Showing posts with label Mesin Jahit. Show all posts
Showing posts with label Mesin Jahit. Show all posts

Cerita Rabu lepas

 Ada hari, sibuk dengan kerja rumah, sampai tak sempat update blog, macam semalam. Letih pun ye. Atas sofa pun boleh terlelap, lepas mandi. Aduh... faktor usia.

Masak nasi goreng, sebelum subuh 24 April.

Banyak kan, nasi goreng. Kena masak kurang nasi sekarang. Mood diet is on, bagi kami anak beranak. Masih makan nasi, tapi kurangkan portion.

Larian 24 April, sejauh 5.36 km.

Berlarian di Esplanade, lepas hantar anak bongsu ke sekolah. Eh, takdelah lari sangat. Berjalan sambil bersembang dengan suami.

Tiba-tiba jumpa burung cantik.


Macam burung yang orang bela, tapi terlepas. Bila kita datang dekat, dia tak lari. Bila kita nak tangkap, dia elak. Harap kucing di Esplanade tu, tak nampak la burung comel ni, sedang berjalan di laluan jogging. Comei, kan... 😍

Hari yang sama, saya pergi ambil mesin jahit portable yang dihantar servis di kedai servis mesin jahit, 2 hari sebelumnya.

Test mesin baru di-servis.

Saya ada 2 buah mesin jahit. Yang pertama, mesin jahit antik Raleigh.

Yang kedua, mesin jahit portable Sewlux.

Saya baru pertama kali hantar mesin jahit portable ini, untuk diservis, setelah beberapa tahun tak guna, kerana benang atas asyik putus. Saya tak tahu pun yang mesin ini ada lampu yang boleh dihidupkan semasa tengah jahit. Orang kedai baru pasang mentol LED baru. Sebelum ni, bila saya guna mesin ni, saya hidupkan lampu study di meja, baru nampak waktu menjahit. Mesin ini, dihadiahkan kepada saya, oleh seorang sahabat di KL. Sekarang saya boleh guna dua-dua mesin jahit di rumah. Bukan buat baju pun, repair apa-apa pakaian koyak sahaja, atau ada juga guna untuk buat bantal. 

Mesin jahit Raleigh tu, ibarat memandu Nissan Stanza lama, rasa berat dan besar. Tapi bila berjalan, lajuuuu jer.

Mesin jahit portable SewLux ini, ibarat memandu Viva comel. Ringan dan lancar waktu menjahit. Giteww... 

Lagi satu beza, mesin jahit antik hanya boleh jahit lurus saja. Mesin portable ini, boleh tukar macam-macam jenis jahitan. 😊 

Syukur Alhamdulillah.

Selamat menjalankan tugas kepada semua pembaca sekalian. Semoga urusan harian anda semua dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye.