Kepala lembu

 Sabtu, 17 Jun 2023 - Pergi pasar malam, bersama suami. Sudah lama, berbulan-bulan tak pergi pasar malam. 

Jalan-jalan, cari makan malam. Beli yong taufu, roti john dan nasi tomato.

Bila lalu di tempat barang-barang mentah, beli bawang. Jumpa orang jual kepala lembu.


Sedikit menakutkan, tengok kepala lembu di-display sedemikian rupa. Jual daging tu, biasa tengok. Kepala yang masih attach di badan lembu tu juga biasa tengok. Tapi bila diletak begitu.. sedikit menggerunkan bagi saya. 🙈

Ada orang makan kan, buat sup. Adakah anda pernah makan kepala lembu? 

Lidah lembu saya pernah makan. Sedap. Kepala lembu? Saya tak pernah makan.

Pandangan depan

Tidak lah saya berani bertanya, berapa harga kepala lembu tu. Besar, saya tengok. Mesti berat.

Ok juga, sesekali ke pasar malam. Tapi saya kurang suka, sebab ramai orang. Kena pakai face mask. 

Bila last sekali anda ke pasar malam?

Jumpa lagi, ye. 😊

p/s: Saya sedikit sibuk. Itu yang lama tak update blog. Maafkan saya, ye.

Drama angsa

 Sabtu, 17 Jun 2023 - Tengah tunggu anak kedua bersiap, nak hantar dia ke kelas tambahan. Biasanya pagi, aman damai je. Tapi pagi ni, riuh dengan bunyi angsa, sekali-sekala.

Saya tak nampak pula lokasi angsa-angsa ni. Cuma dengar bunyi. Saya keluar pagar rumah, nampak jiran saya, Makcik Seri, sedang duduk depan rumah dia.

Saya pergi tegur Makcik Seri, sembang 5 minit, lepas tu kembali ke rumah saya. Masa tu, baru saya nampak, ada beberapa ekor angsa terperangkap dalam salah satu rumah.

Angsa-angsa tak boleh keluar dari pagar, tak muat. Pagar pula jenis automatik. Bukan kita boleh pergi, bukakan pagar tu. Saya rasa, mungkin angsa-angsa ni masuk tanpa disedari oleh tuan rumah. Tuan rumah pula biar pagar terbuka je. Boleh jadi tuan rumah tak sedar akan kehadiran angsa-angsa ni, deme lepak tepi ke, belakang rumah ke, mungkin. Lepas tu tuan rumah keluar, tutup pagar, angsa- angsa pun terperangkap di dalam.

Haha.. kesian pulak. Yang menarik tu, ada seekor angsa terlepas, buat bising, seakan-akan minta tolong, nak bagitahu kawan-kawannya masih terperangkap dalam rumah orang.

Yang saya pelik, tuan angsa tu tak dengar ke, bunyi angsa dia? Atau dia dengar, tapi tak dapat nak tolong apa. Takkan nak panjat pagar rumah orang, keluarkan angsa dia, kan.

Haa... Tu la... Bela angsa, tapi biar lepas. Dah masuk rumah orang. 

Saya sertakan di bawah, video angsa minta tolong. Kuat tau, suara angsa ni.


Sudah tiba masa hantar anak, kami pun keluar rumah.

Beberapa jam kemudian (lepas hantar anak, kami ke pasar Bota pula), kami sampai rumah, tengok angsa-angsa sudah keluar. Tuan rumah baru balik. Nampak dia termenung tepi kereta, tengok halaman rumah penuh najis angsa-angsa yang terperangkap tadi.

Saya sampai sekarang masih tak pasti mana satu rumah yang bela angsa-angsa ni. Saya ada syak satu rumah hujung jalan, sebab itu satu-satunya rumah ada pool. Bukan pool atas tanah, pool dari canvas, letak di tepi rumah. Harap tuan angsa-angsa ni belajar dari kesilapan dia.

Sekian cerita hari Sabtu.

Kumpul jarak untuk Runathon

 Rabu, 14 Jun 2023 - Masa hantar anak-anak ke sekolah, hujan gerimis mula turun. Jadi, saya tidak pergi ke tempat lari. Saya lari dalam rumah saja.

