Showing posts with label Pakaian Lari. Show all posts
Showing posts with label Pakaian Lari. Show all posts

Dapat kad raya

 Jumaat, 23 Ramadan 1444 Hijrah.

Hari tu, cik Anamizu ada tanya, di blog beliau, Ada Dapat Kad Raya Lagi Tak?

Masa tu, saya belum dapat. 

Tiba-tiba 2 hari lepas, saya dapat poslaju. Musykil juga, sebab saya takde beli apa-apa barang online.

Rupa-rupanya, dapat kad raya daaa... hehe... seronoknya! Maklumlah, dah bertahun-tahun tak dapat. 

Walaupun kad raya dia sekeping macam poskad, tapi ok ler.. ada gambar ketupat, serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin. Juga, ada serangkap pantun

Walaupun jauh beribu batu

Tapi ingatan tetap selalu

Ku kirim ucapan pengganti diriku

Agar Aidilfitri indah buatmu...


Bahagian belakang kad, dia ada cetak nama saya, serta ucapan Selamat Hari Raya dari pengasas Calawo, iaitu Myra. Turut disertakan, 3 bungkusan sampul duit raya. Satu bungkus, ada 5 keping sampul.

Saya dah lama dah tak beli dengan Calawo. Tahun lepas, last saya beli. Calawo adalah jenama tempatan, pakaian sukan yang selesa, yang saya selalu pakai, termasuk lari di event larian. Produk dia termasuklah tudung, baju, seluar, jaket dan bag.

Website Calawo

Baju dia kalau tak pakai masa sukan pun, boleh bawa jalan atau travel. Sebab material ringan, mudah kering dan tak payah gosok. 

Pandai tokey Calawo ni ambil hati pelanggan. Lokasi dia kat Kulai, Johor. Sebab saya dah lama tak beli kot, dia hubungi saya melalui kiriman kad raya. 

Dulu, bukan sekali, malah berkali-kali saya beli dari Calawo ni. Sebab kadang saya tolong belikan untuk kawan-kawan, itu yang banyak kali ulang beli tu. 

Suka, suka, dapat kad dan sampul raya! 😊

Alhamdulillah. Jumpa lagi, ye.