MCIS Life Malaysia Women Marathon 2022

 Pada 21 haribulan Ogos yang lepas, saya telah menyertai acara MCIS Life Malaysia Women Marathon di Ipoh.

Hari untuk Race Entry Pack Collection telah berlangsung hari sebelumnya, iaitu 20 Ogos. 


Selain ambil nombor bib larian, ada juga jualan barang-barang larian, semasa hari kejadian. Saya telah beli tudung lari Numawear. Biasa nampak je kat IG, iklan tudung lari di newsfeed, kali ni bila dia dah buka booth, saya tak melepaskan peluang untuk rasa sendiri fabrik dia, dan telah terbeli 2 helai. Hehe haha huhu... Selain tu, saya telah beli energy gel, boleh juga guna masa event yang saya telah pun daftar. Terbeli stokin lari juga. 

Cuaca di Ipoh hari-hari hujan. Sejuk dan mendung je. Cantik la, untuk berlari. Jadi, tak panas. 

Saya dan suami bermalam di hotel yang lokasinya, cuma jalan kaki je, dari tempat bermula untuk lari tu, iaitu di Padang Ipoh. Anak-anak tak ikut. Bulan madu, kononnya. Tapi masing-masing kroh kroh malam, sebab penat berjalan. Waktu malam, dalam hujan, beli payung kat 7-Eleven di bawah hotel, cari tempat makan.

Malam kejadian saya tidur-tidur ayam. Nervous, campur excited, nak terverak, terkencing, semua ada. Maklumlah, event larian pertama sejak tahun 2019. Takut pun ada. Sebab saya lari sorang. Suami menemani saya semasa bermula dan di garisan penamat pun, saya sangat-sangat hargai dan bersyukur. 


Gambar di atas, semasa pagi sebelum acara bermula. Saya masuk half marathon, 21 km. Pertama kali saya berlari di Ipoh.

Foto kredit: Smartpix

Saya tepek gambar oleh jurufoto rasmi event ye. Gambar bukan hak milik saya. Tapi kita boleh beli, kalau ada gambar kita yang cantik ditangkap semasa event.

Kredit foto: Smartpix

Gambar di bawah pula diambil oleh suami. Dia tunggu saya di garisan penamat. Terharu saya. 


Saya perasan, ada beberapa pasangan lagi, yang suami hantar isteri, duduk tunggu isteri berlepas masa nak lari. Suami tukang hantar, isteri masuk berlari. Hehe...

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke garisan penamat. Tapi sedikit kuciwa, sebab jarak tak cukup untuk half marathon. Cuma 20.76, mengikut jam saya. Patut suami saya kata, ada runner terus berlari bila dah sampai penamat. Sebab nak bagi cukup 21.1 km. Saya pun silap, sebab saya terus stop aktiviti pada jam bila sampai ke garisan penamat. Saya tak check dulu, cukup jarak ke tak. Sebab saya rasa, tugas ukur jalan ni, tanggungjawap penganjur. Penganjur yang bertanggungjawap untuk memastikan jarak larian mencukupi ye. Lebih kilometer takpe, jangan kurang.

Tapi saya tetap bersyukur dan happy. Takpe, lain kali saya akan check dulu jam sebelum stop aktiviti. Bukan saya sorang. Saya tengok ramai yang sama dengan saya, jarak larian, bagi yang half marathon.

Selamat sampai.

Untuk info para pembaca, selain half marathon, ada kategori 5 km, 10 km dan full marathon (42km) tapi duo. Kena berpasangan untuk full marathon. 

Saya bersama goodie bag

Dalam goodie bag tu, selain baju finisher dan medal, ada mandian body wash 2 botol, deodorant rexona, lotion badan vaseline 2 botol, teh tarik old town white coffee, beberapa bungkusan cereal drink, roti jagung gardenia dan apa lagi yek, saya pun dah lupa, barangan dari penganjur.

Event larian sekarang dah tak macam dulu, takde tembikai potong, takde pisang. Saya tercari-cari juga van milo ke, van kopi ke, boleh gak pekena penat-penat dah lari jauh, kan. Takde. Semua dalam bentuk bungkusan. Balik rumah, buat sendiri. Mesti ada SOP penganjur acara larian kena patuhi, lagi-lagi covid masih ada, kan.

