Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Cheat day

 Jarang balik kampung. Jadi, diet tak makan nasi tu, kita tolak ketepi dulu, ye. Rugi ler, kalau tak makan nasi sini. Sedap, wei...

Pagi tadi, kami makan di kedai nasi berlauk kak chik. 

Dah gaul nasi dengan kuah, baru teringat nak ambil gambar.

Saya makan nasi lauk daging kerutuk. 😋

Ini kedainya, kedai nasi berlauk Kak Chik.

Dekat juga dengan rumah mak mentua saya.

Ambil juga karipap sardin dan kuih akok.

Hujan dari pagi, tak berhenti. Saya buat senaman ringan je, 20 minit. Suami ajak keluar cari putu halba. Makanan yang ada waktu musim hujan je, di kelantan. Jadi, kami pun keluar pergi pasar Wakaf Baru. 
Ada je banyak orang jual putu halba di tepi-tepi jalan, tapi orang niaga kata, kena tunggu lama. Orang dah tempah, kena tunggu setengah jam. Itu yang kami pergi pasar dulu, nak cari barang.


Saya beli rempah kerutuk, serbuk kari, gula nise (gula melaka) dan lada putih siam. Rempah kerutuk dan kari tu, tak sama tau, rasa dia, banding kita guna rempah kari baba ke, adabi ke. Special rempah dia. Tu pasal kalau kita masak kari ayam guna rempah beli di Perak, tak kan sama dengan rasa gulai nasi berlauk kelantan.

Habis beli barang, jumpa orang jual lokcing.

Jumpa orang jual lokcing luar pasar.

Beli dulu. Harga lokcing, 3 cucuk, RM1. Lepas tu, makan dalam kereta.
Lokcing


Lokcing atau sate ikan. Sedap, makan panas-panas. 😋 Dah habis makan, baru kami jalan. Akhirnya jumpa orang jual putu halba di Morak.
Putu halba

Putu ini dibuat dari ubi kayu. Saya makan 3 biji je, sudah kenyang.
Anak saudara suami pula datang rumah, bawa ubi kayu rebus. Cicah kelapa.

Putu halba, ubi kayu rebus bersama kelapa parut dan air kopi panas.

Makanan di waktu hujan. Alhamdulillah. Kenyang.

Ok. Sekian laporan makan-makan setakat ini. Jumpa lagi, ye. 😊

Cerita hari Jumaat

 Jumaat, 14 Syawal 1444 Hijrah.

Salam Jumaat, semua... 😊

Hari Jumaat sibuk sikit, sebab anak-anak balik sekolah awal. Lepas lari, kena cepat-cepat mandi dan masuk dapur, masak, supaya bila anak-anak dah balik, ada benda nak makan. 

Semalam punya ayam goreng tinggal 2 ketul. Saya goreng lagi ada ayam dalam freezer. Kemudian, saya sambalkan. Eh.. ada ke perkataan 'sambalkan'? Hehe..


Simple je. Buat lauk berbuka. 

Bila tengah tunggu anak balik sekolah bawah pokok, Encik Ninja Van whatsapp, cakap nak delivery barang. Takpe, letak je kat pagar, jap lagi je saya balik.


Saya terbeli tudung online. Dua tudung, harga RM50. Tudung jenis ada tali, tie-back. Baru nak berjinak-jinak pakai tudung jenis ni. Saya tertarik sebab tengok video orang pakai, terletak je awning tu, dan nampak kemas. Tak perlu pin. Tak perlu gosok. 

Dasar orang perempuan. Dah ada banyak tudung, beli lagi. Aritu raya, dah beli tudung bawal. Ye la, ini last, ok. 

Babai. Jumpa lagi. 😊

Tutup untuk hormati solat Jumaat

 Kami pergi Aeon Kota Bharu dekat-dekat pukul 11 pagi. Ada barang rumah nak cari. Selesai beli barang di Mr. DIY, saya dan anak bongsu tunggu di luar kedai, sementara suami beratur untuk bayar di kaunter.

