Selamat sampai Tumpat

 Khamis, 29 Ramadan 1444 Hijrah.

Bangun pukul 2 pagi. Mandi, sumbat barang semua dalam kereta. Sahur di kedai tomyam. Lepas sahur, suami sakit perut. Balik selesai urusan panggilan alam. Bertolak dari Lumut pukul 4.30 pagi.

Lumut saje yang tak hujan. Kalau hujan pun, hujan kecikkk je. Lalu Manong, hujan lebat. 

Subuh di Gerik. 

Masa nak masuk Pulau Banding


Agak berkabus di atas bukit. Sudah lebih pukul 8 pagi.


Kereta agak banyak. Tapi trafik berjalan je.

Selamat sampai di rumah mak mentua lebih kurang pukul 10.30 pagi. 

Alhamdulillah. Laju juga suami bawa. Banyak kali co-pilot kena cakap, "slow sikit, slow sikit".

Biasanya ambil masa 8 jam balik kelantan. Kali ni cuma 6 jam. Tak berhenti di R&R Titiwangsa tu. Ramai sangat orang situ. Kami sudah awal-awal lagi toilet break di masjid sahaja, sebelum naik bukit. 

Raya esok ke, raya lusa ke, saya masak juga nasi briyani. 

Nasi briyani cara saya. 

Gigih bawa balik pressure cooker. Suami pula sudah pinjam blender dari kakak ipar. Ape lagi... Merendang daging lah saya. Daging, anak sedara tolong belikan pagi tadi.

Lupa nak cerita. Sepanjang jalan, dari Jeli, banyak orang jual daging lembu tepi jalan. Memang orang kampung semua sembelih lembu hari ni dan jual. Jadi, dapat daging tempatan yang segar.



Alhamdulillah. Saya dah tahu macamana nak bagi kuah rendang tu kering guna pressure cooker. Saya biar ada kuah sikit. Nanti cekik makan nasi takde kuah.

Ok la ye. Jumpa lagi. 😊

8 comments:

  1. alhamdulilah.. jauh beraya tahun ni ye hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ye, Ako. Giliran suami cuti, dapatlah balik kelantan. 😊

      Delete
  2. Masak tetap jalan seperti biasa ya Puan Nur. Malam tadi kami buka puasa dengan lontong dengan harapan kalau raya hari ini sambung makan lontong lagi😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Bila masak sendiri, senang sikit nak makan.
      Hehe.. sedap tu, buka puasa dengan lontong. 😋

      Delete
  3. Teringat pengalaman beraya di Tganu tahun lepas.. lalu jalan ni la dari Kuala Ketil sebab ambil kakak ipar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu... Ye juga, kalau dari utara memang ikut jalan ni untuk ke pantai timur.

      Delete
  4. Selamat beraya di Kelate...best dapat daging tempatan yg fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Ye, betul. Kalau beli daging kat perak pun, tak tahu bila dia sembelih.

      Delete