Baju finisher dan medal serta bib larian.

Baju event pun ada, tau. Tapi saya tak pakai. Sedikit kecil bagi saya. Pakai di rumah, boleh kot, sebab mengikut body potongan baju itu.

Saya sertakan kedudukan saya dalam larian, untuk rekod peribadi supaya boleh dirujuk di masa hadapan.


Ini adalah pencapaian terbaik saya untuk half marathon. Sayangnya, tak cukup jarak 21.1. Kalau ye, boleh renew rekod peribadi saya di aplikasi Garmin Connect. Syukur Alhamdulillah. Saya tak pernah dapat kedudukan tengah-tengah tau. Contoh untuk kategori Women Veteran, kalau ada 50 orang, saya selalu dapat 45, 46 dekat-dekat nak last la. Alhamdulillah. Masuk acara macam ni, bukanlah nak lawan orang, tapi bagi saya, lebih kepada lawan pencapaian kita yang dulu, cuba untuk dapat lebih baik dari keputusan kita dulu.

Jika pembaca rujuk larian saya lepas-lepas yang saya upload di blog ni pun, masa larian saya selalu 3 jam ke atas untuk half marathon. Itu dah cukup buat saya bersyukur sangat-sangat. Nikmat berlari, Allah bagi, nikmat sihat. 

Itu je la cerita untuk MCIS MWM. 

Jumpa lagi, ye.

Selamat beristirehat di hujung minggu. 😊

Aku tanya apa khabar...?

 Jumaat, 28 Muharram 1444 Hijrah.

Assalamualaikum... hai... pekabo semua? 😁

Saya dah siapkan projek kait saya, bag. Alhamdulillah.


Untuk melihat dengan lebih dekat beg ni, saya dah pun upload gambar dari pelbagai sudut, di page Hasil Kait

Ada pulak tempahan kait yang masuk lagi. Alamak... habis tu camana ni... berhabuk lagi kot blog saya ni.. Saya cuba la ye. Mana bila-bila saya mampu, saya akan update.

Banyak benda nak cerita. Rindu nak blogwalking.

Pagi tadi, saya berlarian seperti biasa.


Larian pagi tadi adalah sejauh 8.02 km. 

Gambar sarapan saya dan suami pagi tadi, di Kluang Road Coffee.

Saya order lontong kering (kiri gambar) dan suami order nasi ambeng. Share-share la makan. Suka betul saya dengan sambal kelapa dan sambal jawa tu. Tapi, tak boleh lawan nasi ambeng Warung Ibu di Tanjung Karang. Sedap giler! 😋😋 Tapi boleh la ni. Nak ke sana, jauh pulak. Gendut makan. Alhamdulillah.

Setakat ni dulu lah hari ni.

Jumpa lagi, ye. 😊

5 hingga 11 Ogos

Saya ada je ni, ha. Tak ke mana pun. Cuma sibuk kait sikit. Dah sampai ke peringkat kait nama, kena kira stitches tu. Itu yang kena fokus, supaya tak salah kait. 

Lakaran huruf nak dikait, atas kertas graf.

Peringkat kait huruf ni, agak serabut juga. Kena duduk dalam bilik sorang-sorang. Kalau mengait sambil tengok tv, memang lost count la.

Progress kait sehingga Ahad lepas

Di samping itu, lari tetap lari.

Jumaat, 5 Ogos.

Larian Jumaat lepas, 10.07 km. Oyen yang suka menyibuk bila kita duduk kat buaian.

Sabtu, 6 Ogos.

Larian Sabtu, 10.04 km. Dengan Puteh yang suka interprem time nak bergambor.

Masak kari ayam. Ambik gambor atas dapor.

Buat sambal belacan.

Ahad, 7 Ogos.

Larian Ahad, 10.09 km.

Isnin, 8 Ogos.

Larian Isnin, 10.10 km. Gambar nasi kandaq Pantai Remis, pekena petang Ahad. Sedap, wei! 😋


Progress kait setakat Isnin.

Selasa, 9 Ogos.