Larian indoor Rabu, sejauh 10 kilometer.

Saya tak mampu untuk lari lebih laju. Tapi, saya boleh pergi lebih jauh. Jadi, lebih jauh saya lari, lebih banyak kalori terbakar. Jadi, itu yang saya akan buat. Insya-Allah, setakat mana saya mampu.

Target berat belum tercapai. Sikittt je lagi. Cuma nak jadikan BMI saya dari overweight ke normal semula. Overweight pun, sikit je. Itu yang kalau tengok dari gambar, tak nampak saya macam terlebih berat. 

Sarapan Rabu

Sandwich roti bakar dengan hash brown dan telur mata. Tiada butter, tiada mayonis, tiada sos. 

Masak tengahari

Saya buat nasi goreng, dalamnya saya letak fish cake dan burger daging. 

Khamis, 15 Jun 2023 - Cuaca baik, lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya pun pergi lari.

Larian Khamis, 10 kilometer.

Tips untuk nampak kurus dalam gambar, pertama, pakai baju hitam. Kedua, kedudukan, haruslah jauh dari camera. Kikiki.... sekali bila jumpa depan-depan, ha, besar, kau. Dalam gambar, kecik je. Giteww..

Eh, kenapa saya tak ambil gambar apa-apa makanan hari Khamis? Alamak.. lupa la. 

Jumaat, 16 Jun 2023 - Gerimis lagi, di pagi hari. Berangin pula, pokok-pokok bergoyang dan berayun ke kiri, ke kanan, mengikut angin. Kalau ikut kepala, nak juga pergi lari luar. Tapi, takut hujan bertambah lebat, tengok awan di langit pun tebal, berkepuk-kepuk, lari dalam rumah saja.

Larian Jumaat, 10 kilometer.

Nampak tak, ada pelangi muncul, sikit je, dalam gambar di atas? Langit masih mendung.

Petang hari, lepak di kedai tomyam. Sambil makan keropok cicah sos, pesan juga bihun kungfu. Share makan, dengan suami.

Sedap, bihun kungfu. 😋

Sabtu, 17 Jun 2023 - Cuaca baik, boleh lari luar, tapi kena balik awal, sebab nak hantar anak kedua ke sekolah, dia ada kelas tambahan. 

Riadah Sabtu

Hanya sempat lari sejauh 5.1 kilometer sebelum hantar anak sekolah. Lepas hantar anak, saya dan suami ke pasar pagi Bota. Jalan sana, sejauh 1 kilometer. 

Alhamdulillah, saya sebenarnya, ada masuk cabaran virtual run. Untuk bulan Jun hingga Ogos, kena kumpul jarak sekurang-kurangnya 243 kilometer.

Poster Runathon saya

Cabaran ini, dari group Malaysia Women Runners, di FB. Kenapa 243 kilometer? Sebab lokasi Kuala Lumpur. Keluasan KL ialah 243 kilometer persegi. Lepas habis KL, lepas ni, akan ada negeri lain pula. Saya masuk cabaran berbayar ini, sebab ada dapat baju nanti. Cabaran ni, seronok-seronok saja, kalau tak cukup target pun, boleh dapat baju juga, sebab sudah bayar. Lebih kepada nak tambah motivasi berlari, sebab kita buat ramai-ramai, walaupun lokasi lain-lain. Kena update juga di group, jarak setakat mana kita pergi. Jadi, itulah yang buat kita rasa, ha, nak tak nak, kena lari tu. Hehe.. Lagi satu, bukan setakat lari, jarak jalan dan hiking juga boleh dikira.

Walaupun lambat lagi nak masuk Ogos, tapi buat je la mana mampu. Gambar di atas adalah poster saya. Lain orang, lain la designnya, kena letak gambar sendiri, sendiri boleh edit dan nak tambah apa-apa. Di hujung cabaran, siapa punya poster paling cantik, ada peluang untuk menang cabutan bertuah. Nanti saya akan update progress saya untuk Runathon ni, dari masa ke semasa, ye.

