Larian April yang sendu

 Ahad, 9 Syawal 1444 Hijrah.

Saya tidak pergi lari hari ini. Saja, berehat di rumah. 


Tak lari banyak pun bulan April. Ye la, bulan puasa. Tak larat, wei...

Jumlah hari keluar berlari di bulan April: 17/30

Walaupun tak dapat mengatasi jarak bulan Mac, tapi saya agak berpuas hati juga, kerana dapat cecah 100 km juga. Entah bila dapat buat macam bulan November tahun lepas, sampai lebih 200 km. 


Jumlah jarak larian di bulan April: 103.8 kilometer

Purata jarak lari sehari: 3.5 kilometer

Purata jarak lari seminggu: 26 kilometer

Paling jauh berlari adalah 10 km. Itu pun, masa bulan puasa, banyak lari dalam rumah sahaja. 

Lepas habis uzur ni, nak ganti puasa serta puasa sunat syawal balik, Insya-Allah. Sudah settle 2 hari. 

Kadang tu, rasa rindu nak lari dalam event. Ada tengok, banyak kat Ipoh dan Taiping. Dekat Manjung ni, takde pun event larian. Malas pulak nak bangun awal pagi buta dan travel 1-2 jam untuk join. Kenapalah tak ada dekat-dekat sini. Huuu....

Takpe la. Saya lari untuk sihat je la. 

Esok, masuk bulan baru, bulan Mei. Harap dapat buat lebih baik dari bulan ni. Buang rasa malas, dan tingkatkan usaha. Mari kita! 💪🏃

Kek lapis Sarawak

 Sabtu, 8 Syawal 1444 Hijrah.

Suami saya sudah kembali bekerja shif malam, semalam. Rasa macam sekejap je bila bercuti. Kalaulah boleh cuti lama-lama. 😁

Pagi tadi, saya pergi berlari di luar.


Sempat berlarian sejauh 8.17 km. Alhamdulillah. 

Gambar kek lapis, yang kakak kedua dari Kuching bagi. Perasa pineapple cheese. Boleh tahan sedap.


Saya bawa balik 3 jenis kek lapis, pemberian kakak kedua. Selain perasa pineapple cheese, ada perasa cadbury cheese. Belum cuba lagi. Kita habiskan satu-satu dulu. Yang bawah kaler hijo tu, perasa masam manis kot, dia tak ada label pulak.

Hari ni saya tengok, ramai pergi beraya. Banyak rumah terbuka di hujung minggu. Saya lepak di rumah saja. Penat jalan di zoo semalam pun tak habis lagi. Hari ni, pergi lari pulak. Tengahari tadi lepas masak, terus saya tertidur, padahal saya jarang tidur waktu siang. 

Selamat beraya kepada pembaca sekalian. Hati-hati di jalanraya. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.

Jumpa lagi, ye. 😊

Tengok panda comei di Zoo Negara

 Jumaat, 7 Syawal 1444 Hijrah.

Saya sekeluarga pergi Zoo Negara pagi tadi.


Dah lama tak pergi zoo. Kali terakhir, masa anak-anak kecil lagi, belum mula sekolah.

Dapat jumpa Oyen, yang kawan baik dengan capybara tu.

Oyen

Cerita pasal Oyen dan capybara adalah seperti berikut. Boleh klik tangkap layar di bawah untuk baca.


Besor juga la haiwan capybara ni. Comei je tengok. 


Cuaca agak panas. Kesian tengok haiwan-haiwan ni. Ada yang nampak muka agak bosan, macam chimpanzi di bawah.


Termenung dia, memikir masa depan agaknya. Elok duduk tenggek atas batang pokok.

Bijak haiwan-haiwan ni. Bila bosan termenung, dia riadah pula, buat senaman bergayut ke sana, ke sini, macam orang utan di bawah.


Udoh macam karpet saya tengok bulu orang utan ni.

