Biskut bunga gajus

 Ahad, 18 Ramadan 1444 Hijrah.

Semalam, hari Sabtu, saya tak pergi jogging. Saya dok rumah, buat biskut gajus. 😁

Long time ago, pada tahun 2007, saya pernah ambil tempahan kuih raya. Customer saya, semuanya kawan-kawan masjid mak saya dan jiran tetangga. Sebelum bulan puasa, saya dah sediakan sample kuih raya dan bahagi-bahagikan. Lepas tu, dapat order. Sepanjang bulan puasa, tiap-tiap malam lepas berbuka, kerja saya adalah buat kuih raya. Hujung minggu, saya hantar tempahan pada customer. 

Sekarang, bila saya fikir balik, terer betul aku dulu. Hari-hari larat buat kuih. Dah la time tu, anak-anak masih kecil. Yang sulung, 4 tahun, anak kedua, 1 tahun. Tapi tu la, rezeki Allah permudahkan kerja saya. Time tu, gaji suami saya kurang seribu sebulan. Selain niaga online jual produk kait dan jahit, itulah pertama kali saya cuba ambil tempahan kuih raya. Dan itulah satu-satu kalinya saya ambil tempahan. Tahun berikutnya, saya dah tak buat. Hehe.. kawan-kawan mak saya pernah tanya, anak dah tak ambil order kuih raya ke? Hehe.. itulah kenangan manis yang saya tak dapat lupakan. Mak saya pun dah takde. 

Panjang benor mukadimah. Baik, saya teruskan dengan cerita kuih bunga gajus. Ini adalah salah satu kuih yang saya pernah buat, tempahan orang, dulu. Setakat saya pergi supermarket, saya dah tak nampak dah orang jual kuih ni. Saya pun dah lama tak buat. Mari kita...

Sediakan dulu bahan-bahan nak buat kuih

Tengok la, penimbang peninggalan arwah mak saya, saya pakai. Orang sekarang dah pakai penimbang digital dah. Saya old fashion sikit. Benda boleh berfungsi, buat apa beli yang baru.

Oh, acuan kuih ni, kena bentuk bunga, tau. Tapi acuan bunga saya, kecik, tak dapat menampung kacang gajus saya yang saiz agak besar. Jadi, saya guna acuan yang takde rupa bunga pun. Kome pun boleh lah guna apa acuan yang ada. Rupa asal kuih ni, adalah seperti di bawah.

Bentuk bunga dan gajus di atasnya.

Tengok la keratan buku resepi saya. Sebelahnya, saya tulis tempahan orang, dan berapa biji. Bawahnya, saya kira kos saya buat, untuk tentukan harga jualan. Tahukah anda, kos untuk buat kuih ini pada tahun 2007, adalah RM11.45, dapat 91 biji. 

Jadi, 1 biji kuih harga RM0.13.

Jadi, 50 biji, 1 balang, kos adalah RM6.30.

Saya dah lupa saya jual berapa, 1 balang. Saya rasa, RM10 kot. Tapi kuih siput saya ingat, saya jual 1 balang, harga RM5 sahaja. Itu yang ramai repeat order tu. Ada 2-3 orang makcik, dah dapat kuih awal bulan, dia order lagi, sebab kuih dah habis. Hehe.. Tapi tu harga dulu. Sekarang, harga bahan mentah dah mahal. Tak dapat dah harga macam tu.

Biskut gajus in the making..


Itu tangan suami saya. Alhamdulillah. Rezeki Tuhan bagi, suami suka tolong saya buat kuih. Dia lagi pandai gelek adunan dari saya. Saya tukang sediakan doh dan bakar kuih. 😁

Gajus dibelah 2, dan letak atas kuih yang dah ditekap acuan dan disapu kuning telor.

