Sarapan di Capati Kari Kambing Bota

 Khamis, 25 Rejab 1444 Hijrah.

Ada satu hari, semasa suami off kerja, kami telah pergi sarapan di tempat yang agak jauh sikit dari rumah.


Kome suka makan capati? 

Saya biasa lalu kedai capati kari kambing di Bota ni, sebab kedai ni terletak tepi jalan utama, dari Lumut nak ke Ipoh. Dah lama nak cuba, tapi kami selalu ada hal, sedang on the way ada urusan lain, jadi tak berkesempatan berhenti. Biasanya, kami lalu setiap Sabtu, masa nak pergi pasar pagi Bota, ada perasan ramai beratur depan kedai capati ni.

Orang tak ramai masa kami sampai. Kami datang hari orang kerja. Saya pesan capati, dan suami ambil bihun goreng campur nasi goreng, bersama sambal tumis dan rendang ayam. 

Kari kambing, rendang ayam dan capati

Capati tu, dibuat segar, bila ada orang pesan. Selain tu, ada juga makanan sudah siap dan sedia diambil, seperti bihun goreng, nasi goreng, kuetiau dan mi goreng, dan pelbagai kuih-muih.

Tak sempat nak ambil gambar hidangan suami saya. Lupa. Perut lapor masa tu.

Ok rasa capati dan kari kambing dia. Cuma saya rasa, capati dia agak nipis. Suami pun ada order capati juga, sorang sekeping. Bila sudah habis sekeping, saya rasa macam boleh makan sekeping lagi, lagi pun lauk kari kambing masih ada. Jadi kami pun pesan lagi sekeping capati, kesemuanya 3 keping capati kami makan. Hehe...

Sebab saya pernah merasa capati lebih gebu dari tempat ni, makan sekeping dah kenyang. Kalau anda jenis suka makan ringkas, ok. Tapi kalau jenis sarapan makan banyak macam saya, tak puas la sekeping jer. 🙈

Kambing dia pun lembut, ok. Boleh la singgah, kalau anda lalu tempat ni. Ia agak berdekatan dengan pejabat pertanian Titi Gantung, di mana ada banyak gerai jual jagung dan buah-buah tepi jalan. Google je, boleh jumpa lokasi kedai ni.


Makan kenyang, hati banyak suka, jumlah kesemuanya RM25.70. Alhamdulilllah.

Kedai capati kari kambing ini dibuka setiap hari, kecuali Khamis, tutup. Masa operasi adalah dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

Sudoku

 Rabu, 24 Rejab 1444 Hijrah.

Maaf ler, saya agak lama mengabaikan blog ni. Asal ada masa lapang je, saya main sudoku. Habis je buat kerja rumah, saya buat sudoku. Kena sampuk hantu sudoku. Sebab ada satu hari tu, saya susun buku-buku dalam bilik kerja saya, saya jumpa buku sudoku lama. Saya beli dah lama, sebab kadang bila balik kampung atau ikut suami outstation ke, ada benda juga boleh dibuat selain main henpon. 


Dia punya level berhantunya sudoku ni, sampai saya korbankan masa lari saya, sebab saya congak-congak, kalau saya lari luar, saya balik lambat. Kalau saya lari treadmill dalam rumah, saya habis 10 ribu langkah cepat. Jadi, masa yang saya jimat tu, saya boleh guna buat sudoku. Kegilaan betul. Geram bila tak dapat selesaikan sudoku level Susah

Level Sudoku 

Easy ✅

Medium ✅

Hard ✅

Very Hard ❌

Banyak-banyak kategori Susah yang saya buat, saya akhirnya dapat selesaikan satu. Itupun, ambil masa seminggu! Hahaha.... 


Ada kala rasa otak penat, rasa nak give-up. Dah simpan dah buku ni balik kat rak buku. Kejap lagi, lepas 2-3 jam, ambil balik, hadap balik sudoku yang belum selesai tu. Ketagihan melampau! Terjebak sudah.

Projek mengait dah tergendala. Kiki... 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

Turun 1 kilo

 Sabtu, 13 Rejab 1444 Hijrah.

Hari Sabtu memang best. Boleh rileks sikit. Boleh bangun lewat sikit. Hari anak sekolah, kena bangun awal, untuk sediakan makan pagi anak nak pi sekolah. 

Riadah pagi bersama anak bongsu, main badminton selama 40 minit. 

Kucing bawa hadiah. Dia letak tikus mati, di bahagian tepi rumah, tempat kucing-kucing makan. Elok je bangkai tikus tu, terbelah di bahagian perut. Isi perut terkeluar. Kepala tikus putus. Tangan pun putus. Tak tergamak saya nak ambil gambar tunjuk sini. Kucing, kucing. Bagus juga dia tolong bunuh tikus. Tapi tak perlulah potong siap-siap tunjuk tangkapan dia. Macam saya buat untuk kucing-kucing ni, bila saya bagi wet food, saya bahagi-bahagikan beberapa bahagian untuk setiap ekor kucing. Macam tu la dia hidangkan bangkai tikus tu untuk saya. 