Ada pengumuman berkumandang, mengatakan Aeon akan tutup dalam masa setengah jam, iaitu pukul 12.30 hingga 2.30 petang, bagi menghormati waktu solat Jumaat.

Wow. Pertama kali saya tengok macam ni. Setahu saya, waktu maghrib yang kedai-kedai akan ditutup. Bukan tutup, cuma tokei kedai akan pergi solat, tinggal kedai macam tu je. Tapi takde barang kena curi ke apa.

Pintu kedai ditutup. Semua pelanggan keluar. Tinggal yang tengah nak bayar je, dalam kedai.

Bagus kan, bukan macam negeri lain. Kaum lelaki tanpa segan silu membeli-belah masa waktu solat jumaat.

Jem di kawasan parking, untuk keluar Aeon

Saya rasa, bagus sangat dia buat macam ni. Cuma kalau boleh, tutup pagar yang beri orang masuk ke parking. Sebab saya tengok, masa orang berpusu-pusu keluar, masih ada kereta yang masuk ke dalam Aeon. Mereka tak tahu yang kedai-kedai dalam Aeon sudah tutup. 

Sebagaimana kedai di dalam tutup separuh pintu menghalang orang masuk, macam tu juga pagar luar, harus ditutup.

Lagi satu, tambah mesin bayar tiket. Bila ramai-ramai, mesin jadi jem, masuk duit seringgit, duit keluar balik. Orang beratur panjang untuk bayar tiket parking.

Ramai orang luar balik kelantan, jadi mereka tak tahu akan perkara begini.

Esok raya pertama, sila kunjung-mengunjung rumah saudara-mara, dan bukan pergi shopping ye. Lagi pun, semua kedai atau mall ditutup esok. Saje, bagitau. 😊

Jumpa lagi ye.

Cerita shopping

 Rabu, 7 Ramadan 1444 Hijrah.

Hari Ahad lepas, saya dan suami ke Ipoh, nak shopping baju raya. Anak kedua tak mahu ikut, jadi saya ambil ukuran badan dia, tulis siap-siap, supaya senang nak beli. Anak kedua ni, dia ada workout sikit. Jadi, bahu dia agak lebar. Malah, dia lebih tinggi dari abang sulung dia. Baju melayu dia dah singkat, jadi kena cari baru.

Anak bongsu pun tak mahu ikut jugak. Tapi dia kata, boleh je pakai baju raya tahun lepas. Apa pun, kena test dulu, suruh dia pakai. Ok, masih muat. Jadi, tak perlu beli baju dia.

Kami terus tuju ke Angsana Mall, Ipoh. Kami jarang datang sini. Dulu, tempat ni dikenali sebagai Greentown Mall. Tapi bila saya search online, banyak benor orang promosi baju-baju raya ni, lokasinya di situ. Jadi, kami pun pergi la.

Angsana Mall, Ipoh. Kredit gambar UDA Mall.

Parking underground, cashless, guna debit kad atau touch and go. Naik atas je, tengok, meriahnya... Dah lama la tak merasa suasana meriah macam ni. Ada 2 tingkat je, mall ni. Tapi bila lalu, ada je peniaga ajak, singgah, kak. Tengok baju, tengok tudung. Yang jual perfume, sembur kat tangan kita. 

Kedai emas Dato Seri Vida pun ada sini. Masa saya lalu depan kedainya, tiada pelanggan, semua orang sibuk cari baju raya kot. Emas tengah mahal. 

Pelbagai pilihan fesyen baju raya ada. 

Selamat, dapat baju melayu untuk anak kedua. Beli ikut citarasa dia, nak kaler gelap. Lepas tu, suami suruh beli baju raya saya pulak. Hehe... malu saya. Saya tak beli pun takpe. Tapi, suami suruh beli juga. Rejeki jangan ditolak. Dapat la baju raya untuk saya. Sebab beli di level ground floor, booth kecil, tiada fitting room, cuba je pakai atas pakaian kita. Alhamdulillah, muat saiz L. **Bior longgor, jangan ketat. 

