Larian April yang sendu

 Ahad, 9 Syawal 1444 Hijrah.

Saya tidak pergi lari hari ini. Saja, berehat di rumah. 


Tak lari banyak pun bulan April. Ye la, bulan puasa. Tak larat, wei...

Jumlah hari keluar berlari di bulan April: 17/30

Walaupun tak dapat mengatasi jarak bulan Mac, tapi saya agak berpuas hati juga, kerana dapat cecah 100 km juga. Entah bila dapat buat macam bulan November tahun lepas, sampai lebih 200 km. 


Jumlah jarak larian di bulan April: 103.8 kilometer

Purata jarak lari sehari: 3.5 kilometer

Purata jarak lari seminggu: 26 kilometer

Paling jauh berlari adalah 10 km. Itu pun, masa bulan puasa, banyak lari dalam rumah sahaja. 

Lepas habis uzur ni, nak ganti puasa serta puasa sunat syawal balik, Insya-Allah. Sudah settle 2 hari. 

Kadang tu, rasa rindu nak lari dalam event. Ada tengok, banyak kat Ipoh dan Taiping. Dekat Manjung ni, takde pun event larian. Malas pulak nak bangun awal pagi buta dan travel 1-2 jam untuk join. Kenapalah tak ada dekat-dekat sini. Huuu....

Takpe la. Saya lari untuk sihat je la. 

Esok, masuk bulan baru, bulan Mei. Harap dapat buat lebih baik dari bulan ni. Buang rasa malas, dan tingkatkan usaha. Mari kita! ๐Ÿ’ช๐Ÿƒ

10 comments:

  1. Lari untuk sihat!
    Saya sokong.

    ReplyDelete
  2. kawan wak yg satu kerja kt Jakarta nih dok manjung selalu lepak kat stadium manjung tu join anak lari.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, ye ke... dulu saya selalu gak lari situ. Tapi loop dia kecik, Wak. Saya pulak suka lari jauh, kalau lari situ, pening jugak. Hehe..

      Delete
  3. Tak panas ke kat tempat Nur? Kat tempat saya skrg tgh panas lit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas juga, Carneyz. Tapi panas pagi, boleh tahan lagi. Sejam je, lari. Pastu cepat-cepat balik mandi.

      Delete
  4. hebattttt tuuuuu๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ sy ni lg laaa lama dah x lari๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... hehe.. jom, Anies, jom. Bersukan untuk sihat.

      Delete