Rupa bila baru keluar oven

Kuih ni, rupa dia tak berapa cantik. Ye la, nak dibandingkan dengan semprit yang ada ceri, atau almond london yang selaputi coklat menawan. Namun, rasa kuih ni tidaklah mengecewakan ye, bak kata Yusuf Haslam. Teksture dia agak crunchy sebab bukan saja kacang gajus ada di atas, bahkan yang ditumbuk halus dan diuli jadi adunan juga.


Hampir 3 balang dapat hasil semalam. Alhamdulillah.

Baik. Saya share resepi biskut bunga gajus ye.

Bahan-bahan:

150 gram mentega

150 gram gula castor

2 biji kuning telur - Sebiji untuk disapu atas kuih

1 sudu teh esen vanilla

100 gram gajus ditumbuk halus

200 gram tepung gandum

100 gram tepung jagung

50 gram tepung kastard

Hiasan: 

150 gram gajus

Cara buat kuih:

1. Dalam satu mangkuk besar, ayak bahan kering, iaitu tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.

2. Dalam mangkuk mixer pula, pukul mentega bersama gula hingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau hingga rata. 

3. Masukkan gajus halus dan satukan dengan semua tepung yang telah diayak awal tadi. Tak payah guna mixer. Guna tangan je. Uli hingga sebati dan jadi doh. Kalau adunan kita terlerai, tak boleh bentuk, tambah butter. Ye la, resepi ni tak cakap dia guna telor gred apa. Sekarang ni, telor apa kita guna. Banyak gred C, D. Jadi, tu yang tak boleh bentuk tu. Tambah butter sikit demi sikit, sampai adunan kita boleh dibentuk ye.

4. Bentukkan adunan seperi bunga dan sapukan kuning telur. Letakkan setengah biji gajus di atasnya. Bakar hingga masak.

Baiklah. Selamat mencuba.

Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. Harga bahan mentah mahal. Itulah tidak ramai jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, NA. Berganda-ganda naiknya, banding dulu.

      Delete
  2. Ini kuih tradisi, rasa macam ada jugak jumpa dulu2. Tak pasti skrg ada lagi tak, api rasa dia sedap kan, gajus kan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Sedap, kuih ni. Orang yang suka kacang, mesti suka.

      Delete
  3. betul la dulu zaman2 sekolah, arwah mak pun suka buat kuih ni... mmg rajin la menolong buat kuih.. tp skrg nak pegang penimbang pun malas hhaha... main tunjuk2 aje la kuih raya nya.. eh tahun ni kitrg x beli kuih raya pun laaa... erkkk

    ReplyDelete
  4. waahh kuih tradisi org lama. tp brg skrg semua makin mahal & tak blh jual harga murah dah T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ana. Itu kalau dapat buat sendiri kuih, boleh dapat banyak, banding kalau kita membeli.

      Delete
  5. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Biskut bunga gajus...boleh la suruh anak saya buat lepas ini.

    ReplyDelete
  6. Sedap kuih ni. Kenapa Nur berhenti ambil tempahan biskut raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab penat, Carneyz, dan tak boleh pergi terawih. Siang sibuk hantar, dan amik anak sekolah, tadarus. Malam je boleh buat.

      Delete
  7. biskut raya nostalgia ni kak zaman saya kecik2 dulu pun mak mesti buat biskut ni...skrg mana nak jumpa dah biskut mcm ni kak..sedapnya lahai nak gi raya umah akak la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, ye ke.. Afzan. Mai la beraya sini, meh... ^_^

      Delete
  8. Terbayang sedap lemak sebab ada campuran gajus dalam adunan.
    Memang hebat sangat Nur boleh ambik tempahan, lagi pulak dengan anak masih kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ada rasa lemak-lemak kuih gajus ni.
      Hehe.. itu la saya pun pelik juga, camne saya boleh buat dulu. Sekarang, nak buat 2-3 kuih raya pun dah rasa malas, Ujie.

      Delete
  9. uiiii patut laa bau semerbak smpi ke siniiiii😁

    ReplyDelete