Goreng mee kering Cintan untuk sarapan.


Larian Selasa, 11.02 km. Gambar laksa Johor, sarapan di Kluang Road Kopi. Ish, ish, banyaknya portion dia. I is gendut already! 😁😋😍

Progress kait setakat Selasa.


Rabu, 10 Ogos.

Larian Rabu, 10.02 km. Bunga ros kuning tengah kembang. 😍

Dinner Rabu, mushroom sup dan garlic bread. Tapi takde rasa garlic pun, rasa butter je rotinya. Minum black mocha frappe, beli di Each a Cup.


Khamis, 11 Ogos.

Larian harini 7.03 km sahaja. Tak larat. Hari-hari buat 10, penat jugak. Balik rumah makan nasi lagi beshh..

Cabaran Strava, dah lepas 100 km lari bulan Ogos.

Ha, banyaknya gambar. Pening tak baca? 😁

Saya nak siapkan kait bag ni dulu, jadi saya mungkin menghilang lagi. Sekejap ye. Nanti dah siap, saya kembali semula. 

Semoga urusan anda semua berjalan dengan lancar. 

Have a great day, semua....

Jumpa lagi... 😊

Itu M sudah datang

 Khamis, 6 Muharram 1444 Hijrah.

Malam semalam hujan kat tempat saya ni. Sejuk. Nak bangun awal pagi tadi pun rasa malas betul. Best kalau dapat selubung bawah selimut satu hari. Tapi, tapi, haa... dalam mimpi je la... 😅

Selain sediakan sarapan untuk budak nak pergi sekolah, saya masak nasi terus. Perangat lauk semalam, dan bila tengok roti wholemeal nak expired hari ni... mari kita...


Saya buat roti sosej celup telor. 😋

Suami off kerja. Siap-siap keluar untuk beriadah. Selepas hantar budak ke sekolah, kita pergi breakfast je la, tak payah lari. Kah kah kah... kih kih kih... I is malas today, ok!

Langit mendung. Pagi di Kampung Permatang.

Pergi nyongket ke Kampung Permatang, Sitiawan. Wahh... tingginya air. Tak pernah lagi saya datang sini, air setinggi ni. Air pasang besor ke apa ni, nasib baik tak masuk ke Warung Abang Mad Roti Canai ni.

Ha? Bukan saya kata, tak mau makan luar ke? Ye, bertahan 3 hari saja. Kikikiki.... hot hot chicken 💩! Saya tak kuat. 🙈

Roti canai kasi bungkus. Saya makan pulut kuning bersama rendang ayam untuk sarapan.


Saya suka pulut kuning. Ada orang tak boleh makan pulut pagi-pagi. Bila masuk suapan pertama pulut kuning bersama isi rendang ke dalam mulut, rasa macam hari raya! 😍😋 Panas lagi. Sebab saya teringat, arwah mak saya suka masak pulut kuning masa hari raya. Saya pernah masak sekali je, lepas arwah mak takde. Sebab saya sorang je yang layan pulut ni. Suami dan anak-anak kurang suka. 

Rasa gendut bila sudah makan. Biasanya, riadah dulu, baru sarapan. 

Hari ni, sarapan dulu, baru riadah.

Tapi saya tunggu lebih sejam juga la lepas sarapan tu. Jalan-jalan dulu dengan suami, dalam kereta, dalam hujan.

Kucing di warung roti canai 

Kita on treadmill je hari ni. Sambil layan cerita Pride and Prejudice. Sempat sejauh 8.03 km, on treadmill.

Baik. Jumpa lagi, ye. 😊

Windy Wednesday

 Rabu, 5 Muharram 1444 Hijrah.

Lawan angin kuat masa jogging pagi tadi. Hujan rintik bila saya sampai di tempat jogging. Tapi kemudian berhenti, masih mendung dan berangin. Kuatnya angin bila lari tu, sampai tercabut safety pin tudung yang saya pin-kan di tepi. Pasang balik safety pin. Ha ah. Saya suka pakai safety pin, daripada pakai brooch. Brooch yang saya beli, banyak kepalanya atau bunganya dah hilang atau tercabut. Tinggal pin kat belakang. Jogging pagi tadi sambil pegang tudung, lawan angin. Mau terobang gamaknya kalau tak pegang. 😁


Larian melawan angin sejauh 8.03 km pagi tadi.