Pastu, tudung pun beli juga. Sebab jumpa tudung 10 ringgit, 4 segi. Saya ingat dah pupus dah tudung harga 10 ringgit ni. Ada lagi, rupanya. Design pun boleh tahan, sambor lah satu. Hehe..

Pastu, errrr... berapa banyak pastu laaa.... kat belakang mall ni, ada khemah besor, wei... bukan khemah kenduri... ada lagi orang jual barang raya dalam khemah tu.... mak ai... tak cukup ruang dalam mall, sampai ke luor mall, boleh beli belah ye... suka tak? Suka, suka! 😁 Di dalam khemah besor tu, nampak la orang jual kuih/biskut raya. "Macam awal sangat nak beli.",saya tercakap kuat. Pastu orang jual kuih tu cakap,"Lewat-lewat, habis biskut saya, kak, baik akak beli awai. Macam tahun lepas, ramai cari biskut ni, dah habis dah" Oiii... pandai dia bercakap. 

Saya terbeli 4 biskut raya, RM100. Standard harga ye, satu balang RM25. Saya beli biskut chocolate chips, biskut dam, tart nenas dan biskut mazola. Setakat entri ni ditulis, biskut coklat chips dah buka, semalam. Tahan 2 hari je sembunyi dalam almari. Tak tahan. Beli untuk dimakan, ye dak? Kalau habis, kita buat la kuih raya lain. Chewah, bukan main. Tengok-tengok hujung-hujung, beli biskut tunjuk juga kaedahnya. 🙈 

Selesai sudah agenda membeli barang raya. Suami tak mahu beli baju melayu. Dia kata, dah berlambak. Almari pun dah tak cukup tempat. Janganlah ditambah lagi. Baik.

Berikutnya, kami merancang nak pergi pasar ramadan di Batu Gajah. Tapi, masih awal. Jadi, kami pergi Aeon Mall Kinta City pula. Babai, Angsana Mall yang meriah....!

Aeon Mall Kinta City ni, adalah aeon mall yang paling lama di Ipoh. Saya dulu, sebelum tinggal di Lumut, tinggal di Bandar Seri Iskandar, dekat Tronoh, Aeon Kinta City tu ler, tempat pi shopping. Sat sat beli ultraman anak. Beli ultraman anak je, kat situ. Gitew...

Tapi, sekarang, dah banyak berubah kat dalam Aeon Kinta City. Lebih menarik dari Aeon Manjung, bagi saya. Sebab dia ada kedai Himalaya la! Laaa... syoknya! Saya punya syampoo dan cuci muka Himalaya, beli kat Watson. Tapi kat situ, siap kedai ada. Wahhh.... Miseoul pun ada! Saya pernah cerita saya pakai aloe vera Miseoul kat entry di sini. Lagi satu... ada Krispy Kreme!


Laaa, kat Manjung pun takde. Ater, ape lagi, jom kita tapau bawa balik. 


Dari atas kanan, edisi premium hari raya, donut mazola (inspirasi biskut mazola), donut mud chocolate, donut biscoff, donut chocolate ape ntah dah lupa, donut kit kat, dan donut almond.

Lain ye, rasa dia, banding Big Apple atau Dunkin' Donut. Kalau Big Apple tu, saya boleh makan 2 biji sekali. Yang Krispy Kreme ni, makan sebiji dah kenyang! Saya, suami dan anak bongsu je yang makan donut ni. 3 biji makan waktu berbuka, 3 biji makan waktu sahur. 😋😋

Suka saya, sebab jumpa benda yang tak ada kat tempat saya. Lagi satu, saya terbeli ni...


tudung Fazura! Hehe... beli sehelai. Sebab matching ngan baju raya saya. 😁 Tudung 4 segi jer. Entah, sebab bunga kecik. Saya suka. 

Alhamdulillah. