Tengok panda comei di Zoo Negara

 Jumaat, 7 Syawal 1444 Hijrah.

Saya sekeluarga pergi Zoo Negara pagi tadi.


Dah lama tak pergi zoo. Kali terakhir, masa anak-anak kecil lagi, belum mula sekolah.

Dapat jumpa Oyen, yang kawan baik dengan capybara tu.

Oyen

Cerita pasal Oyen dan capybara adalah seperti berikut. Boleh klik tangkap layar di bawah untuk baca.


Besor juga la haiwan capybara ni. Comei je tengok. 


Cuaca agak panas. Kesian tengok haiwan-haiwan ni. Ada yang nampak muka agak bosan, macam chimpanzi di bawah.


Termenung dia, memikir masa depan agaknya. Elok duduk tenggek atas batang pokok.

Bijak haiwan-haiwan ni. Bila bosan termenung, dia riadah pula, buat senaman bergayut ke sana, ke sini, macam orang utan di bawah.


Udoh macam karpet saya tengok bulu orang utan ni.

Sebab utama pergi zoo, nak tengok panda comei. 


Halah halah... Terletak je dia duduk sambil gigit buluh tu. Lepas satu, satu, dia amik, leraikan. Tak nampak macam dia makan buluh tu. Lebih kepada dia gigit dan leraikan kecil-kecil depan dia. Berikut info tentang buluh yang panda comei ni gigit-gigit tu.

Ooo... Buluh special, makanan dia.

Selain giant panda yang sedang makan buluh di atas, ada juga baby panda. 

Selpiaq dengan baby panda

Dia macam gatai badan. Dok gosok-gosok badan dengan pelantar kayu tu.


Siap ada gelongsor lagi, supaya baby panda boleh main. 

Comeinya, tengok. Tempat panda ni, kita boleh masuk selama 5 minit je. Tapi sebab masa kami masuk, tak ada ramai orang, petugas zoo tu tak de suruh keluar, walaupun rasanya lebih 5 minit la kami duduk di tempat panda ni.

Saya ringkaskan entri ni, ye. Kalau nak cerita tentang semua binatang, penuh la dengan gambar. Lepas tu, kami ada tengok kuda belang, zirafah, gajah, seladang, harimau, dan banyak lagi.

Saya rasa, banyak binatang saya dapat tengok dengan dekat, banding di zoo taiping. Contohnya, macam cheetah di bawah.


Elok cheetah ni, duduk diam je depan pagar. Juga nampak dia termenung, memikir masa depan, macam chimpanzi jugak.


Burung ni pun satu. Bebas berjalan tepi kita, datang dekat kita, terbang rendah atas kepala kita. Macam burung dalam jurassic world ler, dia punya saiz, bila dia depakan sayapnya. Nasib baik dia tak 'melepas' atas kita. 🙈


Adakah ini kerusi asal tempat P. Ramlee dating dalam cerita Masam Masam Manis? Hehe..

Lepas keluar dari zoo, saya dan keluarga ke Decathlon Shah Alam, beli barang sukan sikit. 

Lepas tu, kami pun bertolak balik Perak.

Syukur Alhamdulillah, selamat sampai.

Gitu cerita hari ni. Seronok, dapat tengok binatang. Letih dan berpeluh-peluh, sebab panas.


Gambar kenangan kami sekeluarga di zoo. Topi panda yang dua orang anak pakai tu, dia boleh gerak-gerak bahagian telinga, beli di kedai cenderahati zoo.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

6 comments:

  1. Replies
    1. Ha ah, Ako. Kakak dah belikan tiket awal-awal, online. :D

      Delete
  2. terbaik la masa Raya ...dapat pergi ke Zoo lagi...tahniah gaya dan teknik menulis semakin seronok dibaca....saya baca sampai habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih, Encik Hanafi, sudi baca sampai habis.

      Delete
  3. percaya tak? sepanjang sy ddk kat melawati sekali pun x penah sy g zoo negara?😂😂 pd hal anak jiran zoo keeper kat situ. kalau lalu dpn zoo berjuta kali dah😁😁 konon ms panda dtg situ nk pegi laa sekali... hmmm

    comel je oyen layan capybara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya, percaya. Sebab saya yang duduk dekat jeti Pangkor ni pun, dah berpuluh tahun tak turun ke Pangkor. Hehe...
      Memang, Anies, comei-comei tengok binatang kat zoo. Kesian pun ada. Nasib baik saya tak tinggal dekat zoo. Kalau tak, nak je jadi sukarelawan kat zoo.

      Delete