Larian Selasa lepas, 8.04 km.

Sibuk bebenor bila lengkap anak-anak ada di rumah. Tak sempat nak update blog sepanjang minggu. Bila free pun, waktu malam, mata pula dah kuyu. Kalau overtime malam, nanti susah pulak nak bangun awal pagi. Tidor penting woo... supaya badan boleh berehat. 

Brisk walk Rabu, 2.81 km.

Bila riadah solo, saya lari laju-laju. Bila suami ada teman riadah, saya jalan je dengan dia, sambil sembang. Bila lagi nak borak, cerita perihal anak-anak. Dia pun sibuk bila kerja, overtime sokmo. Kalau saya boleh tukar saiz kecik, boleh saya masuk dalam poket dia, ikut dia pi kerja. Tapi, kalau saya ikut dia pi kerja, sape pulak nak memasak, mengemas dan jadi supir anak-anak pi sekolah... Huuu... macam rasa menyampah pun ada ye? Kome menyampah ke baca, saya nak berkepit dengan suami saya je? Hehe... 

Eh, lupa pula penerangan gambar di atas. Ia adalah mee kari, makan pada hari Rabu lepas, di Warung Abang Mad Roti Canai Kampung Permatang. Mee ada kat bawah. Tak nampak dalam gambar. Boleh nampak telor rebus separuh biji. Kaki ayam pun ada ha. Kuah pekat. Pertama kali cuba menu mee kari. 


Suami pula order roti arab bersama rendang ayam. Rendang ayam sini memang sedap. Sebab saya pernah order rendang ayam, makan dengan pulut kuning. Peh! 😋

Larian Khamis, 8.26 km.

Gambar di atas ialah mee goreng, makan di Nasi Kandar Beratur, Pantai Remis. Bungkus nasi kandaq untuk anak-anak di rumah, saya pulak pekena mee goreng. Hahaha... 😋

Lihat perutku, ramping, kan... 😂

Hari Jumaat pula, masa tak banyak untuk berlari jauh-jauh. Lepas tu, jam saya 'jammed' pulak! Dia tak rekod. Saya rasa saya dah lari lama, tapi masa pada jam, baru lari 30 saat. Sah, si Garmin buat hal. Mesti ada update baru, kena install. Jadi, hari Jumaat, masa yang saya sempat saved adalah sejauh 3.48 km saja. Tapi sebenarnya, saya rasa, dah cecah 5 km kot. Takpe la tu. Masalah teknikal.

Gambar di atas adalah cendol dan ABC, makan di Kampung Sitiawan, lepas solat Jumaat, lepas hantar anak bongsu ke sekolah, pergi tea time, gitew.

Tak kan minum saja, kot. Mesti makan jugak. Dasar ahli Kelab Pelahap Kebangsaan.


Saya pesan rojak buah.


Sementara suami pesan kuetiau goreng. Pastu makan tukar-tukar juga, sama-sama merasa.


Nice, dah ada benda ni dah. Ada juga orang memancing sini, tepi sungai.

Merujuk kepada gambar ABC dan cendol di atas, walaupun jelas kelihatan itu perut masih buncits, tapi sudah semakin kempis, tau. Sebelum ni, perut suami saya lebih besar sikit. Dia ikut saya buat intermittent fasting (IF). 

Kalau puasa sunat pun bagus juga, kan. Tapi setan banyak dalam badan. Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini. 


Saya punya BMI pun dah kembali normal. Baru turun 1 kg! Kikiki... habis tu, baru 5 hari buat IF. Slow-slow la ye. Makan tak kawal. Cuma ikut masa yang telah ditetapkan. Sarapan pukul 10 pagi. Makan malam sebelum 6 petang. Cuba kalau saya eat clean. Mesti lagi cepat turun kot. Tapi, tak mau la saya. Itu pun dah rasa terseksa. Bila malam, rasa macam,"Ni ke rasanya nak kurus? Nak kurus tapi sedih, tak boleh makan ke, atau nak happy, makan sampai lewat malam, tapi badan gumuks?" Huuu... kena kuat dan displin. Berusaha! 

Ada anak-anak pembaca yang sedang periksa SPM ke? Good luck ye, dan semoga berjaya. Anak-anak saya pun minggu depan, ada cuti bergilir, sebab budak tingkatan 5 ada ujian bertutur BI dan BM.

Jumpa lagi, ye. Terima kasih kerana membaca blog saya ni. Selamat berhujung minggu. 😊