Lepas jogging, berkejaran ke pasar, beli bawang dan cabai.

Kemudian ke hospital, ambil ubat.

Suami sebelum tu, ada kerja sikit, lepas tu dia balik rumah, bawa tosei, yang di-tapau-nya dari mamak.


Suami masa minum dengan kawan-kawan pejabat kata, sedap tengok orang makan tosei. Itu yang dia bungkus 2, bawa balik, sarapan di rumah dengan saya. 😁😋

Tempat anda hujan tak? 

Jumpa lagi, ye.. 😊

Larian Seribu Fikiran

 Selasa, 4 Muharram 1444 Hijrah.

Pagi tadi, selain hidangan sarapan, saya perangat lauk semalam yang masih ada, goreng ikan rebus lagi, dan masak sayur kacang buncis.


Saya stir-fry kacang buncis dengan tomato, cendawan dan tauhu kering. Letak sos tiram sikit, dan pecah telor sebiji.

Lauk hari ini, sama macam semalam, sambal tumis ikan bilis dan ikan goreng. Kalau habis lauk, saya goreng telor je la, makan dengan kicap. 😁

Masa nak keluar jogging, saya ada rasa malas. Sebab tempat saya jogging tu, dah tak meriah. Kurang orang beriadah. Dulu masa PKP, orang tak boleh pergi kerja, ramai orang beriadah waktu pagi. Sekarang orang sudah kembali bekerja, orang lebih ramai beriadah di waktu petang, banding pagi. 


Tapi saya pergi jogging juga la, walaupun malas menguasai diri. Slowjogging sejauh 10.21 km pagi tadi. 

Gambar di atas, kasut New Balance. Saya dah pakai kasut ni lebih 900 km, masih sedap rasanya dan selesa. Suka pulak saya brand New Balance ni. 

Kat sini, tak seperti di KL. Ada banyak pilihan kasut sukan boleh pilih, yang bagus-bagus. Saya beli apa yang ada, di Sports Direct Ipoh. 

Cerita tentang hal lain.... Monologue dalam kelapa kepala saya... 

Saya ada baca di Facebook, ramai orang sekarang beli kereta. Tukar kereta baru. Wow! Tapi pada masa yang sama, saya juga ada baca tentang orang yang bakal diberhentikan kerja. 

Ansuran bulanan juga kena bayar lebih bulan ni. Sebab kenaikan OPR, oleh Bank Negara. Saya biasa buat kerja-kerja bayaran bil online, bagi pihak suami saya. Beza, jumlah bayaran untuk pinjaman peribadi yang suami saya ada buat. Ada kenaikan amaun yang pihak bank ambil. Ansuran kereta pun suami saya bayar lebih, tapi dia belum check dengan pihak bank berapa amount sebenar.

Akan datang, ada lagi, tau, kenaikan OPR ni, kalau tak silap saya, ada baca.

Tapi masih ramai orang kita boleh pergi bercuti, naik flight.

Apa pun, saya bersyukur, kerana saya sekeluarga masih cukup makan, bukan cukup makan, terlebih makan, cukup pakai dan rumah ada. Syukur Alhamdulillah. 

Dapat berjimat dari segi kurangkan makan di luar pun, saya rasa baik juga. Dulu kalau pergi kedai tunjuk lauk, boleh dapat RM20 untuk 5 orang makan. Sekarang, RM40 kalau beli lauk. Sekali ganda naiknya.. tu yang buat saya rasa, lebih bagus saya masak sendiri. Tak kisah la, lauk telor goreng pun ok sesangat. 

Saya juga kurang keinginan untuk pergi jalan bercuti kemana-mana. Entah. Saya tumpang seronok tengok keindahan tempat kawan-kawan pergi bercuti. Tapi saya kurang keinginan untuk pergi bercuti. Priority saya pada benda lain. Bercuti tu bukan satu keperluan, tapi satu kemewahan, bagi saya.

