Showing posts with label Yoga. Show all posts
Showing posts with label Yoga. Show all posts

Dinner semalam dan exercise semula

 Khamis, 27 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam, saya dan suami pergi la jalan-jalan cari makan. Dekat-dekat kawasan rumah je. Pusing punya pusing, kami pun berhenti makan di Medan Selera Musang King. 

Gambar ehsan Google

Dulu masa di tempat lama, medan selera ni banyak jual durian musang king. Bila pindah tempat baru, ia masih kekalkan nama yang sama. Nama pun medan selera, jadi konsep food court.

Macam-macam jenis makanan ada. Pilih je, ikut selera, nak makan apa.


Saya pesan fish and chips. Harga fish and chips, RM15. Suami pula tak tahu nak makan apa. Dia bila tengok banyak sangat pilihan, memang susah nak memilih. Dia suruh je saya pesan apa-apa, dan kami share makan. Oleh itu, saya pun pesan yong tau fu sup.


Biasalah beli yong tau fu, kena pilih-pilih dulu, masuk dalam bakul, pastu dia tanya, nak sos hitam ke, sup? Saya pilih sup. Sebab pernah terkena, makan yong tau fu sos hitam, sosnya masam. Serik rasanya. Bukan semua tempat sedap sos hitam tu. Sup je lebih selamat. Harga yong tau fu, RM21. Letak sambal dia sikit, kuah sup pula panas-panas. Memang sedap la, makan sambil pejam-pejam mata, gitew... Alhamdulillah.

Awal pagi ni, hujan lebat. Syukur, hujan rahmat di pagi hari. Lebat dan lama pula hujan turun. Saya berkira-kira nak pergi lari ke tak, lepas hantar anak sekolah. Last-last, saya lari dalam rumah sahaja. Saja test, kot apa-apa jadi pada saya, saya dalam rumah. Tapi saya fikir, saya sudah cukup kuat untuk bersenam semula. 


Saya berhenti bila sudah cukup 10 ribu langkah, atau 5.67 kilometer. Alhamdulillah, tak ada rasa pening masa indoor running.

Gambar di atas, bapa saya whatsApp. Baru siap, gambar raya yang kami ambil di kedai gambar. Saya tengok, mak aiii... kedai gambar ni guna filter cerah, sampai udah rupa family Edward Cullent cerita Twilight dah rupa kami dalam gambar di atas. Tak caya, cer kome zoom-in. Hahaha... tipu tau, kita orang tak seputih itu.

Sebab berlari itu posisi menegak je. Jadi, saya nak test diri sendiri, mari kita buat posisi kepala ke bawah, tunduk lama-lama sikit, pening tu datang lagi tak.

Nota yoga saya. Print out dari internet. Tak puas la refer telefon. I am very the old fashion.

Alhamdulillah. 20 minit sesi yoga pagi tadi, tiada rasa pening. Yay! Saya lebihkan minum air, dan rehat juga. Suka saya.

Hari tu masa saya pening tu, macam-macam fikiran buruk ada dalam kepala saya. Agak sukar untuk fikir positif bila badan dalam keadaan kurang baik. Yang saya tak suka, saya tak boleh solat, sebab semua jadi berpusing masa sujud. Itu la, padan muka aku, masa boleh solat, ko tak solat awal waktu kan. Solat Asar ko, pukul 6. Tuhan tarik nikmat solat tu. Walaupun kita boleh je solat sambil baring. Tapi, rasa tak best la, sebab nikmat sujud tu, hilang. Satu pengajaran pada saya. Harap dapat istiqomah untuk letak Dia nombor 1. 

Ok la ye. Jumpa lagi. 😊