Cerita Sabtu dan Ahad

 Isnin, 19 Ramadan 1444 Hijrah.

Pada hari Sabtu lepas, saya dan suami ke Pantai Remis. Pergi kedai Nasi Kandar Beratur, bungkus lauk, buat berbuka.

Ayam goreng 2, ayam kandaq, beli 4.

Ayam kandar dia memang special. Tak sama dengan kedai nasi kandaq lain. Beli lebih, supaya boleh makan untuk sahur sekali. Kedai ni feveret suami saya. 

Lepas bungkus lauk di Pantai Remis, singgah satu bazar ramadan di Manjung. Beli ayam gunting dan roti bom.

Lauk sahur Ahad

Masa sahur, mesti nak goreng telur dadar juga. Lepas tu, panaskan ayam gunting dan roti bom yang tak habis makan berbuka. Sambal tumis dalam periuk pun ada lagi, tinggal sikit. Sahur bertiga je, suami kerja.

Kucing-kucing tengah rileks

Pagi Ahad, pergi lari. Suka hari Ahad, sebab jalan tak sibuk. Dekat tempat riadah pun tak de orang. Sempat berlarian 5.6 km. Alhamdulillah. First day puasa semula, selepas uzur 5 hari. Bila lah nak menopause ni. Supaya tak perlu ponteng puasa dah. 

Maggi goreng

Berbuka hari Ahad, saya beli maggi goreng kuali besar. Kome suka makan mi, kuetiau atau nasi goreng kuali besar tak? Dia goreng dekat situ, panas-panas. Boleh tahan sedap juga maggi goreng saya beli. 

Nasi kerabu tumis

Sementara suami pula makan nasi kerabu tumis ayam bakar, yang dibeli di tepi jalan. Dekat bazar ramadan, takde orang jual. Itu pun kebetulan jumpa peniaga tepi jalan ni. Rezeki suami, nak makan nasi kerabu.

Saya dah takde selera makan nasi ni. Waktu sahur, sumbat juga. Sebab kalau tak makan, nanti takde tenaga nak berlari. Pagi tadi, saya goreng ikan masin bulu ayam. Selera sikit. 

Masa tu cepat sangat berjalan. Kalau lah boleh pause sekejap masa tu. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. akak.....nampak akak muda lagi la lambat lagi menopause tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada orang umur 40-an dah menopause, Afzan. :D

      Delete
  2. cepat nau nak monopos nya tu Nur hhahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takde la Ako, penat nak ganti puasa.

      Delete
  3. Tersengih sorang kita baca bab menopause tu. Eh, kita suka kuey teow kawah lagi2 kalau makan dgn cili jeruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... SK. Sedapnya! Tambah telor mata, satu! :D

      Delete
  4. dadar telur di waktu saur, ditambah sarden, pasti enak

    ReplyDelete
  5. sekejap je nnti menopause le tu., tp kesian kat tok laki kalo dh menopause xde nafsu nk layan dh., huhu

    ReplyDelete
  6. Lmbt lg monopos tu... muda remaja lg tu... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. penat dah Kakmim, beli tuala wanita.

      Delete
  7. nasi kandar beratur yg kat penang tu ke? ada cawangan kat pantai remis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kot, saya rasa, nama dia je kebetulan sama, Anies. Sebab saya pernah makan nasi kandar beratur di penang, rasa dia tak sama.

      Delete
  8. Hehe takut hendak menopouse.
    Itulah makin tidak lalu makan tapi nanti siang rasa bahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, NA. Kalau tak makan, takde tenaga nak buat kerja rumah juga.

      Delete