HTM Ipoh 7 Bridges Run 2023

Cerita tentang HTM Ipoh 7 Bridges tahun lepas, ada di sini.

Tak macam tahun lepas, di mana saya bertolak dari Lumut pada hari larian. Tahun ini, saya dan suami pergi ke Ipoh hari sebelum larian, dan bermalam di hotel.

Race Entri Pack Collection (REPC)  

Sabtu, 16 September 2023 - Bertolak dari Lumut sebelum tengahari lagi. Nasib baik pergi awal. Sebab hari roadblock sedunia di Perak. Jumpa dengan 3 sekatan jalanraya oleh polis. Dia punya kesesakan, panjang berjela, you. Sampai saja di Ipoh, terus tuju ke Stadium Indera Mulia, untuk ambil racekit. Ada 2 hari boleh ambil racekit, hari Jumaat dan Sabtu. Sesak ye, di stadium. Cuti umum Hari Malaysia, lepas tu ramai orang berkunjung ke event di stadium, ada hari kerjaya, karnival KAMU, booth-booth jualan. 


Dalam drawstring bag tu, ada nombor bib larian, baju event dan beberapa freebies seperti gula-gula garam, samples dan voucher dari Farmasi HTM.

Lepas ambil racepack, jalan-jalan tengok apa yang menarik di tapak karnival. Saya beli energy gel. Ada offer, beli 3 energy gel, harga RM20 sahaja.

N8 energy gel, satu (perasa mango) saya dah guna masa lari. Himalayan salt drops, free gift dalam racepack.

Masih terlalu awal untuk check-in di hotel, jadi pergi jalan-jalan dan makan tengahari dulu di Aeon Kinta City. 

Penginapan

Saya dan suami telah buat tempahan di Fair Park Hotel. Tak jauh dari lokasi nak berlari, iaitu di stadium. Pertama kali nak check-in di hotel, saya beratur selama 1 jam, hokey...! OMG! Kena sabor banyak-banyak.

Bila dah selamat masuk bilik, ok. Semua puas hati. Bukan nak duduk lama pun. Berbaloi dengan harga yang kami bayar, iaitu RM81 sahaja. Bilik standard. Aircond sejuk, ada tv, bilik air bersih, ada cerek elektrik boleh buat kopi, ada mini fridge, ada tingkap boleh view pemandangan belakang hotel. 

Masa kami keluar petang, masih ramai yang beratur nak check-in. OMG! Tak habis-habis lagi. 

Lokasi memang strategik. Banyak tempat makan. Dalam pukul 5 petang, saya dan suami pergi pekena nasi kandar Pelita, jalan kaki je, dari situ. Alhamdulillah, carbo loading dengan selamatnya, ayam goreng, nasi kuah campur, sedap hingga menjilat jari. 

Balik ke hotel, terserempak dengan staf hotel yang uruskan check-in pada pukul 3 petang tadi, tanya baru habis kerja ye. Dia kata, dia baru kerja tahun ni di hotel tu, pertama kali tetamu ramai sangat nak masuk. Hehehe... itulah penangan Ipoh 7 Bridges Run ye. Orang dari KL, dari utara, turun, untuk sertai larian ni. 

Hari Larian

Tidur 6 jam. Alhamdulillah, boleh berehat. Walaupun mata tak mengantuk, nak mengadap movie di bilik hotel, tapi off juga lah tv, sebab perlu bangun awal, iaitu pukul 2 pagi. 

Mandi, siap-siap, pukul 3 pagi, saya dan suami berjalan ke stadium. 

Saya buat warm-up. Lari sikit-sikit, bagi keluar peluh. 

Selfie satu, bersama suami tercinta.

Tepat pukul 4 pagi, berlepas la kami, peserta half marathon, iaitu sejauh 21.1 kilometer. Tiada false start macam last year. Bagus, semua lancar.

Biasanya, bila mula dilepaskan, saya boleh sampai pace 7. Laju la tu, bagi saya. Mudah terpengaruh dengan orang-orang lain. Kali ni, saya buat easy pace sahaja. Pace 8 paling laju. Takpe, biar orang potong kita. 

Kilometer 1.5. Kredit foto: Jurugambar rasmi Ipoh 7 Bridges.

Boleh nampak saya dalam gambar di atas? Memang meriah acara ni. Sentiasa dikelilingi orang. Sentiasa dipotong dan memotong orang. Hehe... dalam gambar di atas, saya di bahagian kanan, di belakang.

3 kilometer pertama memang paling susah bagi saya. Masa tu la, ada rasa lenguh betis la, macam-macam. Itu pasal kali ni, strategi saya, start easy, finish strong. Saya slow je. 

Lepas 3 kilometer, automatik kita terlaju. Tak sengaja pun. Tapi sebab enjin dah panas kan, jadi semua jadi lancar.

Kilometer 6. Kredit foto: Jurugambar rasmi Ipoh 7 Bridges

Cuaca tak panas, membantu juga. Sebab petang semalamnya, hujan di Ipoh. Kaki ok. Saya lupa nak cerita, saya beli kasut baru, tau. Sebab masa acara larian lepas, rasa kasut saya sempit. Saya beli 0.5 saiz lebih besar. 

