Showing posts with label Jual Online. Show all posts
Showing posts with label Jual Online. Show all posts

Seronoknya jual barang di Carousell

 Satu hari, saya dapat idea untuk jual buku-buku lama saya, di aplikasi Carousell. Carousell adalah satu platform di Singapore, Hong Kong, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Indonesia, yang membenarkan kita beli dan jual barang, tak kira kategori fesyen, produk kecantikan, komputer, telefon bimbit, perabot, buku, kereta, basikal, rumah, perkhidmatan atau pelbagai servis seperti baiki aircond, ubahsuai rumah, macam-macam la. Boleh jual barang baru, atau barang lama yang kita tak perlukan lagi. 

Saya pernah explore barang-barang di Carousell, benda percuma pun ada, tau! Free je. Cuma perlu ambil sendiri di lokasi ditetapkan. 

Bukan apa, ada buku yang kita rasa, kita nak simpan. Ada buku, saya rasa, boleh la dijual, dari dibiarkan berhabuk je. Saya pun masukkan la buku yang saya nak jual tu. Saya ambil gambar yang jelas, upload di Carousell, letak penerangan tentang buku. Saya juga memilih Poslaju sebagai penghantaran, secara tidak langsung, buku saya di bawah Protection, sebab Poslaju adalah ejen rasmi penghantaran Carousell.

Tak sampai seminggu, saya sudah dapat pembeli yang berminat untuk beli buku saya. Sebelum tu, sila baca panduan yang Carousell sertakan apabila kita sign-up jadi buyer. Elok lakukan segala urusan jual-beli di aplikasi sahaja. Jangan dedahkan alamat email kita, atau melayan perbualan dari scammer, yang mula-mula macam berminat nak beli barang kita, lepas tu, mintak alamat email kita. 

Saya dapat notifikasi menerusi app, juga email memberitahu ada orang sudah beli buku saya.

Email beritahu ada orang beli, dan sudah buat bayaran.

Tajuk buku yang saya jual tu adalah Eleanor Oliphant is Completely Fine.

Kita dapat tahu juga menerusi app, yang pembeli tu buat bayaran dengan cara apa, contoh online banking ke, credit card ke, atau Grabpay.

Bayaran tu, tergantung lagi, ye. Sabor, kenalah pos barang ke pembeli dulu, bila dah selamat sampai, barulah bayaran akan release pada kita. Alaaa... macam tak pernah beli barang di Shopee, lebih kurang je la. 

Email beritahu, suruh pack dan pos buku.

 Saya pun bungkus buku saya elok-elok. Dengan plastik dulu, lepas tu, dengan kertas pembalut biasa. Sebab saya baca di penerangan, guna kertas apa pun boleh, jika tiada plastik pos. Semua sudah siap. Kita cuma perlu ikut arahan je, dari pihak Carousell. Print Poslaju punya shipping label, dan lekatkan pada bungkusan kita elok-elok.

Yang ni, saya sedikit gementar, sebab saya risaukan barkod pada shipping label tu, nanti takut pihak poslaju tak boleh scan. Sebab saya ada buat research, kalau print guna printer deskjet, barkod jadi tak clear, susah nak scan kat pejabat pos, banding guna laser printer. Doa banyak-banyak. Saya siap solat tahajud, baca yassin, minta segala urusan pengeposan dilancarkan. Duit orang dah bayor, wei... kena pos elok-elok. Jakun tak saya? Hahaha.... kalau pos biasa, tulis tangan, saya dah biasa, ni sebab ada shipping label yang sudah siap, jadi gementar pulak. 

Syukur Alhamdulillah, esoknya semasa saya pos, semua urusan berjalan lancar. Tak perlu bayar apa-apa pun. Cuma cakap pada encik poslaju, saya nak pos barang yang saya jual di Carousell. Ok. Dia amik, takde apa-apa resit ke apa, semua dia akan update online je.

Saya tanya encik poslaju tu, ok ke packaging saya? Dia kata, ok je. Dia akan terima je, apa yang kita bungkus. Tiada masalah.

Email beritahu, barang selamat diterima untuk penghantaran.

Alhamdulillah. Urusan pos jalan lancar.

Update terus di app Carousell, sudah pos di kaunter.

Harga buku saya jual, RM10 sahaja. Murah-murah. Buku secondhand kan. 

Keesokannya, sudah dapat notifikasi berikut. Pembeli adalah dari Penang.

Buku sudah out for delivery ke rumah pembeli.

Tidak lama kemudian...

Sudah selamat sampai.

Syukur Alhamdulillah. Rasa lega bila buku sudah selamat sampai ke tangan pembeli. 

Tak lama kemudian, dapat email dari pihak Carousell.


Email beritahu yang pembeli sudah terima buku yang saya jual. Duit akan masuk ke dalam Baki Carousell kita.

Bayaran akan masuk dalam Baki kita, bila pembeli klik Order Received. Sama macam kat Shopee juga la. Kalau pembeli lupa klik, bayaran akan automatically release pada kita, selepas beberapa hari. Saya pun dah lupa, dekat app ada cakap.

Bayaran sudah masuk!

Alhamdulillah. Hasil jualan pertama menerusi aplikasi Carousell. Walaupun RM10 sahaja. Pengalaman menjual yang amat menyeronokkan! 😁

Saya musykil, camana boleh masuk ke akaun bank kita. Marilah kita cuba. Hanya perlu ikut panduan yang diberikan untuk transfer baki ke akaun bank kita.

Sudah selamat proses transfer ke bank account

Tapi dalam bank belum masuk lagi, ye. Sabor, sabor!

Ambil masa 2-3 hari bekerja barulah duit tu akan masuk bank kita.

Email dari CIMB, cakap ada duit masyukkk

Dekat penyata bank kita, akan nyatakan ia bayaran dari Carousell. 

Sekian. Suka tak? Suka, suka. Sebab boleh jual barang lama. Dapat duit. Pos pun tak payah bayar. 

Jika anda ada aplikasi Carousell, marilah buka kedai saya. 

Nama Carousell saya adalah knitskiki

Setakat ni, saya masukkan buku-buku lama saya. Kalau nak tengok, bolehlah singgah ye, jamu-jamu mata. 

Saya tak berhasrat untuk jual barang kait lagi di Carousell, sebab saya sedang siapkan untuk orang dulu. Nanti, saya akan cerita tentang barang kait yang saya sudah siapkan. 

Baiklah. Sekian perkongsian saya kali ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