Hari ni sudah hari Ahad. Ada plan nak kemana-mana ke? Saya lepak di rumah saja. Selamat beristirehat di hujung minggu, ye. Jumpa lagi. 😊

Roti nan bersama ayam tandoori

 Selasa, 13 Jun 2023 - Saya pergi lari macam biasa. Saya sedang usaha untuk hidupkan 10-ribu-langkah-sehari streaks saya. Setakat hari ini, sepanjang bulan Jun, saya berjaya buat paling kurang 10 ribu langkah sehari. Tak ada hari ponteng lari lagi. Itu je la yang dalam kepala saya. Lari untuk sihat. Bila saya fikir tentang kurangkan berat badan, saya jadi sedikit tension, sebab terus-terang, saya memang tak kuat, untuk melawan godaan makan dan minum sedap-sedap. Camana pun, saya cuba untuk kurangkan setakat mana saya mampu. Bukan senang, lagi-lagi bila kita buat benda ni sorang-sorang. Tapi saya akan terus cuba. Jadi bila saya berlari, saya dapat sihat, kurus itu bonus. 

Larian Selasa, 7.12 kilometer. Si Puteh sedang melepak, tengok orang lalu-lalang.

Saya makan apa yang ada di rumah. Saya sudah tak beli nasi berlauk, seperti sebelum-sebelum ni, untuk sarapan.

Sarapan Selasa

Sandwich menggunakan roti whole wheat, dalamnya ada hash brown dan telur dadar ada bawang dan cili api. Bukanlah makanan sihat sangat, sebab hash brown dan telur dadar itu digoreng, guna minyak. Tapi itu lah, saya cuba mana mampu.

Ramen jenama Vit's

Untuk makan tengahari, saya goreng ramen. Ini kali kedua saya beli Mi ramen Vit's ini, di pasaraya. Rupanya, tengok nasib juga. Masa kali pertama beli, cantik mi ramennya. Kali kedua beli, mi ramennya macam putus-putus, tak panjang. Walaupun tarikh luput lambat lagi. Tapi tak apa la tu, bukan tak boleh makan. 

Ramen goreng

Tak sempat nak dihidang, ambil gambar dalam kuali saja. Maafkan kuali saya yang comot tu, ye. Tapi rasanya tidak menghampakan, anak-anak habiskan. Saya rasa, 1 sudu je. Makan tengahari saya, roti whole wheat disapu peanut butter, 2 keping.

Untuk makan malam, suami ajak lepak mamak.

Lama tak jumpa...

Saya ambil sebiji vadei.

Pun lama tak makan.

Saya pesan roti nan.

Ayam.

Juga, ayam tandoori. Sekarang, dapat 3 ketul je. Dulu-dulu, kalau pesan ayam tandoori, paling kurang 5-7 ketul juga la, ayam. Boleh makan 3 orang. Apa nak buat, barang semua naik.

Saya tak minum kopi, satu hari. Saya pesan air suam. 

Tapi kan, tahan 3 hari je tak minum kopi. Pagi ni, saya minum nescafe o panas. Tu la, saya memang tak kuat untuk menahan godaan kopi ni. Tapi, saya akan terus mencuba untuk kurangkan pengambilan kopi, ye. Berusaha!

Cepat rasa minggu ni. Saya berharap, pembaca semua berada dalam keadaan sihat dan ceria. Jumpa lagi, ye. 😊

Richiamo Coffee pulak...

 Isnin, 12 Jun 2023 - Selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami pergi ke UTP Seri Iskandar, berlarian di sana. Kenapa jauh sangat lari, ni? Sebab suami saya ada urusan di Tronoh.

Larian Isnin, 8 kilometer. Burung bertenggek di tepi tasik.

 Cuaca agak panas, tapi berangin di Taman Tasik UTP. Cepat-cepat lari, dan suami pun pergi uruskan tujuan utama kami ke Tronoh. Tak lama pun, selesailah urusan.

