Burger ayam crispy

 Sabtu, 24 Ramadan 1444 Hijrah.

Pagi tadi, lambat keluar untuk riadah. Lipat kain dulu. 

Obor-obor terdampar di tepi pantai.

Brisk walk je, pagi tadi, sejauh 4 km. 

Balik rumah, anak sulung mesej di whatsapp, dia dah nak tiba. Saya dan suami pun pergi Stesen Bas Manjung, untuk ambil dia.

Anak aku balik, yay! 😍

Alhamdulillah, anak sulung selamat sampai dari Dungun.

Hari ni berbuka 4 orang. Kalau tak, bertiga je, jika bapak budak kerja. Oleh kerana selera tak mau makan nasi, maka kami order burger ayam crispy.


Tebal ayam crispy tu. Kenyang makan. Beli di gerai burger dekat rumah saja. Harga RM7, satu.

Alhamdulillah. 😊

7 comments:

  1. wahhhh 4km brisk walk! anggaran pukul berapa tu akak brisk walk dpt 4km tu akak?

    yeayyy anak balik cuti untuk raya! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mula pukul 7.40 pagi, Ana.
      Hehe.. Alhamdulillah. Seronok rasa dapat buka puasa ada semua anak². 😊

      Delete
  2. Nampak sedap luar biasa burger ayam crispy tu pagi2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, SK. Rasa ayam tu dia perap sendiri, bukan beli yang frozen punya.

      Delete
  3. Kedai burger tepi jalanpun ada jual burger rangup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Ada deep fryer di warung burger dia. Menu khas bulan puasa, roti john pun ada. Pandai budak² muda cari kelainan. Bagi yang malas pergi bazar ramadan, boleh beli kat dia je.

      Delete
  4. tebal betul burger.. nasib baik nmpak obor2 tu.. dr jauh mcm plastik sampah. hehe

    ReplyDelete