Saya tumpang seronok bila ada anak kawan yang dapat offer masuk U bagus, buat course Medic. Saya terima seadanya result anak saya, sebab saya rasa, apa yang dia usaha, itulah yang dia dapat. Tapi masa yang sama, saya ada kawan yang anak tak ambil SPM pun, sebab ada autisme. 

Lain orang, lain ujiannya. Mungkin dia nampak mewah, tapi dia sedang sakit. Bila kita bercakap dengan dia, baru kita tahu. Tapi camana nak bantu, hanya mampu mendengar. Duit banyak pun tak guna, kalau nikmat sihat tu, Allah dah ambik balik.

 Bila jogging, boleh keluar angin, tak keluar melalui sendawa, boleh kentut. Nikmat tau, kentut tu. Ada orang, kena masuk hospital, sebab tak boleh keluarkan angin dari badan. 

Macam sedekah juga. Kita tak perlu tunggu kita kaya, untuk sedekah. Sekarang pun boleh. Sedekahlah berapa banyak kita mampu. Seringgit pun boleh, asal ikhlas, kerana Allah. 

Macam tu juga kalau lari. Tak perlu tunggu sihat, untuk lari. Sakit pun boleh beriadah juga. Bukan saya suruh pergi lari pecut, pace 4, pace 5. Buatlah ikut kemampuan kita, berjalan pun boleh. Peredaran darah dalam badan akan berjalan lancar. Allah dah buat cantik dah badan kita ni. Sel-sel semua akan generate bila kita bergerak. Sel-sel yang mati, akan ganti yang baru. Percuma je. Cuma perlu ambil langkah pertama.

Tapi kenapa ada orang masih bergantung pada produk yang dihasilkan dari kilang untuk sihat? Beli susu ni, boleh lawaskan pembuangan air besar. Beli produk ni, boleh buat rasa kenyang dan bantu kuruskan badan. Dulu saya ada kawan jogging, dah meninggal, sebab suka cuba produk-produk macam ni. Punca, kegagalan hati. 

Saya rasa kesian tengok orang tua. Bila dah tua, jadi kecut pulak. Makan share 2 orang, tu pun tak habis. Tapi satu hari nanti, kita pun akan kecut macam tu jugak. 

Ha, entah apa-apa dalam kepala otak saya ni. Saya keluarkan di sini, tak elok simpan dalam kepala lama-lama. Kalau ada yang tersinggung, minta maaf, bukan itu niat saya. Cuma benda ni berlaku di sekeliling saya. Saya kena keluarkan. 

Saya wish anda semua, pembaca sekalian, happiness dalam hidup, di dunia dan akhirat. 

Jumpa lagi, ye.

Selamat hari Isnin

 Isnin, 3 Muharram 1444 Hijrah.

Selamat hari Isnin, semua...

Pagi tadi, saya masak nasi. Semalam punya azam masih kuat. Tak mahu makan luar. Lauknya, sambal tumis ikan bilis. Pagi-pagi sudah buat bunyi blender. Hehe. Yor lantak deme bangun tidor. Walaupun awal belum subuh, boleh buat tahajud. Tapi takde nya, orang dalam rumah pakat tidor tak sedor diri.

Sambal tumis ikan bilis.

Saya goreng ikan rebus yang dibeli di pasar pagi Bota, pada hari Sabtu lepas. Lima ekor ikan rebus, harga RM16.  Besor, ikan kembung rebus.


Goreng 2 ekor. Untuk tengahari, repeat goreng 2 ekor lagi. Semasa entri ni ditulis, sambal tumis sudah tinggal separuh dalam periuk. Wah... selera anak-anak makan. Alhamdulillah.

Pukul 7 pagi, baru lah saya pergi jogging.


Dapat slowjogging sejauh 10.18 km pagi tadi. Sorang kawan saya balik masa kilometer ke-8. Saya sambung sikit lagi, bagi cukup 10 km.


Dapat lencana cabaran 10 km di aplikasi Strava.
Semoga anda, pembaca yang sedang baca blog saya ni, sihat sejahtera hendaknya. Selamat bekerja dan menjalankan tugas harian. 

Jumpa lagi, ye. 😊