Sebab utama pergi zoo, nak tengok panda comei. 


Halah halah... Terletak je dia duduk sambil gigit buluh tu. Lepas satu, satu, dia amik, leraikan. Tak nampak macam dia makan buluh tu. Lebih kepada dia gigit dan leraikan kecil-kecil depan dia. Berikut info tentang buluh yang panda comei ni gigit-gigit tu.

Ooo... Buluh special, makanan dia.

Selain giant panda yang sedang makan buluh di atas, ada juga baby panda. 

Selpiaq dengan baby panda

Dia macam gatai badan. Dok gosok-gosok badan dengan pelantar kayu tu.


Siap ada gelongsor lagi, supaya baby panda boleh main. 

Comeinya, tengok. Tempat panda ni, kita boleh masuk selama 5 minit je. Tapi sebab masa kami masuk, tak ada ramai orang, petugas zoo tu tak de suruh keluar, walaupun rasanya lebih 5 minit la kami duduk di tempat panda ni.

Saya ringkaskan entri ni, ye. Kalau nak cerita tentang semua binatang, penuh la dengan gambar. Lepas tu, kami ada tengok kuda belang, zirafah, gajah, seladang, harimau, dan banyak lagi.

Saya rasa, banyak binatang saya dapat tengok dengan dekat, banding di zoo taiping. Contohnya, macam cheetah di bawah.


Elok cheetah ni, duduk diam je depan pagar. Juga nampak dia termenung, memikir masa depan, macam chimpanzi jugak.


Burung ni pun satu. Bebas berjalan tepi kita, datang dekat kita, terbang rendah atas kepala kita. Macam burung dalam jurassic world ler, dia punya saiz, bila dia depakan sayapnya. Nasib baik dia tak 'melepas' atas kita. 🙈


Adakah ini kerusi asal tempat P. Ramlee dating dalam cerita Masam Masam Manis? Hehe..

Lepas keluar dari zoo, saya dan keluarga ke Decathlon Shah Alam, beli barang sukan sikit. 

Lepas tu, kami pun bertolak balik Perak.

Syukur Alhamdulillah, selamat sampai.

Gitu cerita hari ni. Seronok, dapat tengok binatang. Letih dan berpeluh-peluh, sebab panas.


Gambar kenangan kami sekeluarga di zoo. Topi panda yang dua orang anak pakai tu, dia boleh gerak-gerak bahagian telinga, beli di kedai cenderahati zoo.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

Beraya di Rawang

 Khamis, 6 Syawal 1444 Hijrah.

Ada di Rawang ni. Sebelum ni, bapa saya tinggal di Chenderong Balai, dekat Teluk Intan. Tapi bapak saya telah berpindah ke Rawang, supaya mudah untuk makcik (ibu tiri saya) pergi check-up di hospital.

Ini pertama kali lah, beraya di Rawang. 

Bapakku yang suka selpiaq

Lengkap kami sekeluarga. Kakak sulung ambil kakak kedua, yang baru mendarat dari Kuching, jumpa di rumah bapak.

Kakak sulung turut bungkus makanan, supaya makcik tak perlu masak. 


Kakak sulung tapau makanan dari restoran Ali, Muthu dan Ah Hock. Ada nasi goreng cina, nasi goreng kampung, mi goreng, bihun goreng dan chicken chop.

Saya pula bawa dari rumah, cucur ikan bilis, dan beli kek coklat, untuk meraikan harijadi kakak sulung. Bukan selalu dapat berkumpul. 


Semoga sihat sokmo, dan berjaya dalam kerjaya baru, kakakku...


Saya tiga beradik je, semua pompuan. Kakak sulung kata saya suka pakai tudung makcik.

Lepas makan-makan di rumah, pergi ambil gambar keluarga di kedai gambar. Lagi 2 minggu baru siap.

Lepas tu, bapak ajak makan nasi campur di kedai. Makan la juga, teman bapak dan makcik. Yang masih kenyang, minum air je.


