Beraya di Rawang

 Khamis, 6 Syawal 1444 Hijrah.

Ada di Rawang ni. Sebelum ni, bapa saya tinggal di Chenderong Balai, dekat Teluk Intan. Tapi bapak saya telah berpindah ke Rawang, supaya mudah untuk makcik (ibu tiri saya) pergi check-up di hospital.

Ini pertama kali lah, beraya di Rawang. 

Bapakku yang suka selpiaq

Lengkap kami sekeluarga. Kakak sulung ambil kakak kedua, yang baru mendarat dari Kuching, jumpa di rumah bapak.

Kakak sulung turut bungkus makanan, supaya makcik tak perlu masak. 


Kakak sulung tapau makanan dari restoran Ali, Muthu dan Ah Hock. Ada nasi goreng cina, nasi goreng kampung, mi goreng, bihun goreng dan chicken chop.

Saya pula bawa dari rumah, cucur ikan bilis, dan beli kek coklat, untuk meraikan harijadi kakak sulung. Bukan selalu dapat berkumpul. 


Semoga sihat sokmo, dan berjaya dalam kerjaya baru, kakakku...


Saya tiga beradik je, semua pompuan. Kakak sulung kata saya suka pakai tudung makcik.

Lepas makan-makan di rumah, pergi ambil gambar keluarga di kedai gambar. Lagi 2 minggu baru siap.

Lepas tu, bapak ajak makan nasi campur di kedai. Makan la juga, teman bapak dan makcik. Yang masih kenyang, minum air je.


Syukur Alhamdulillah, dapat kumpul cukup ahli keluarga. 


Gambar kenangan tok dengan cucu-cucu. Saya sangat bersyukur dan gembira. 😍♥️

Saya masih di KL. Ok ler. Jumpa lagi ye.

16 comments:

  1. wah Nur kat KL lagi ke? boleh datang beraya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah nak balik hari ni, Ako. Huuu...

      Delete
  2. bestnya dpt berkumpul satu keluarga. selamat hari raya...

    ReplyDelete
  3. Hehe besar dapur.
    Muda nampak makciknya.
    Seronokkan berkumpul semua. Sayapun sampai senyum lebar apabila bergambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah bapak open concept. Tu nampak macam dapur besar. Buka pintu dah nampak tingkap dapur. Hehe..
      Makcik nampak awet muda, sebab badan kecil. Sudah 60 lebih juga, umur makcik.
      Ye, NA. Moment paling indah, bila dapat bersama keluarga. :)

      Delete
  4. selamat hari raya dan maaf zahir batin...saya seronok baca kisah famili dalam suasana raya...terbaik gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Encik Hanafi. Maaf zahir batin juga.
      Mekasih, Encik.

      Delete
  5. org sarawak blk sini tiket pun sama mahal jg ke mcm dr dr sini ke sn time perayaan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tak pasti pula saya, Anies. Tapi kakak kedua tu beli tiket awal pukul 6 pagi, dapat harga RM300. Kalau waktu lain, tak dapat, dia kata. Naik MAS.

      Delete
  6. Replies
    1. Selamat hari raya, Carneyz. Maaf zahir batin... :)

      Delete
  7. seronok dapat berkumpul lengkap sekeluarga....gegirls semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Saya tiga adik beradik semua pompuan. Pastu rezeki Allah bagi, anak saya tiga-tiga lelaki. Hehe... Alhamdulillah.

      Delete