Rumusan larian Mac

 Selasa, 13 Ramadan 1444 Hijrah.

Kita sudah pun melangkah ke bulan April. Cepat, kan. 

Masuk saja ke bulan baru, saya akan buat rumusan larian pada bulan sebelumnya. Saya tidaklah berlari hari-hari. Ada hari, rehat. Ada hari, malas. Hehe.


Tudiaa.... banyak hari rongak, tak pergi lari, bulan lepas. Bila setiap kali tak lari, berlanjut-lanjutan malas hingga ke 3 hari. 

Jumlah jarak larian Mac: 116.3 km

Purata larian dalam sehari: 3.8 km

Purata larian dalam seminggu: 29.1 km

Ada 5 hari di bulan Mac, saya buat larian 10km. Alhamdulillah. 


Jika dibandingkan dengan bulan Februari, ada peningkatan sikit.

Jumlah jarak larian Mac adalah 116 km, manakala di bulan Februari, jumlah jarak larian adalah 79 km sahaja, tak sampai 100. Sikit, sikit. Kita cuba lebih baik. Lawan perasaan malas itu.

Aktiviti berjalan pun sama juga, ada peningkatan. Bulan Mac, saya berjalan sejauh 6 km, manakala di bulan Februari, sejauh 2 km sahaja.

Bulan Mac punya larian, ada 22 larian, manakala bulan Februari kurang sikit, ada 18 larian.

Bulan Mac punya berjalan, ada 9 aktiviti, manakala bulan Februari, cuma 2 kali berjalan.

Camana pun, aktiviti **Kardio lebih banyak di bulan Februari. Februari cuti sekolah, saya banyak duduk rumah, main badminton dengan anak bongsu. Bulan Mac dah kurang dah cardio, anak dah mula sekolah. Saya ajak dia riadah hujung minggu, selalu tak mau ikut. Apatah lagi sekarang, bulan puasa, lagi tak nak ikut. Ajak jalan-jalan pergi pasar ramadan pun, tak nak ikut. Huuu....budak-budak sekarang.

Secara keseluruhan, bulan Mac, saya lebih banyak berlari. Harap dapat buat lebih banyak jarak bulan April ni. Buat mana mampu sahaja. 

**Aktiviti kardio adalah sebarang bentuk senaman yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung seseorang. Contohnya, bukan setakat berlari sahaja, malah berjalan laju, lompat tali, menari, daki bukit, berenang, bertinju, lompat bintang, berbasikal, futsal dan sebagainya. 

Tak penat ke, lari bulan puasa ni? Tak, saya suka lari. Saya pelari siput. Bila letih, saya berhenti. Lagi satu tips untuk berlari di bulan puasa, jangan buka mulut. Ambil dan hembus nafas ikut hidung. Kalau buka mulut, mulut kering, nanti rasa nak minum air pulak. Tu pasal, kena slowjogging. Langkah kecik-kecik je. Baru tak penat, ok.

Majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri. Hehe.. jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Saya kena ada something utk push saya berlari contohnya join run. Tapi skrg saya tak boleh lari, brisk walking je pun dah buat lutut dan belakang sakit 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa.. kenapa tu, Carneyz? Susah juga ye, kalau brisk walk pun ada rasa sakit.

      Delete
  2. Tahniah. Kekalkan momentum.

    ReplyDelete
  3. Syabas Nur! Ada peningkatan berbanding bulan sebelumnya.

    Saya mendaki pun amalkan jangan buka mulut. Sesekali buka untuk melepas lelah. Memang berkesan untuk atur pernafasan dan tak cepat sangat letihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Ujie.
      Ye, betul tu. Kita berlatih pernafasan kita, bila kita bersenam, mulut bertutup. Professor Dr. Tanaka, yang kenalkan slowjogging, juga sarankan lari sambil tutup mulut.

      Delete
  4. fuhhhh👏👏👏👏👏 tahniahhhh x pe rongak sikit2 nnt boleh cover blk bla dpt semangat tu💪💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Anies. Itu la dia. Harap dapat konsisten berlari. Insya-Allah.

      Delete
  5. waahhhh tahniahhh! seronok nya wlu ada lobang-lobang tp yg penting momentum tetap diteruskan wlu dlm bln puasa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Ana. Akak buat mana larat je, Ana. Ada hari, off juga.

      Delete
  6. chaiyok!! jauh jg tu 116km....ooo. selalu time exercise, sedut udara ikut hidung & lepaskan melalui mulut...boleh try nanti...tutup mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, nohas.
      Ye, sangat membantu bila berlari di bulan puasa.

      Delete
  7. sy x bbrp bulan x buat briskwalk.. balik keja skrg pn dh penat.. harap trn naik tangga & berjalan antar ambik anak ke sekolah je utk capai kpi sehari tu

    ReplyDelete