Ni dia.. kasut baru.

Asics Gel Nimbus. Melantun-lantun saya pergi. Nama pun 7 bridges, jadi ada 7 fly-over atau jambatan. Masa naik jambatan, saya cakap kat kaki, ok, kita jalan saja la, naik bukit ni. Tapi kaki saya tak dengar cakap, ok. Dia berlari juga. Memang saya non-stop lari. Saya cuma stop di setiap water station untuk minum air. Lepas tu, sambung berlari. Tak jalan pun. Saya sendiri terperanjat dengan diri sendiri. Boleh jadi si Asics Gel Nimbus ni punya pasal. Boleh jadi sebab cuaca pukul 4 pagi yang dingin. Boleh jadi sebab energy gel yang saya ambil, dari masa ke semasa. Bila terasa-rasa macam nak penat je, saya ambil sikit-sikit. Lepas tu, tutup balik penutupnya. Itu yang saya suka energy gel jenama N8 ni. 1 saja sudah cukup bagi saya, untuk half marathon. Apa pun, Allah yang izinkan. Alhamdulillah, saya sangat happy, sebab kaki saya ok sepanjang acara larian ini.

Kilometer 11. Kredit foto: Jurugambar Ipoh 7 Bridges.

Saya ada potong uncle yang bongkok, yang tahun lepas pun dia ada masuk juga. Hebat la dia, tiap-tiap tahun masuk half marathon. Steady je dia lari. 

Kilometer 17. Kredit foto: Jurugambar rasmi Ipoh 7 Bridges

Ada satu water station tu, selain air mineral dan 100 Plus, ada aiskrim malaysia. Tapi saya tak ambil, sebab saya takut semput. Lagi pun bila tak makan apa-apa dan masuk benda sejuk dalam perut, takut gastrik pula. Telan air liur tengok orang lain makan aiskrim malaysia. 

Kilometer 17. Kredit foto: Jurugambar Ipoh 7 Bridges

Saya fokus je lari. Bila jambatan terakhir yang paling tinggi tu, dekat Hospital Pantai Ipoh, ramai yang berjalan. Tapi saya boleh slowjog tak henti-henti sepanjang naik. Entah kena sampuk apa kaki saya hari tu. 

Ada sorang amoi ni, dia potong saya, saya potong dia. Bila dia berhenti jalan, saya potong dia. Bila dia lari, dia potong saya balik. Bila dekat nak habis, dia datang tepi saya, dia cakap, "You're so good! Non stop lari." Pastu saya balas balik,"You're good too. So fast!" 

Pasal tu la saya suka masuk acara larian. Bukan kenal pun sesama runner. Tapi suka motivate each other. Kalau tengok kita slow, ada orang tanya, "Are you ok? " Best rasanya.

Ni, saya tak tau kilometer berapa. Kredit foto: Racetag

Tahun ni, ada sistem pengecaman wajah, di mana di website penganjur, kita masukkan muka selfie kita atau nombor bib larian kita, gambar yang ada muka kita akan keluar. Bagus, ada kemajuan. Tapi ada juga gambar-gambar di atas, saya cari di facebook pengajur, sebab banyak jurugambar di sepanjang laluan.

Saya takde tengok jam sangat. Tapi saya perasan saya sedikit laju dari biasa, bila dekat nak habis, nak sampai stadium semula, hari masih gelap. Masa sampai di surau bergerak pun, hari masih gelap. Sayup-sayup dengar azan. Tapi saya tak berhenti, sebab uzur. Kalau tak, boleh berhenti rehat sebentar. Tak best tau, lari bila sedang datang bulan. Sebab pakai tuala wanita, ada potensi untuk melecet bila berlari jauh macam ni. Kena sapu vaseline banyak-banyak di kawasan terlibat. 

Selalu bila sampai di garisan penamat, suami saya sudah standby untuk ambil gambar. Dia bajet saya buat half marathon, 3 jam. Tapi kali ni, saya terlaju, dia masih on the way ke lokasi. Lepas tu, saya lupa nak stop jam, sebijik macam tahun lepas, pun saya lupa. Ambil medal dulu, ambil baju finisher dulu, masa nak cari tempat lapang untuk menyejukkan badan, baru saya perasan, alamak, jam aku masih berjalan.

Data larian mengikut jam. Gambar diambil masa sebelum berlepas, pukul 3.32 pagi.

Alhamdulillah. Saya rasa sangat gumbira, sebab selamat sampai ke garisan penamat tanpa apa-apa kesakitan atau kecederaan. Cut-off time adalah 5 jam. Sangat lama, ok. Selalu acara half marathon, cut-off time biasanya 4 jam sahaja.

Baju finisher, medal dan bib larian.

Meh tengok result larian, mengikut masa penganjur.


Kategori women veteran, saya nombor 68 dari 149 orang. Yay! Hehe.. happy. 

