Nasi lauk daging kerutuk

 Isnin, 26 Ramadan 1444 Hijrah.

Pagi-pagi buta, naik atas penimbang dulu. Sebab anak kedua cakap, dia turun 3 kilo. Suami pula turun 2 kilo. Wahh... 


Saya turun setengah kilo je! 😄 Hahaha.. 

Tapi BMI dah jadi normal. Alhamdulillah. Mari kita jarakkan lebih jauh lagi dari border 25 tu. Sekarang atas pagar. Posisi bahaya.

Saya tak pergi berlari pagi tadi. Ada urusan lengkapkan perjanjian PTPTN anak. Ruangan saksi peminjam belum lengkap. 

Suami off kerja. Pergi ke pejabat penghulu. Waktu operasi pukul 8 pagi. Tapi sudah pukul 9 pagi, pintu dan pagar grill masih berkunci. Encik penghulu ni memang dari dulu macam ni. Cuma sekali je dapat jumpa dia tahun lepas, setelah menginap di Lumut ni bertahun-tahun. 

Pergi sekolah menengah, untuk minta tandatangan pengetua. Pengetua sibuk. Guru penolong kanan pun boleh, dia pun pegawai kerajaan gred 41 ke atas. Lama tunggu puan penolong kanan. Ada seorang ibu sudah masuk lebih awal dari saya. 

Lepas setengah jam menunggu, dapat jumpa Puan penolong kanan. Minta tandatangan dan nombor kad pengenalan di 2 salinan perjanjian. Alhamdulillah. Cop jawatan, encik kerani sudah awal-awal copkan.

Terus pergi pejabat PTPTN di Manjung, untuk serah tangan. Pertama kali saya masuk pejabat PTPTN ni. Layanan sungguh sopan. Setelah diperiksa, dokumen semua lengkap, semua tandatangan cukup. Alhamdulillah, selesai urusan. Bawa balik 1 salinan untuk anak. Lega saya. Dia ada kelas online. Tu pasal dia tak ikut.

Masa sudah selesai urusan, suami ajak lalu depan pejabat penghulu, saje jer... nak tengok dia dah buka pejabat belum. 

Nan ado! Masih berkunci. Hahaha hehehe huhuhu....

Petang, pergi bazar ramadan dengan suami dan anak sulung. Beli kuih.


Kuih lepat pisang, popia sira dan cucur keria.

Nasi untuk berbuka pula, kami beli di kedai Mek Kelate. Suami beli nasi kerabu, dan saya kongsi nasi berlauk dengan anak sulung.


Nasi berlauk daging kerutuk dengan sambal dan timun.

Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Alhamdulillah, selesai urusan PTPTN...alahai tok penghulu, sampai kesudah tak buka pejabat, kena gi rumah dia nampak gayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu rumah dia kat mana, nohas. Huhu..

      Delete
  2. alhamdulillah selesai 1 masalah.. hehe tok penghulu tu dia mmg xnk buka pintu ke. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak datang pun kat pejabatnya, Nina. Memang selalu berkunci. Kalau kerani dia ada pun boleh tahan lagi. Ini, langsung tutup.

      Delete
  3. kalau tok penghulu dekat sini kena call kak baru lah dia datang office,agaknya busy melawat kg ke busy kerja di rumah huhu...
    daging kerutuk tu masakan kelantan yg famous kan kak...sedap sy pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu ye, kaedahnya. At least dia ada tinggal nombor untuk dihubungi, ye. Sini, haram..!
      Ye, Afzan. Rempah kerutuk tu, yang kelantan punya, tak sama dengan rempah tempat lain.

      Delete
  4. akak turun sikit je sbb berat mmg dah maintain tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa, tak kot, Dana. Sebab tahun lepas, berat akak pernah 55 kg. Entah la, tak tau nape. Dah tua, metabolisme pun dah lain macam.

      Delete
  5. Lega sudah selesai. Kalau saya malas betul ambil tandatangan. Haha tapi tidak pernah mohon PTPTN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalo ikut saya pun malas juga. Demi anak..sama kita. Pun tak pernah mohon PTPTN. Saya dulu amik pinjaman MARA.

      Delete
  6. sekejap lagi nk buka Puasa, selamat berbuka puasa semua..🥰

    ReplyDelete