Anak lulus SPM

 Isnin, 27 Mei 2024 - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 keluar hari ni. Saya tak keluar lari. Rehat. Tapi naik basikal sekejap, pusing taman perumahan. 

Gambar masa tengok matahari terbenam di Teluk Senangin, pada 23 Mei lepas. Naik basikal pagi tadi, 7.82 km.

Sarapan pun di rumah. 
Pukul 10 pagi, anak kedua tunjuk keputusan SPM dia, check menerusi handphone. Dia tak pergi sekolah untuk ambil keputusan, sebab dia demam, sejak semalam. Hari ni ok sikit badan dia, semalam badan dia panas. Hari ni, tinggal batuk je. 

Alhamdulillah, anak kedua lulus SPM. Gembiranya saya dan suami. Syukur, syukur sangat. Alhamdulillah. 

Inilah, anak yang ada banyak angin tu. Masa peperiksaan percubaan SPM, dia tak hadir masa kertas Matematik Tambahan. Saya dan suami kena selalu ingatkan dia untuk belajar. Nampak dia buka buku masa hari yang ada kertas je, pagi-pagi buta, bangun pukul 5-6 pagi, baru nampak dia study. Masa percubaan juga, dia gagal dalam 2 kertas.

Keputusan SPM hari ini, menunjukkan anak kedua lulus semua mata pelajaran. 

Dia dapat 3 A, iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (Aᐩ), Matematik (A) dan Asas Kelestarian (A-).

Anak sulung, kiri dan anak kedua, kanan.

Tengahari sikit, saya kira markah merit dia. Ada peningkatan. Isi borang UPU kan, perlu tahu markah merit, jadi boleh tahu course apa yang anak kita layak mohon. Hari tu, sikit sangat, yang menggunakan keputusan percubaan. Hari ni, setelah keputusan sebenar sudah tahu, ada banyak sikit pilihan yang anak kedua boleh kemaskini. Permohonan UPU tutup pada 9 Jun. 

Itu pun, dia sudah gagal dalam satu pilihan dia, iaitu Diploma Bahasa Inggeris, UPSI. Kursus temuduga, tapi anak tak berjaya dapat panggilan. Takpe la tu. Rezeki dia kat bidang lain, mungkin. 

Syukur Alhamdulillah. Orang lain mungkin kira anak dapat berapa A, straight A's. Tapi saya dan suami, dia lulus SPM, layak untuk dapat sijil SPM, kami sudah cukup bersyukur. Alhamdulillah.

Seterusnya, tunggu saja dia dapat tawaran mana untuk sambung belajar. Tak dapat UPU, sambung belajar kat swasta pun takpe. Duit boleh dicari. Asal anak ada minat sambung belajar, bekal untuk dia di alam pekerjaan. 

Anak kedua, semasa 9 tahun..

Cepat je anak-anak membesar. Tak lama lagi, dia pula ikut jejak anak sulung, keluar rumah untuk sambung pelajaran. Tinggal lah anak bongsu je di rumah dengan kami. 

Tu je la hari ni.

Syukur Alhamdulillah. 😊

25 comments:

  1. Tahniah...... samalah saya dulu masa anak-anak SPM, tak kira A... hanya pastikan lulus....... Alhamdulillah sorang dah tamat diploma dan sorang lagi tengah sambung degree...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.... tahniah hero no 2!
    dah buat yg terbaik kan?
    insya allah kalau ada rezeki ke U tu pasti tak ke mana...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah angah moga terus berjaya nanti,yang penting dapat sambung belajar lagi

    ReplyDelete
  4. ada masa lagi tu utk fikir and buat keputusan sblm isi UPU...

    ReplyDelete
  5. Tahniah.
    Baguslah Puan Nur tidak kisah pasal duit dan tempat dia belajar.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tahniah kak.. Ada jugak bekal A dia...
    Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.. Aamin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah. Saat anak nak tahu keputusan SPM memang mendebarkan. Saya siap check kat website dan sms lagi. Nak tunggu Pengetua berucap tak habis lagi.....kenangan kan?

    Next step pulak setelah selesai SPM. Tahniah ya!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, syukur! Next, masuk U jom!

    ReplyDelete
  9. Tahniahnya berjaya cemerlang
    untuk anak dan ibu bapanya

    ReplyDelete
  10. Tak kisah la berapa A's yang anak2 kita dapat, samada lulus atau tidak..kita sebagai mak ayah kena ucap tahniah pada mereka..peluk atau pat their shoulder. Betul..duit boleh cari..yang penting kita dah penuhi keinginan dia untuk teruskan pelajaran. Semoga seterusnya dipermudahkan...aminnnn...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tahniah utk anakanda 👍
    Semoga terus sukses ye

    ReplyDelete
  12. Tahniah anak mak dah tamat alam persekolahan..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah
    Tahniah buat anakanda Nur 👏🏽
    Semoga dikurniakan Allah kursus yang sesuai dan terbaik.

    Seronok rumah dekat pantai ya Nur, lepas cycling terus layan suasana tepi pantai.

    ReplyDelete
  14. tahniah anak kerana berjaya dalam SPM....saya dulu pelajar tercorot dan bukan scorer tapi saya berazam jadi ayah yang baik sekarang ini
    hehehe..tahniah juga kepada Puan Nur dan suami kerana jadi ibu bapa yang hebat dan baik

    ReplyDelete
  15. Tahniah..smoga trus success dlm apa jua bidang yg diceburi

    ReplyDelete
  16. anak kedua sy cuma dpt 2A je. Maths x kredit jd peluang nak sambung di IPTA tu suram sikit. Suruh masuk F6 x nak pulak.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah sudah lulus ya sis... mudah"an keterima di tempat yg dia pilih nanti.

    ReplyDelete
  18. tahniah utk anak-anak! betul tu duit blh cari, asalkan anak minat utk smbung belajar kan~

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, tahniah anak kedua Nur kerana lulus SPM. Ini bukan sahaja lulus tapi bagi sy agak baik dan cemerlang 3 subjek yang bukan semua boleh cemerlang subjek tersebut. Semoga dia dapat meraih kejayaan yg lebih baik selepas melanjutkan pelajarannya nanti, insyaAllah!

    ReplyDelete
  20. Congrats yaaa kak nur... Saya ikut senang mendengarnya 🤗. Ya laaah, yg terpenting lulus saja dulu. Lalu nanti sambung belajar. Ini juga buat bekal mereka di masa depan kan

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah tahniah... Syukur mesti gembira meletup meletup dalam hati si ibu melihat kejayaan anak..

    ReplyDelete
  22. Tahniahhh Lulus semua matapelajaran! Salute sebab subjek English A+. Wow! Saya dulu pun berharap lulus dah ngam la tu.. Cukup bagi lepas ❤️

    ReplyDelete
  23. Congrats kak nur...tak terasa waktu berjalan...alhamdulilah segalanya dilancarkan perihal sekolah si adik ya kak ☺

    ReplyDelete
  24. Apa khabar Nur? Lama menyepi kali ni. Moga baik-baik aje ya.

    ReplyDelete