Showing posts with label My transformation. Show all posts
Showing posts with label My transformation. Show all posts

Stop gula dan nasi

 Saya la. Mula dari semalam. Saya berhenti minum air manis. Dan tidak makan nasi. Terpengaruh dengan suami saya. 

Suami saya sudah agak lama juga tak minum air manis. Walaupun minum kopi, dia akan pesan Americano tanpa gula. Suami saya ada makan ubat kencing manis. Saya pun ingat-ingat lupa. Tapi rasanya, sejak dia balik dari kursus fitness somewhere in December 2023, dia sudah mula berhenti minuman manis. 

Nak kata bersenam setiap hari tu, tak juga. Sebab suami kerja shif, jadi bila dia tak kerja, dia rehat rumah. Cuma kadang kalau time dia belum masuk kerja dan saya nak pergi lari, dia ikut sekali.

Suamiku berjalan santai.

Suami saya tak nampak macam orang yang punya BMI obese, sebab dia tinggi. Untungla. Bukan macam kita yang renek ni, bila everweight je sikit, dah nampak lebor.

Saya ada baca di blog kawan-kawan juga, seperti MamaTisya dan SK, juga ada berhenti minuman manis. Baguslah yek, tahun baru, usia semakin bertambah, bila lagi kita nak jaga makan dan jaga kesihatan. 

Saya kongsi perbezaan suami saya, ye. Tak lama la, rasanya, dalam 2 bulan juga baru suami berhenti minuman manis ni. Dia masih makan nasi. Kadang bila hari off kerja, ajak saya cari nasi kandar. Hehe..


Berat sebelum: 95 kilogram

Berat selepas: 90 kilogram

Perut sudah makin mengecil. Hebat abe ku..! Slow-slow ye, kita berusaha...! 💪💪

Bukan senang. Banyak air sedap-sedap kat luar sana. Kopi blended yang ada topping, teh tarik, cendol, memang perlu kuat untuk tolak godaan air manis. 

Saya pun terikut lah sekali. Baru mula semalam. Saya tak keluar lari. Cuma jump rope di rumah. Selain tu, saya ada buat IF juga, 16 jam. 

Berat hari ini: 59.5 kilogram

Hari sebelum mula berhenti air manis, berat adalah 61 kilogram.

Hari ni, saya timbang, setelah sehari stop air manis: 59.5 kilogram. 

Turun 1.5 kilogram.

Itu pun saya tak pergi lari. Bersenam di rumah sahaja. 

Jadi, betullah apa yang dikata, jika nak kurangkan berat badan, kurangkan atau berhenti minum air manis.

Doktor Zaidul Akbar kata, challenge yourself, satu minggu:

1) Jangan guna minyak

2) Jangan ambil makanan based on tepung

3) Berhenti gula

4) Berhenti nasi putih

Selain seorang doktor, beliau juga adalah seorang pendakwah, konsultan dan pengamal pengubatan sunah dari Indonesia. Kalau tak kenal, boleh google saja beliau. 

Saya tak mampu buat keempat-empat di atas, buat masa sekarang. Tapi, bolehlah cuba mana yang mampu. Sihat, supaya dapat buat amal ibadat. Tak lama lagi nak puasa. Marilah kita sama-sama jaga kesihatan. Ayuh! 

Jumpa lagi, ye. 😊

Salam Maal Hijrah

 Jumaat, 29 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Saya tak update lagi tentang larian semalam. 😁


Semalam, iaitu hari Khamis, saya telah jogging sejauh 8.01 km, selepas hantar anak kedua ke sekolah.

Gambar menunjukkan nasi goreng yang saya masak awal pagi, sebelum Subuh. Saya dan suami bersarapan nasi goreng di atas, bersama telor rebus sorang sebiji. 😋

Waktu petang, pergi jalan-jalan di Aeon Seri Manjung. Makan di Restoran Mama Mee Yah. Pertama kali cuba makan di sini.


Saya lupa nama menu yang saya makan. Tapi lebih kurang mama mee dry namanya, ada kepingan daging itik, sosej dan telor sebiji. Rasa dia macam mee goreng ibumie yang saya pernah masak kat rumah. Saja cuba makan tempat baru. Tapi dah merasa, tak masuk dah kot. Sebab minuman dia semua sejuk. Tiada minuman panas. Terpaksa minum ice-lemon tea. Minum sikit je. Bawa balik, bagi anak.

Sekian cerita semalam. 

Pagi tadi, saya pergi beriadah dengan suami. Dia off kerja. Lepas hantar anak sekolah, kami pi jogging kat padang di Sitiawan.


Saya semput jogging kat padang ni. Tanah tak rata. Biasanya, jogging atas jalan tar. Latihan yang baik untuk larian denai. Sempat lari sejauh 6.33 km. Saya terlaju, terbuat pace 8. Lepas tu, semput. Kemudian saya sambung jalan dengan suami. Dia buat 6 km.

Dapat lencana berikut dari aplikasi Strava.


Lencana sudah mencecah 200 km berlari di bulan Julai. Alhamdulillah.

Lepas jogging, pergi makan di kedai makcik bawah pokok.


Saya makan rojak dengan nescafe o panas.

Kami ada tapau 3 bungkus nasi lemak. Bila kakak kedai datang hantar nasi lemak, dia kata, nasi lemak tu dah ada orang bayar. Masa awal pagi, ada orang dah bayar harga untuk 1 tong nasi lemak makcik tu. Jadi, siapa yang order nasi lemak, percuma, tak payah bayar. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki orang yang belanja nasi lemak.

Last sekali, saya nak share gambar saya, dulu dan sekarang.