Syukur Alhamdulillah, dapat kumpul cukup ahli keluarga. 


Gambar kenangan tok dengan cucu-cucu. Saya sangat bersyukur dan gembira. 😍♥️

Saya masih di KL. Ok ler. Jumpa lagi ye.

Opocot, meletup!

 Rabu, 5 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam, buat pertama kalinya, saya berbuka puasa di luar. Masa bulan Ramadan pun, kami berbuka dan sahur di rumah sahaja.

Pergi kedai tomyam di Lumut. 


Saya dan suami saja yang berpuasa. Anak sulung ikut sekali. Pantas sungguh dia siapkan makanan. Sampai pukul 7 petang. 5 minit kemudian, makanan dah sampai. Waktu berbuka di Lumut, pukul 7.24 Kami makan nasi putih, dengan lauk telur dadar, tomyam campur, daging merah, kailan ikan masin, telur bistik dan sambal belacan. Harga makan untuk 3 orang semalam, RM33. Bungkus makanan dan minuman bawa balik untuk anak lagi 2 orang, RM15. Ok makanannya, ada rasa. Masak pun cepat. Lain kali boleh datang lagi.

Alhamdulillah, dapat 1 hari. Hari ni, puasa qado serta sunat syawal, hari kedua.

Pagi ni, untuk sahur, saya masak nasi goreng nanas. Ambil seketul nanas dari lauk pajeri yang masak pada hari Isnin lepas.


Lepas buat kerja rumah sikit lepas subuh, saya berlari sekejap di dalam rumah. Treadmill di rumah kan rosak, jadi saya berlari di kawasan dapur kering dan ruang tamu. Masa saya berlari, suami baiki treadmill. Semalam dia dah repair dah. Berjaya, saya boleh guna treadmill. Tapi hari ni, keluar error semula pada treadmill. Bila ada error, treadmill tak berjalan. Itu yang suami cuba baiki.

Tengah-tengah saya berlari, saya nampak dengan pandangan sisi saya, cahaya terang dalam 1-2 saat. Rupa-rupanya, treadmill MELETOPS, uollsss..... Ya Allah.... nasib baik suami saya tak apa-apa. Cubaan encik McGyver baiki treadmill tak berjaya hari ni. Jari telunjuk kemerahan, kena letupan. Kecian dia... namun dia tidak patah semangat. Nanti nak cari spare-part dan buat research dulu. Huuu... nasib baik takde keluar api. Tapi, ada bau hangit.


Larian dalam rumah hari ni adalah sejauh 8.03 km. Alhamdulillah. Gambar saya dan anak sulung, posing di signage di Pulau Banding, masa kami berhenti rehat, semasa dalam perjalanan balik Perak, raya kedua hari tu.

Baiklah. Esok saya tak puasa, sebab rancang untuk pergi beraya dengan keluarga belah saya pula, di Rawang. Hari tu balik Kelantan, raya belah suami. 

Jumpa lagi, ye. 😊

Tanaman di kampung

 Selasa, 4 Syawal 1444 Hijrah.

Sejak hari raya kedua, ada rasa ketidakselesaan pada perut. Semalam pula, saya boleh kena gastrik. Nak kata tak makan nasi, makan. Perut terkejut kot, masuk pelbagai jenis makanan, setelah sebulan berpuasa. Sepanjang bulan ramadan juga, saya tak minum air kopi atau air manis. Tapi masa raya kedua, suami ada beli kopi panas. Saya pun minum la sikit. Teringin wei... pastu macam ada gas dalam perut. Siap pakej cerry-berry lagi. Semalam paling teruk, gastrik, kembung perut, rasa tercekik. Terus tidur awal semalam.

Hari ni, Alhamdulillah, ok. Puasa qado serta sunat syawal, hari pertama. Lega sikit perut. Adoi... hilang satu nikmat dunia Allah dah tarik balik. Kopi bancuh sendiri tu pun tak boleh minum. Bukan yang 3 in 1. Apa nak buat. Takmo la sakit perut lagi. 