Perut pun lapar, belum sarapan. Waktu hampir pukul 10 pagi. Saya cadangkan, sarapan di Little Ipoh di Bandar Universiti. Tapi masa sampai di depan restoran, ada 'Inspektor Gadjet' sedang buat operasi menyaman kenderaan yang tidak pamerkan kupon parking. Jadi, kami pun berlalu pergi, malas nak beli kupon punya pasal, dan malas juga nak install aplikasi parking.

Masih pusing-pusing di Bandar Universiti, masa tu lah saya ternampak Richiamo Coffee. Wah... ada cawangan di sini. Di Manjung pun, tak ada lagi. Tapi sebab lokasi berhampiran dengan Inspektor Gadget, kami pun bergerak jauh sikit. Lalu jalan belakang, melalui perumahan, kami bersarapan di Bandar Seri Iskandar. Sini memang ada banyak kedai makan. Ramai pelajar dari UiTM Cawangan Perak, UTP, dan IKBN di sini. 

Kami bersarapan di Restoran Bonda. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Lapar punya pasal. 🙈

Lepas makan, kami ambil keputusan untuk mengopi di Richiamo Coffee. Maklumlah, sudah jumpa kan, nanti kalau tak singgah, terbayang-bayang tak boleh tidur. Bak kata SK, biar menyesal makan, dari menyesal tak makan. 

Ye, langgar pantang sekali lagi. Tapi, ini last ye, saya pekena kopi. (Boleh percaya, ke?) 

Richiamo Coffee cawangan Seri Iskandar

Lokasinya, terletak di tepi pasaraya Lotus.


Pintu depan

Bila tengok pintu depan, nampak, oh, ada set nasi juga di sini, bukan sekadar kopi.

Banyak juga menu set nasi dia..

Saya tertarik dengan set nasi ikan patin masak tempoyak. Tapi, saya baru lepas makan nasi. Lain kali, bolehlah cuba.

Bahagian dalam

Sebaik melangkah masuk, sejuknya.. sungguh selesa. Orang pun tak ada. Cuma ada satu keluarga, sedang mengopi di meja tepi. Hari orang kerja, kan, pukul 10 pagi pula tu. 

Saya pesan kopi untuk bungkus. Diberi alarm, yang akan berbunyi bila pesanan kita siap. Tengok-tengok, suami saya signal dari dalam kereta. Dia ajak mengopi di situ pula. Saya pun cepat-cepat pergi ke kaunter semula, cakap, tak jadi take-away, minum di kedai sahaja. Tak apa, tak minum dalam cawan pun, sebab dia sudah buat di dalam cawan take-away tu. 

Pesanan kami

Saya pesan ice blended mocha untuk suami with whipped cream on top, saya pula hazelnut latte panas dan sebiji double chocolate chip muffin.

Sofa duduk cantik

Saya merasa sedikit jakun, kerana ini pertama kalinya, masuk kedai kopi, tapi tak rasa macam masuk kedai kopi. Rasa macam berada di lobi hotel. Tempat duduk yang selesa dan besar. Muzik background ala-ala jazz. Tumbuhan hijau. Saya dan suami memang sependapat, inilah port mengopi paling cantik kami pernah datang. Saya suka! 👍👍

Close-up pesanan kami

Saya buka penutup kopi, supaya kopi saya cepat sejuk. Kalau awal-awal saya beritahu semasa memesan untuk dine-in, saya rasa, mesti ada coffee art pada kopi saya, kot. Tapi, saya tak kisah sangat. Bila mula hirup, nikmatnya.... sambil pejam-pejam mata. 

Suami juga kata, kopi dia sedap, tak manis sangat, just nice.

Saya sedang menikmati muffin

Muffin tu, kami share. Sedapppppp.... tak kedekut chocolate chip. Cukup rasa. 

Harga mengopi

Kopi panas saya, harga murah seringgit, banding kopi panas saya pernah beli di Lumut. Saya rasa, harga itu sangat berpatutan. Padan sesangat dengan rasa kopi dan suasana kedai yang sungguh nyaman. 

Saya habiskan kopi panas saya dalam dua teguk je. Suami kata, saya minum kopi macam minum air suam. Suami bawa kopi dia balik, boleh minum sambil bawa kereta, pulang ke Manjung.

