi saya nampak ada pengurangan di pinggangnya. Seluar kerja suami pun sudah longgar, ok. Memang kalau nak kurangkan berat badan, kena kawal pengambilan gula dan karbo. Terbukti sudah. BMI suami saya, obese. Sedang usaha turunkan, slow-slow. Berusaha! 💪💪 Saya? Saya tak kuat macam suami saya. Dah banyak kali cakap nak berhenti minum kopi, tapi masih beli kopi. Kikikiki....

Pagi tadi, saya masak nasi goreng untuk sarapan kami anak-beranak.

Nasi goreng.

Boleh makan nasi. Tapi, portion-nya sebesar penumbuk kita sahaja. Saya pun dah kurangkan masak nasi. Dulu, 4 pot setiap kali masak. Sekarang, sudah 3 pot. Itu pun, sebab anak sulung ada di rumah, cuti seminggu. Nanti bila dia balik campus, masak 2 pot je la kot. Atau pun tak masak nasi langsung. Sebab tinggal orang yang tak makan nasi je nanti. Anak bongsu pun sedang usaha untuk kurangkan berat badan. Berat anak bongsu lebih 100 kilogram, walaupun dia baru 15 tahun. Dia, jururawat yang datang suntik imunisasi anti tetanus di sekolah dia, nasihat, supaya kurangkan berat badan. Sejak hari tu, dia terus cakap pada saya, tak mahu makan nasi lagi. 

Selain nasi goreng, goreng karipap yang buat semalam.

Kiri, karipap oksigen. Kanan, karipap berinti.

Habis dah karipap oksigen. Tinggal karipap biasa. Puas hati buat sendiri karipap.

Lepas hantar anak sekolah, suami ada aktiviti riadah di ofisnya. Dia tinggalkan saya di padang Astaka, Sitiawan.

Larian pagi tadi, 7.1 kilometer.

 Udara sejuk pagi tadi. Saya wheezing. Inhaler asthma ada dalam kereta yang suami bawa pergi ofis. Jadi, saya jalan-jalan saja. Ambil nafas dalam-dalam. Alhamdulillah, semput hilang. 

Lepas suami selesai aktiviti sukan di ofisnya, dia datang ambil saya semula di padang, dan kami pergi sarapan di mamak.

Saya pesan tosei, dan ambil vadei seketul. Suami makan puri, 1 set.

Vadei.

Beza ya, vadei dulu dan sekarang. Dulu, setiap gigitan, boleh rasa ada bawang dan cili api. Sekarang, rasa kosong je. 

Balik rumah, lepas mandi, masuk dapur, goreng ayam.

Ayam goreng.

Tengahari, makan nasi goreng pagi tadi bersama ayam goreng.

Lepas zohor, bawa anak-anak pergi Aeon sekejap, ada nak beli headphone la, perfume la. Sebab jarang ketiga-tiga anak ada di rumah dan hendak keluar sekali, paksa dia orang posing ambil gambar. Dia orang punya mulut pok pek pok pek, malas bergambar, tapi sebab tak ramai orang pun di Aeon, berjaya juga suruh anak-anak posing, seperti di bawah.

Dekat papan tanda Gemencheh Boys. 😁

Dari depan, anak sulung, diikuti anak bongsu dan anak kedua di belakang sekali. Syukur Alhamdulillah. Memang bising dalam kereta, sebab yang sorang tu, jarang-jarang nak ikut keluar rumah, jenis suka memerap di rumah saja. 

Sekejap je, anak-anak membesar. Selagi berkesempatan, ambil masa, spend time dengan anak-anak. Ajak anak sembang. Masa paling bahagia bagi saya, bila dapat luangkan bersama keluarga. 💓

Ok la ye. Sekian cerita hari ni.

Jumpa lagi. 😊

28 comments:

  1. Nak kurangkan nasi ke satu penumbuk tu allahu.. dah try tapi rasa mcm belum makan jer hahahaha

    ReplyDelete
  2. SA ni uric asid tinggi, border line dh..so..kena fhm la apa yang perlu dibuat...seronoknya anak2 disisi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pantang seafood la ye, SA. You can do it!
      Alhamdulillah. Lagi 2 hari, yang sulung sudah nak pulang ke sarang.

      Delete
  3. tang vadei tu saya setuju! kadang tak ada rasa vadei pun. rasa tepung je. rasa nak sumbat je kat mulut penjual tu. biar dia rasa vadei yang ntah apa2 punya rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mmg menyampah peniaga x ikhlas or tangkap muat ni. mknn kot? buatlah senonoh sikit. ko cari rezeki dgn mknn. kalau ko x hormat mknn mcm mn bisnes nk berkat dan berjaya?

      Delete
    2. Betul, betul. Saya setuju.

      Delete
  4. Vadei tu seperti apa ya?..nah susah mau kumpul foto bareng,anak saya pun susah kalau mau ambil foto bareng,agak dipaksa baru mau hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vadei lebih kurang macam cucur atau fritters yang dibuat dari tepung beras, tapi bentuk macam donut. Sepatutnya, dalam vadei tu, ada cili hijau, bawang dan daun kari.
      Kan, Mreneyoo, anak-anak sekarang. Susah mau bergambar.

      Delete
  5. Sekarang ni semua mende gitu. Dulu murah dan sedap. Sekarang dahlah mahal kadang2 rasa entah kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Ammi. Nak buat sendiri malas pulak. Nak makan sebiji je. :D

      Delete
  6. Linda pun susah nk cut manis..hr2 teh ais beli kat cafe spital... Hihihi... Sebab beli, tu yg mnum.. Kalau buat sendri malasss.... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macam sama je kita. Akak gila kopi.

      Delete
  7. Hehe sayapun cuba kurang makan nasi. Makan lebih pada protein, tidak biasa makan lauk banyak. Macam lambat kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun makan lauk sikit, NA. 1 je. Semoga kita kuat untuk kurang makan nasi.

      Delete
  8. Tahannya makan nasik seminggu sekali
    Wak makan nasi 3 kali sehari, bertambah2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak takpe, kerja kuat, bertani. Kami ni, banyak duduk je. Hehe.

      Delete
  9. Umur 15 tahun tapi beratnya 100kg, butuh diet super itu bu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Encik Rezky. Sekarang anak sedang berusaha untuk turunkan berat badan.

      Delete
  10. sy kurang makan nasi...tp kerap makan dlm portion yg kecil... berat cuma 77kg. tinggi 160cm je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringannya Abe Kie. Kurang makan nasi rupanya.

      Delete
  11. Hebatnya, makan nasi seminggu sekali je 👏🏻👏🏻 nak seribu daya, taknak seribu dalih kan Nur

    ReplyDelete
  12. suka tengok gambo last..sporting posing kat situ...hehe..semoga tercapai hasrat anak bongsu nk turunkan bb...yakin boleh!!

    ReplyDelete
  13. Insya-Allah. Terima kasih, nohas.

    ReplyDelete
  14. Tapi salut suami kakak kuat niatnya. Memang harus begitu. Suami saya rutin sebenarnya olahraga, tapi susah sangat nak suruh dia kurangkan manis 😔. Untung pas MCU trakhir gula darah masih normal. Tapi tetapkan, kita hrs jaga dari sekarang. Ntahlah nak bagaimana bujuk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki ni, bila sudah sakit, baru mahu insaf. (dari pengalaman saya sendiri). Opss... minta maaf kepada pembaca lelaki yang terbaca komen ini.

      Delete