Keseluruhan peserta half marathon, saya dapat nombor 749 dari 1299 orang.

Peserta perempuan pula, saya dapat tempat ke 114 dari 284 orang wanita yang sertai half marathon.

Syukur Alhamdulillah. 

Sijil penyertaan

Tamat sudah acara larian terakhir yang saya daftar untuk tahun ni. 

Last, gambar depan start/finish line.

Alhamdulillah. Suka, suka. 😊

Sekian, jumpa lagi, ye.

26 comments:

  1. Iih.. hebatnya...bangun jam 2 pagi buat persiapan lari..kalau saya entah masih terbawa mimpi... 😁alhamdullilah kaki sudah pulih ya...memang kalau sudah hobi dan tau tentang olah raga baik bagi kebugaran, pasti akan senang menjalankannya karena sudah terbiasa. Selamat yaaa👍😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... saya pun masa lari, ada rasa menyesal kenapa lah aku daftar masuk lari ni, pukul 2 pagi, tidur lagi best. Hahaha... mekasih, Mreneyoo.

      Delete
  2. Uiks ada aiskrim Malaysia.
    Nampak sangat Puan Nur sangat gembira dengan larian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Pelbagai perasa ada. Geram je saya tengok orang makan. Ha ah, setiap larian kita harus nikmati. :D

      Delete
  3. Alhamdulillah kadar sewa tidak naik walaupun tempat strategik. Harga murah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA, harga hotel memang berpatutan. Sebab hotel lama kot. Tapi barang-barang dia takde la nampak old fashion. Kunci bilik pun pakai kunci biasa, bukan card key. Hehe.. ok la.

      Delete
  4. Waahh, gak hanya ada sepatu baru, tapi dapat medali dan kaosnya juga.
    Keren, setelah perjuangan bangun sangat pagi, semangat lari, dan akhirnya finish. Bersyukurlah sampai finish tidak ada cidera🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Alhamdulillah. Sampai finish line dengan selamat.

      Delete
  5. tahniah kerana berjaya menamatkan separuh marathon...tidak semua sanggup ikut aktivti lasak ini....tahniah juga kerana penulisan dan penceritaan awak sangat lengkap....bagus untuk dibaca oleh semua termasuk para pelajar juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Eh, ye ke.. kembang kuncup hidung saya baca komen Encik Hanafi. :D

      Delete
  6. Alhamdulillah, tahniah Nur! 👏🏻👏🏻 Mantappp lariannya.

    Saya dulu pun masa berlari prefer berlari terus daripada berlari lepas tu berjalan rasa macam start-stop selalu lepas tu cepat pancit 😂 kalau konsisten berlari baru takkan rasa penat sangat. Cuma kalau part yg berbukit atau dah rasa lenguh kaki saya lari slow2 je la tapi still momentum berlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Carneyz. Alhamdulillah. Saya coba.
      Kan.. bila kita mula berhenti, itu yang hilang momentum tu. Terus saja, maju ke hadapan...

      Delete
  7. power la akak!tumpang gembira kak,saya baca sambil senyum2 rasa bangga wlpn bukan sy yang berlari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak power la, Afzan. Akak slow-slow je. Pace orang tua. Terima kasih, Afzan.

      Delete
  8. terbaik terbaikkkkk!!!
    awal pagi bgn utk ke acara ni bukan perkara baru... dulu sy pun rs janggal bgn pagi utk join program sebegini...

    insya allah kalau sihat dan bebas cedera sy kembali berlari bln 12 nnt...skrg masih warm up lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Anies. Marilah berlari Anies. Kenapa lama tak lari? Pernah injured ke?

      Delete
    2. Oh, I see. Take it easy, dan start slow ya. Semoga Anies sembuh sepenuhnya dan boleh kembali berlari.

      Delete
  9. tahniah! Biso sengoti ni. sy larat jogging 3 km je. selebihnya duduk berehat je la. huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Abe Kie. Hehe.. 3 km pun ok sesangat, Abe Kie. Keluar juga peluh tu.

      Delete
  10. Saya belum pernah ikut larj marathon macam ni, padahal memang banyak eventnya di JKT . Temen saya sering ikut. Tapi rasanya tak ada yang start jam 4 pagi 😅. Salut lah dengan kakak. Kuat sangat stamina. Dah terlatih juga sih yaa.

    Dan jadi penasaran dengan yg namanya energy gel itu kak. Jadi pengen nak beli. Nantilah coba cari di sini.

    Btw, congrats utk kak nur. Semoga tetap semangat untuk ikut event lari seperti ni🎉🎉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini, kebanyakan event lari biasa mula awal pagi, Fanny, yang larian malam pun ada. Kalau event start lepas subuh, yang short distance, seperti fun run, 5 km saja. Mau elak panas. :)
      Boleh cuba cari di shopee, Fanny. Tak pasti, ada atau tak, energy gel brand N8.
      Terima kasih, Fanny. Insya-Allah.

      Delete
  11. bertambah baju dan medal.. rindunya nk lari mcm ni tp apakan daya anak masih kecil

    ReplyDelete