Topi dan orang yang sama

Tiga tahun yang lalu, saya masih overweight. Tapi saya dah masuk event larian dah. Tak peduli saya, orang cakap saya makcik punggung besar la, slow la, lari ke, jalan ke, asal ada event yang dekat dengan rumah, dan suami izinkan, saya masuk je. Kasut lari tahun 2019 tu, jenama Gatti. Kasut buatan Malaysia. Saya beli kat kedai kasut cina je. Saya pun dah lupa berapa harga dia, tapi puluh-puluh je la, tak sampai seratus. Dengan kasut tu la, saya masuk Hulu Langat Marathon tahun 2018, 42 km, 8 jam habis. Dia punya cut-off time, 10 jam. Alhamdulillah, gemuk-gemuk pun, semua event yang saya sertai, sampai ke garisan penamat dengan selamat.

So, kalau ada orang merendah-rendahkan anda, cakap anda macam-macam, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Buat je apa yang anda rasa betul, dan anda suka. Just do it! 

Ok la, tu je. 

Jumpa lagi ye. Salam Maal Hijrah. Semoga kita diberi kekuatan olehNya untuk ubah diri menjadi lebih baik. 

Terkonang semasa dulu...

 24 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Hujan lagi pagi tadi. Saya tetap pakai macam nak pergi jogging. Memang saya kena keluar rumah pun, untuk hantar anak kedua ke sekolah. Kadang pukul 7, hujan pun berenti. Menaruh harapan hujan berhenti supaya dapat jogging. Sudah hantar anak, saya pergi ke tempat jogging. Masih hujan, tapi hujan halus tu. Saya jogging je. Tengok whatsapp, ada kawan tanya, ada sapa turun ke. Bila saya cakap saya dah ada di tempat jogging, dia pun turun sama. 


Masa mula lari, hujan halus. Sekali makin lama, makin lebat. Tapi on and off. Orang gila lari, tengah-tengah hujan pun berlari. Bila hujan makin lebat, kami berhenti, balik rumah. Takut pula, sebab ada dengar bunyi guruh. Sempat la 8.62 km jogging pagi tadi. 

Gambar di atas adalah gambar masa lalu highway WCE, waktu petang. Cantiknya, bagi saya. Saya suka tengok sunset. Saya ada satu memori, bila waktu petang, rasa macam sayu, teringat dulu-dulu, waktu petang, naik bas, nak balik rumah, dari itm jengka, lalu highway karak, bila duduk tepi tingkap, tengok sunset. 

Jauh dah perjalanan kita. Alhamdulillah, happy dan syukur atas segala nikmat dan rezeki olehNya. Saya tengok gambar-gambar dalam external hard disk saya, bila tengok video anak-anak masa kecik, rasa, alahai, dah tua dah aku... 😂 

Meh tengok transformasi saya.


Gambar kiri, masa anak ketiga baby lagi. Rasa, macam masih dalam pantang, sebab baby masih berbedung. Masa raya ni. Pastu bengang la, sebab malam raya tu, bunyi mercun la, bom atom la, tengah-tengah malam. Baby tengah tidor pun terkejut, jaga, melalak.. Hehe.. anak ketiga dah cool sikit, masa anak pertama, meroyan dibuatnya. Hahaha.. eh, saya tak tipu, tau. Lepas saya beranak kali pertama tu, kepala otak saya tak berapa sihat, siap family saya bawa jumpa pakar psikiatri di hospital. Kena diagnosed post-partum blues, atau meroyan. Alhamdulillah, boleh baik. 

Jangan sekali-kali banding hidup kita dengan orang lain. Syukur je apa yang ada. Kita lebih kuat dari apa yang kita sangka. 

Gambar kanan, gambar baru ambik, dalam minggu ni. Alhamdulillah. Dah sedar diri. Masih cuba perbaiki diri dan istiqamah. 

Ok la ye. Jumpa lagi.

Berita gumbira

 20 Ramadan 1443 Hijrah.

Cepat, kan... dah masuk 10 malam terakhir. Huuu... 

Hari ni start lewat sikit jogging. Kadang dapat hantar anak awal ke sekolah. Kadang, pi melabur dulu la. Gitu ler..


Jogging sejauh 5.85 km. Alhamdulillah, syukur Allah bagi nikmat sihat.

Gambar menunjukkan burung merpati tengah makan nasi. Biasanya kalau tinggal nasi lebihan sahur tu, saya letak atas rumput depan rumah. Burung merpati ada, burung pipit, burung gagak pun ada datang makan. 😁

Berita gumbiranya adalah, saya baru lepas daftar masuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah! Lamanya tak join event lari betul. Sepanjang musim pkp yang lalu, banyak acara larian dibatalkan. Ada yang saya dah daftar, penganjur pos baju dan medal, sebab event dibatalkan. Ada juga penganjur yang kembalikan wang daftar melalui bank. Tak sabar saya, bulan Oktober nanti, larian ni, di Kuala Kangsar. Saya pernah masuk sekali dulu, masa tahun 2017.

Makcik gendut di tepi sawah 😁

Itu la dia, saya, 5 tahun lepas. Percaya atau tidak, saya pernah lagi besaaaaar dari gambar di atas. BMI obese, tau.

Ni gambar saya sekarang, ambil masa jogging di Esplanade Lumut, 2 hari lepas.


Lari untuk sihat. Bila sihat, boleh jalankan tanggungjawap kita dengan riang ria, boleh beribadat dengan selesa. Alhamdulillah.

Excitednya saya, padahal event lambat lagi. Hehe...

Baiklah. Jumpa lagi, ye.