Masa di kampung suami di Tumpat, saya ada jalan-jalan keliling kawasan rumah, tengok pokok yang ada. Mari saya kongsikan apa yang ibu mentua saya tanam.


Ada banyak pokok pisang keliling rumah. Saya boleh terlupa tanya ibu mentua saya, pokok pisang apa tu. 🙈


Pokok nanas pun ada banyak juga. Bukan sebatas je. Berbatas-batas pokok nanas. 


Nama pun rumah kampung. Mestilah ada pokok kelapa. Senang nak masak. Santan tak payah beli. Panas-panas, ambik je buah nyor muda. Segarnya rasa, air kelapa muda letak ais, minum di hari yang panas. 😋


Pokok cili kecik, atau cili burung. Pedas cili ni, dah test dah, letak dalam budu. Lagi pedas dari cili padi hijo tu.


Pokok sirih. Mak mentua saya makan sirih. Dia tanam sendiri. Tak payah beli.


Pokok limau purut. Nak buat rendang, masuk dalam masakan, daun limau purut, tak yah beli. Saya pernah tanam pokok limau purut kat rumah saya, tapi mati. 


Pokok ulam raja. Nak buat ulam, petik je. Cicah budu pun sedap.


Pokok ubi kayu. Pun ada banyak juga, keliling rumah.


Pokok limau kasturi. Tinggi pokok ni. Kat rumah saya ada, tapi saiz renek je, senang nak ambil buah limau kasturi. Perah air buat sambal belacan. Makan mi goreng pun, perah limau kasturi. 


Pokok ciku, yang sedang berbuah dengan lebatnya. Sampai kena support dengan kayu.


Pokok bunga kantan pun ada. Senang nak masak asam pedas dan laksa. 😊


Pokok nangka! Banyaknya buah. Sampai tak larat makan. Yang tinggi, burung ke, tupai yang makan.


Pokok durian pun ada la. Tapi belum berbuah lagi.


Pokok rambutan. Yang ni dah banyak kali dah rasa buah dia. Tak payah beli pun. 


Pokok lidah jin, buah naga, dan pokok-pokok bunga di hadapan rumah.

Itu je la yang saya sempat snap gambar. Dulu ada pokok manggis, tapi dah kena tebang.

Mak mentua memang aktif bercucuk tanam. Lagi-lagi hari tu balik cuaca panas di Kelantan, dia selalu siram pokok tanamannya. Itu pun dia kata, banyak pokok dah mati, sebab panas sangat. Umur mak mentua 80 lebih dah. Masih kuat dan sihat, tak ada apa-apa penyakit. Alhamdulillah. Kakak kedua pula yang kurang sihat baru-baru ni. Penyakit buah pinggang, padahal sebelum ni balik, sihat sejahtera. 

Apa pun, Alhamdulillah, dapat jumpa ramai saudara-mara yang dekat dan jauh masa balik kampung hari tu. 

Baiklah. Jumpa lagi ye. 😊

Pajeri nanas letak telur

 Isnin, 3 Syawal 1444 Hijrah.

Saya sekeluarga selamat sampai Lumut semalam. Raya kedua kami dah bertolak balik. Semalam, banyak kereta di kedua-dua arah.

Kalau perjalanan balik Tumpat hari tu cuma mengambil masa 6 jam, semalam kami pulang ke Lumut, ambil masa 11 jam. Tudia... Kebas bontot. 

Tak boleh nak bertolak awal dari Tumpat. ada tetamu jauh datang. Lepas tetamu beredar, baru kami bertolak balik Perak. Dalam pukul 11 pagi lebih sikit.

Alhamdulillah, selamat sampai. Walau pun tengah perjalanan, tembung dengan 2 kemalangan. Itu yang tak boleh bawa laju, jalan sesak.