Alhamdulillah, merasa juga mengopi di Richiamo Coffee. Nasib baik lokasinya jauh. Kalau dekat, hari-hari juga saya datang. Hahaha... opss.. 

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga pembaca semua sihat-sihat dan happy-happy selalu. Jumpa lagi, ye. 😊

Pekena kopi di Kedai Kopi Padang Tembak

 Ahad, 11 Jun 2023 - Pergi lari juga, walaupun rasa malas. Masa baru nak keluar rumah, hujan gerimis. Tapi pergi juga ke tempat lari. Dalam kepala ingat, kalau hujan, pergi makan, tak payah lari. 😁 Bila sampai, tak hujan pun. Walaupun cuaca mendung. Lari jugalah.

Larian Ahad yang malas, 7.3 kilometer.

Selepas lari, apa lagi, cari tempat makan la. Beli bungkus dulu, nasi berlauk untuk anak-anak di rumah, di Bukit Permata. Kemudian, tuju ke arah Teluk Batik, nak cuba tempat yang belum pernah try.

Kedai Kopi Padang Tembak

Selalu nampak kedai kopi ni, bila nak ke Teluk Batik. Lokasi di sebelah kiri jalan. Kadang tengok, banyak kereta parking tepi jalan. Jadi, tak pernah singgah. Kebetulan semalam, tengok, tak adalah banyak kereta sangat. Cuba lah, masuk ke kedai.

Kedai terbuka. Macam kedai makan kampung biasa. Tapi freshly brewed coffee. Marilah kita cuba. Eh, bukan saya cakap, tak mahu minum kopi dah ke? Haha... teringin la. Sekali-sekala, boleh, kan.

Mesin kopi di kedai ini. Gambar carian Google.

Kami tunggu agak lama, orang yang ambil pesanan tidak datang ke meja kami. Bila kakak ambil pesanan sampai, dia minta maaf, sebab lambat ambil order. Oh, tak mengapa.

Menu kedai

Tempat makannya, split level. Hati-hati jika pertama kali datang sini. Saya hampir terjatuh masa nak ambil sudu di meja sebelah. Sebab tak nampak, lantainya ada turun satu level.

Sarapan suami.

Suami pesan mi kari, dan minuman nescafe o ais. Tapi, yang sampai, teh o ais. Muzik yang dipasang kuat, mungkin kakak yang ambil pesan tu, tak dapat dengar pesanan suami. Saya yang duduk sebelah, boleh dengar dengan jelas, suami kata, nescafe o ais. Kalau orang muda, suka kot, kalau kedai makan pasang muzik kuat. Tapi bagi kami yang tua ni, elok kalau diperlahankan volume tu sikit. Muzik tu, setakat bunyi di belakang, sudah memadai. Pendapat saya je.

Mi kari dia sedap. 😋

Signature coffee

Saya pesan signature coffeenya, iaitu caramel machiato panas. Sedap. Saya suka. 👍

Sarapan saya

Saya pesan american breakfast. Roti bakar goyang, sebenarnya, dengan baked beans dan sosej. Berpatutan la, harga american breakfast ni, RM6. Lebih murah dari kopi saya, RM10. 

Seperti biasa, kami share makanan. Separuh-separuh, jadi dapat rasa kedua hidangan.

Alhamdulillah. Ada lagi kedai makan yang kami belum cuba, di daerah Manjung ni. Kadang tu, kita lebih selesa pergi tempat yang sama. Kadang tu, rasa nak kelainan, itu yang cuba tempat baru. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, baru tahu. 

Orait. Semoga segala rancangan anda pada hari ni, berjalan dengan lancar. 

Jumpa lagi, ye.

Berlari di taman tasik UTP

 Sabtu, 11 Jun 2023 - Saya pergi berlari di taman tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak. Jarak dari rumah saya, lebih kurang 47 kilometer. Sebab hari Sabtu, saya dan suami biasanya ke Pasar Pagi Bota Kanan. Jadi, lajak lebih sikit dari Bota, keluar rumah awal selepas subuh, untuk pergi lari dulu, sebelum pergi pasar.

