Burung enggang besar

 Ahad, 25 Ramadan 1444 hijrah.

Biasanya waktu lari waktu pagi, boleh rasa bahang panas. Matahari nampak oren dan besar. Tapi lain pagi tadi. Udara sejuk. Angin bertiup lembut. Jarang-jarang tau, cuaca macam ni kat sini. Macam malam lailatul qadar je semalam. Wallahualam. Rahsia Allah. Tu pasal kita dituntut supaya all out 10 malam terakhir.

Redup je pagi tadi

Pagi tadi, sempat berlarian sejauh 5.13 km. Sekejap slowjogging, sekejap berjalan laju. Alhamdulillah.

Masa tengah lari, nampak burung enggang di pokok besar. Burung ni pemalu, tau. Macam lotong kelabu juga. Bila kita nak ambil gambar dia, dia akan pusing bagi belakang dia kat kita. Macam memerang jugalah. Elok dia berdiri tengok kita dari jauh. Bila kita bawa keluar henpon dari poket nak ambil gambar dia, terus terjun dalam laut. 

Inilah gambar paling jelas dari henpon cap ayam saya.


Besar burung enggang yang saya dan suami nampak pagi tadi. Dia punya bunyi sayap bila dia terbang, "wosh wosh wosh" bunyi macam helikopter. Serius tak tipu.


Gambar di atas masa dia depakan sayapnya. Besarnya...

Pagi tadi, saya lari sampai hujung jalan. 


Jadi, kalau kita mula dari hujung esplanade lumut, hingga ke hujung jalan mengikut jalan pejalan kaki yang disediakan, jarak hampir 2 km atau 1950 meter. Boleh tahan, kan, jauhnya.

Petang pula, saya ajak anak sulung ke bazar ramadan. Tolong angkat barang. Hehe.


Saya berbuka dengan kuetiau goreng. Dia goreng di situ juga, panas-panas. Tapi takde cili jeruk. Harga RM4.

Alhamdulillah. 

Ok la. Jumpa lagi ye. 😊

21 comments:

  1. Teringat movie hunger dia masak burung enggang ni. Erghhh tak dapat bayangkan...

    Seronoknya akak lari-lari. kita ni dah lama tak lari. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, ye ke, gerun akak mendengarnya.
      Kalau nak, AO pun boleh lari-lari juga. :)

      Delete
  2. sekarang sudah tinggal beberapa hari menunju lebaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pejam celik, pejam celik sahaja, cepat masa berlalu.

      Delete
  3. Burung enggang ni kalau sedang terbang, terdengar bunyi sayapnya berkepak-kepak.
    Nur cerita cili jeruk, baru teringat cili hijau dalam peti sejuk yang belum dijeruk! Lupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu, Amie.
      Hehe... gembira dapat membantu.

      Delete
  4. Memang besar burung enggang ni. Tapi cantik dengan color kat burung ini.


    Jemput Singgah :Perodua Tawar Diskaun Servis Pakej AUTO RAHMAH 2023

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ye, SR. Tak pernah tengok lagi besar macam ni.

      Delete
  6. betul tu kak, kalau kt rumah mak mertua pun selalu nampak enggang jugak memang besar burungnya. Lagila kalau musim rambutan sampai 2-3 ekor kadang tu. Murah harga kuetiaw nya tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. rumah mak mertua Dana pun ada.
      Boleh la Dana. Ada juga tempat yang RM6, yang tu campur telur mata sekali.

      Delete
  7. Dah lama tak nampak burung enggang depan mata. Excited kalau nampak, tapi memang payah nak amik gambarnya. Kedudukan tinggi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Ujie, dia suka hinggap dahan tinggi-tinggi.

      Delete
  8. Malam 25 itu panas, saya kena mandi lewat. Hehe hari ini cuaca tidak panas sangat juga.
    Selamat mengejar lailatul qadar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, NA. Mari kita manfaatkan masa yang masih tinggal di bulan Ramadan ni. :)

      Delete
  9. burung enggang ni comel...itu bapak/atok dia kot yg saiz besar....ketiau goreng + cili jeruk..perghh...enakk..

    ReplyDelete
  10. eh ada juga di lumut ya.. bln lps jumpa di langkawi. memang sayap bunyi wosh2. kalau tak ada cili jeruk mcm tak ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. kat Langkawi pun ada juga, burung enggang.
      Betul, kurang lengkap kuetiau goreng tanpa cili jeruk.

      Delete
  11. Selamat berbuka puasa semua, kejap lagi .. org kg pernah duk lama kt Lumut..~

    ReplyDelete