Biskut Bundar

 Rabu, 21 Ramadan 1444 Hijrah.

Semalam, hari Selasa, saya tak pergi lari. Saya buat biskut bundar. Orang Perak panggil, biskut bundor.

Sediakan dulu bahan-bahan nak buat biskut.

Semasa sudah bahagi dua adunan, satu biar warna asal, satu warna merah. 

Guna plastik cling wrap untuk gelek doh. Guna 2 lapis, satu atas, satu bawah, supaya senang kita nak transfer dia atas satu sama lain.

Bawah plastik, tengah doh. Atas plastik. Gelek atas plastik, hingga doh jadi nipis.

Tanggalkan plastik atas doh, dan sedia untuk letak doh merah atas doh warna asal. Doh merah tu, tanggal dulu plastik atas dia, guna tangan untuk agak-agak kedudukan lebih kurang sama dengan doh bawah. 

Terbalikkan doh merah atas doh warna asal. Trim lebihan doh keluar. Takpe kalau ada rekahan dan saiz tak sama. 

Gulung perlahan-lahan, sambil merapikan supaya rapat.


Lepas gulung, potong, dan inilah hasilnya. Susun atas dulang pembakar.

Lepas keluar oven, sejukkan sebelum masuk balang. Yang kenit-kenit kat depan tu, bahagian tepi gulungan. Bentukkan je la, asal jadi rupa bulat. Takpe takde corak spiral tu pun, sendiri juga mau makan. 

Comel tak saya? 😁

Dapat 2 suku balang. Kanan tu, balang besar dari biasa. Kalau guna balang biasa, rasanya dapat 3 kot. 

Alhamdulillah. Kanan, biskut hitam sikit. Biasalah, mula-mula bakar, dah lupa camana biskut ni bila dah masak. Warna merah tu akan jadi pudar. Yang balang kiri, cantik sikit rupa dia.

Banyaknya gambar saya letak. Supaya anda boleh dapat gambaran camana nak buat biskut ni. Saya dulu tak tahu guna plastik cling wrap tu. Guna tangan je masa nak transfer doh atas doh. Adunan pula jenis rapuh, tak berapa melekat. Mula-mula dulu, jadi roti canai la. Nak nangis pun ada. Tapi kita try and error la. Main-main dengan doh ni. Macam main playdoh atau plastisin tu. Ia boleh dibentuk. Kalau berlubang di tengah tu, makna masa kita gulung, kita tak tekan dia rapat-rapat. Tapi nak tekan rapat kang, penyet pulak. Dia kena lemah lembut juga, tapi tegas. Hehe... 

Sedap biskut ni, anak-anak saya memang suka. Raya lepas, saya tak buat, anak-anak tanya. Tahun ni, sebelum deme tanya, saya buat la. Bagi deme happy. 

Baik, saya kongsi resepinya, ye.

Biskut Bundar

Bahan-bahan:

150 gram gula castor

175 gram mentega

350 gram tepung gandum

75 gram tepung kastard

35 gram tepung jagung

2 biji kuning telur

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla

Pewarna merah

Cling wrap untuk tolong gelek doh

Cara-cara Membuatnya:

1. Ayak tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder dalam mangkuk adunan.

2. Dalam mangkuk mixer pula, pukul gula dengan mentega hingga kembang. Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu dan kacau lagi hingga rata. Tambahkan esen vanilla.

3. Masukkan kesemua tepung yang telah diayak awal tadi. Gaul dan uli adunan hingga rata dan lembut. Jika adunan lerai tak mau dibentuk, tambah mentega sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan merah dan satu lagi, biarkan tanpa warna. Ulikan satu persatu kemudian canaikan bahagian tidak berwarna. Guna 2 helai plastik masa roll. Satu atas, satu bawah. Selepas itu, lapiskan atasnya dengan yang berwarna merah. 

5. Gulungkan adunan kemas-kemas. Setelah itu, potonglah anggaran tebalnya 1.2 cm.

6. Aturkan di atas dulang pembakar dan bakarlah sehingga masak. Suhu oven 180 darjah celcius.

Selamat mencuba, dan jumpa lagi... 😊

17 comments:

  1. Baru sy tahu namanya Biskut Bundor. Tengok pada bahan2nya, memang sedaplah tu, patut anak2 suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SK. Selalunya, kalau buat, biskut ni habis dulu.

      Delete
  2. rajinnya akak ni banyak jenis dah buat,brp jenis dah siap kak?tolong la tiup rajin tu sampai ke Kuantan juga kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 jenis, Afzan, yang homemade. Yang tunjuk dah tinggal 2.
      Fuh fuh fuuuuuhhh... ha, sambut Afzan, akak tiup ni..

      Delete
  3. Mrs.A pun suka biskut ni dulu masa kecik-kecik suka tolong mak buat . Tapi tak guna flavor merah guna sebuk koko je so jadilah warna cekelat-cekelat kehitaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye.. betul, Mrs. A. Kalau tak nak guna pewarna, guna serbuk koko je.

      Delete
  4. wahh namanya biskut bundar ye.
    ini kalu tukar guna chocolate syok jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga tu, Ana, gantikan pewarna merah dengan serbuk koko.

      Delete
  5. tak penah mkn n nampak. selalu jumpa yg dlm balang yg org jual kt kedai runcit tu. tp saiznya lg bsr. tu kuih yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti, Anies, sebab saya tak pernah jumpa orang jual.

      Delete
    2. ok ok nnt sy jumpa sy share kat blog😁

      Delete
  6. oo..nama dia biskut bundar....cantik warnanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nohas. Resepi, turun temurun dari arwah mak.

      Delete