Lauk berbuka khamis dan dapat kuih

 Jumaat, 23 Ramadan 1444 Hijrah.

Semalam, hari Khamis, lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya brisk walk sekejap. Tak larat dah nak lari lari. Jalan santai je.

KM 0 Lumut

Jalan sejauh 4.13 km pagi semalam.

Batu kilometer sifar ni, juga dikenali sebagai penanda batu kosong di Lumut, terletak di hadapan pejabat pos. 

Jalan santai je pun dah berpeluh. Cuaca panas. Cari pokok besar, buat senaman menyejukkan badan bawah pokok.


Ini adalah hidangan berbuka puasa saya semalam. Nasi lauk ikan keli berlada, dan sayur pak choy. Keduanya lauk tunjuk je, beli di Kedai Che Yah. Situ memang tempat pilihan beli lauk, kalau saya tak masak. Ada banyak pilihan lauk. Dari lauk semurah-murahnya seperti telur, hingga ke lauk mahal seperti ikan siakap. Lagi pun situ, mesra pelanggan. 

Saya selalu tanya,"Ni ikan apa?" sambil tunjuk ikan dalam masak kari.

"Ikan nyok-nyok", dia jawap.

Kalau saya pilih ikan mahal, dia akan cakap harga, "Ni ikan tenggiri, RM8 sepotong"

Jadi, kita boleh buat pilihan, nak ambil ke tak.

Sesetengah kedai makan, dia biar je kita ambil. Bila lepas kira, mak ai, nape mahal? Sebab ambil ikan mahal, gitu.

Suami balik kerja pukul 6 pagi dari shif petang semalam. Ha ah, overtime. Dia bawa balik kuih raya. 

Lawanya kotak


Ada 3 jenis kuih, iaitu suji gajus, oombak rindu (biskut coklat ada kacang badam di atas) dan mini popia. 

Eh, ada satu lagi. Dapat tudung la, tahun ni! Hehe... Alhamdulillah. 

Ok. Jumpa lagi, ye. 😊

10 comments:

  1. Bagus dapat biskut dan tudung percuma.
    Tadi pergi kedai kasut. Saiz dan warna saya hendak tiada. Harap ada minggu depan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA. Selalu dapat kuih je. Tahun ni, dia bagi tudung sekali.
      Semoga dapat saiz dan warna sesuai kasut NA. 😊

      Delete
  2. Alhamdulillah, biskut boleh kongsi tapi tudung, ompompuan jer boleh pakai, hihi. Sy pun suka keli berlada.

    ReplyDelete
  3. Isinya seindah gambar luar kotaknya.
    Alhamdulillah rezeki di penghujung Ramadan.

    ReplyDelete
  4. wah tahniah....mutu penulisan semakin baik dan semakin seronok dibaca...teruskan istiqamah menulis selian berlari dan mengait hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, Encik Hanafi? Mekasih. Tambah semangat saya nak menulis. 😊
      Baik, Insya-Allah.

      Delete
  5. alaaa semalam SK dapat tudung ni akak pula jealousnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Afzan pun apa kurangnya, nanti bole sambar tudung naelofar. 😁

      Delete