Larian 3 hari dan mihun hokkien

 Rabu, 14 Ramadan 1444 Hijrah.

Saya lari, sebab lari buat saya happy. 😊

Larian Sabtu, 4.59 km.

Antara lukisan mural di Esplanade Lumut. Larian Ahad, 5.32 km.

Hari Isnin, hujan. Larian dalam rumah, 5.5 km.

Gambar tiada kena mengena dengan larian Isnin. Cuma hari sebelumnya, saya mimpi makan cendol. Jadi, saya up gambar cendol durian spesial, yang saya pernah makan di Cendol Durian Borhan, Tanjong Karang. Hehe.. cendol dia adalah yang paling sedap, saya pernah rasa. Tapi saya lebih suka cendol durian biasa dari yang spesial. Bila spesial, letak aiskrim, rasa aiskrim tu lawan rasa durian. Baik cendol durian biasa, bagi pendapat saya la ye, dapat nikmati betul rasa durian tu. Syorga!! 😋😋

Hari Isnin lepas, saya tak pergi pasar ramadan, saya masak mihun hokkien dan kari ayam.

Mihun dalam kuali.

Kosong je mihun saya. Ada udang je. Ayam pun takde.


Kari ayam pun guna 4 ketul peha ayam je. Tak boleh masak banyak-banyak dah sekarang. Tak ada selera. Satu lauk, masak sikit je. Masak kari ayam, sebab nak cicah dengan roti bom.

Roti bom frozen je, beli kat supermarket.

Alhamdulillah. 

Mihun atas meja.

Resepi Mihun Hokkien

Bahan-bahan:

700g mihun

100g udang (buang kulit dan buang urat belakang)

100g dada ayam (dihiris)

100g hirisan ikan (sebarang jenis)

1 sudu besor bawang putih yang dicincang

1 sudu kecil serbuk ikan sepat (ikan sepat kering dipanggang hingga garing dan ditumbuk)

250ml air

Sedikit sayur salad (dimayang)

Sedikit cili merah (dihiris)

Minyak untuk menumis

Bahan perasa:

2 sudu besor kicap cair

1 sudu besor kicap pekat

1 sudu besor serbuk pati ayam

Cara Memasak:

1. Rendam mihun dalam air sejuk hingga lembut. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan serbuk ikan sepat hingga naik bau.

3. Masukkan air dan bahan perasa. Kacau rata. Kecilkan api dan masukkan mihun, udang, ayam dan ikan. Masak dengan bertutup atas api yang sederhana besar hingga kuahnya pekat. 

4. Angkat dari api bila sudah masak dan taburkan sayur salad serta cili merah. Hidangkan panas-panas.

Itu resepi asal, dalam buku resepi saya, saya salin dari mana, saya pun dah lupa. Tapi mihun saya di atas, saya guna apa ada di rumah, tu yang kosong je tu. Tapi saya suka,, sebab cara masak dia, chinese style. 

Baiklah. Selamat mencuba. 

Jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. uniknya resepi akak masukkan serbuk ikan sepat saya baru tahu hari ni...nak cuba tapi dekat sini susah nak jumpa ikan sepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde ikan sepat kering, guna je apa-apa ikan kering ada di rumah, Afzan. Akak guna ikan masin bulu ayam tu, 3-4 ekor, sebab kecik. Goreng dan tumbuk. Nak rasa ikan kering tu jer.

      Delete
  2. pernah makan cendol durian Borhan...tak letak aiskrim, sedap cendolnya....unik resepi mihun goreng hokkien...ada perencah ikan & serbuk ikan masin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, nohas, kan.. sedap cendol dia.
      Ye, saya suka makan bihun camni.

      Delete
  3. sedapnya bihun hokkien..untuk SA bihun jangan potong2 ye...rindu plak ngan bihun Pak Zain buat...

    ReplyDelete
  4. Elok masak tidak banyak. Rumah kitorang ini macam-macam lebihan dalam.peti sejuk. Jenuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, penat nak panaskan lebihan makanan dalam peti sejuk.

      Delete
  5. Kalau tak letak serbuk ikan sepat tu tak apa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Guna je apa ada di rumah, Carneyz. :)

      Delete
  6. montok2 peha ayam tuuuu👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. harga dia pun montok, Anies. Kikiki...

      Delete