Pagi tadi, saya dan suami pergi jogging sat.


Sempat berlarian sejauh 5.19 km. Alhamdulillah. 

Saya pernah up gambar lebih kurang macam gambar di atas. Burung kingfisher, duduk tenggek atas tembok simen. Memang port burung tu ler, lepak situ. Ada di entri ini.

Siapa yang niaga nasi lemak raya ketiga, mesti habis jualan sekejap je. Orang dah bosan makan hidangan raya, cari nasi lemak pula. Itu la yang berlaku kat sini. Semua makciks yang jual nasi lemak, habis sudah jualannya. Lepas balik jogging la, kami pi cari, nak makan di rumah. Huu.. jumpa juga la satu kedai. Kami pelanggan terakhir. Orang kedai letak habis semua nasi dalam bekas kami. 5 bungkus, nasi lemak berlauk. Saya dah suami kongsi sarapan, makan sebungkus je, sebab dia letak portion banyak nasi. 😋 Alhamdulillah.

Kakak ipar nombor dua bagi buah nanas semalam, sebelum bertolak.


Dia tanam sendiri. Manih leting, dia kata. (Nanas sangat manis).


Sebahagian sikit, kami makan gitu jer. Bakinya, saya masak pajeri nanas.


Ada budak mintak jangan buat pekat-pekat. Dia nak ambil kuah, cicah roti bom frozen. Okay. Kes malas masak banyak lauk, letak sekali telur rebus dalam pajeri nanas, sebab anak-anak tak makan nanas.

Kome pergi beraya mana pula tu? Parking kat Lumut penuh, ramai pergi Pangkor. 

Kome dah start puasa enam dah ke? Saya rancang mula esok, Insya-Allah.

Orait. Jumpa lagi ye. 😊

Makan-makan

 Ahad, 2 Syawal 1444 Hijrah.

Hari pertama di kampung, saya masak rendang daging.

Hari kedua, saya masak gulai ayam. 


Lauk berbuka ramadan terakhir, gulai ayam dengan budu. Ringkas je, tapi cukup menyelerakan. Saya masak guna pressure cooker, gulai ayam tu. 

Memang sangat berbaloi saya beli pressure cooker itu hari. Kakak ipar puji rendang daging saya lembut dan sedap. ☺️ Kembang kuncup lubang hidung.

Lauk sarapan di pagi raya juga masih gulai ayam. Lepas tu, kami pergi beraya di rumah sanak saudara.


Rumah pertama, rumah kakak ipar paling bongsu. Ada nasi hujan panas bersama kerutuk itik, bersama acar jelatah. Ada nasi impit dengan kuah kacang. Ada sate ayam. Ada brownie coklat. Alhamdulillah. Rumah pertama lagi perut dah gendut.

Rumah kedua kami pergi rumah abang ipar paling tua. Dia tade pula, masih belum pulang dari kubur, jadi kami pusing-pusing dulu di pantai Geting.

Pastu, kami pergi rumah anak saudara. Yang ni saya tak snap gambar makanan. Sebab orang ramai. Malu pulak. Rumah lawa. Meh anak-anak, ambil gambar, sofa lawa.


Rumah dalam hutan, tapi besar macam istana. Kat rumah anak sedara ni, makan nasi juga, lauk gulai ayam kampung.

Petang lepas Asar, pergi rumah abang ipar sulung, pun makan nasi juga, lauk ayam merah pulak.

Macam tu la kat sini. Makan nasi di semua rumah. Lemang takde. Ketupat palas dan tapai ada, juga nasi impit.

Punoh diet. Lepas balik Perak, berapa km kena lari ni. Huuu...

Pagi ni, sarapan beli je. Nasi berlauk.


Kome perasan tak, raya tahun ni, banyak orang pakai baju raya tema hitam? Hehe..

Ok. Jumpa lagi ye. 😊