About

Nama saya Nur. Umur 45 tahun.

Blog ini adalah diari larian saya. Saya suka lari. Hari-hari saya lari. Lari buat saya sihat, fizikal dan mental. Alhamdulillah atas nikmat berlari yang Allah pinjamkan. 

Selain itu, saya juga berkongsi diari harian saya sebagai seorang surirumah. Saya ada 3 anak lelaki. Saya tinggal di Lumut, Perak. 

Saya juga berkongsi tentang hobi saya, iaitu mengait. Mengait merupakan terapi minda bagi saya. Saya belajar mengait dua jarum (knitting) dari ibu saya, sejak saya masih belum masuk sekolah lagi. Manakala mengait satu jarum pula (crochet), saya belajar sendiri, dari youtube.  Saya mengait suka-suka je. Saya tidak ambil tempahan produk kait, sebab jadual saya yang sibuk. Takut nanti pelanggan kena tunggu lama. Nak siap satu produk kait pun, boleh ambil masa sebulan. Ha, slow betul, saya mengait, sama macam pace saya berlari juga. Slowjogging. Laju-laju, nak pi mana? Hehe...

Apa yang saya tulis di blog ini, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda ingin mulakan aktiviti senaman, sebaiknya minta nasihat doktor dulu. Dengar cakap badan masing-masing, ye. 

Terima kasih kerana sudi baca blog saya ni. 


No comments:

Post a Comment