Saya pernah cerita tentang beriadah di UTP melalui entri ini, tahun lepas.

Taman tasik UTP ini dibuka kepada umum. Orang luar juga boleh masuk beriadah di taman tasik ini, walaupun bukan pelajar atau kakitangan UTP. 

Sebaik saja memasuki pintu utama, terus belok ke kiri, ada jalan ke tempat parking. Tidak perlu melalui pondok pengawal. Masuk percuma. 

Trek lari

Inilah trek lari di sekeliling taman. Ada juga dari trek pavement keras tu, di sesetengah tempat. Ada juga laluan berpasir dan berbatu. Satu pusingan, lebih kurang 2 kilometer. Besar, kan? Saya suka!

Jangan terkejut pula bila jumpa dinasour, ye. 😁


Jumlah dinasour juga semakin bertambah, berbanding semasa kunjungan kali pertama saya tahun lepas ke sini. 


Semasa pusingan pertama berlari, bukan boleh lari laju sangat pun. Mesti berhenti bila jumpa dinasour. Sesuai beriadah seisi keluarga, bawa sekali anak-anak. Jalan-jalan, keluar peluh, sambil menikmati udara pagi yang segar, ada tempat duduk santai, dan ada tempat teduh dengan pokok-pokok besar. Nak berpiknik pun boleh.


Ada papan tanda penerangan, nama-nama dinasour, info berkaitan, era dinasour yang mana ia wujud, di setiap dinasour yang ada. Kalau baca satu-satu, memang tak berlarilah saya. Macam pergi muzium pula. Hehe..


Lihat di sebelah kanan, ada papan tanda penerangan tentang dinasour berkaitan. Nama dia ni Giant Sloth.




Lihat tasik di belakang sabretooth cat ni, cukup mendamaikan. Boleh layan perasaan duduk sini, sambil tengok tasik.


Ini antara laluan lari, mengikut loop pendek. Banyak laluan yang kita boleh ikut. Jika rasa tak larat nak pusing ikut laluan paling luar, boleh ikut laluan paling pendek, lebih singkat, untuk keliling tasik.

Primitive Antelope

Turtle

Turtle dari zaman dulu hingga sekarang, lebih kurang sama saja rupanya, kan. Apa pengajaran yang boleh kita ambil? Untuk kekal umur panjang, harus lari slow-slow, dan bukan laju-laju. Setuju tak? Hehe...

Jambatan merentasi sebahagian tasik

Jambatan ini boleh dilalui jika ikut laluan paling dalam.

Saya, di samping alat dalam laut yang namanya, the Subsea Tree

Penerangan mengenai alat Subsea Tree

Ooo... sebelum diletak di sini, alat ini terletak 89 meter dalam laut, di Sarawak. Banyak lagi papan-papan tanda seperti ini, di sekeliling tasik UTP ini. Jika punya masa lapang yang banyak, bolehlah anda baca. Boleh dapat ilmu. Seperti kita pergi melawat Petrosains di KLCC pula.

Bukan saja dinasour, di sekeliling tempat ini juga, kita dapati adanya taman batu, atau rock garden. Juga ada papan tanda penerangan di setiap taman batu yang ada, untuk info lebih lanjut.


Saya sempat berlarian sejauh 8 kilometer. Alhamdulillah, dapat berlari di tempat lain. Tukar-tukar angin. Rentas daerah Manjung, masuk ke daerah Perak Tengah. 

Itu pun, masih ada lagi yang dalam pembikinan, di taman ini. Saya nampak seperti planet-planet dalam sistem suria kita. Memang sesuai bawa anak-anak ke sini. 

Lepas berlari, saya dan suami pun beredar, untuk pergi pasar pagi Bota. Jalan-jalan, cari makan hari Sabtu. 

Jika dari Ipoh, taman tasik UTP ini terletak lebih kurang 30 kilometer. Jika naiki kereta, lebih kurang 40 minit masa perjalanan.

Baiklah. Jumpa lagi. 😊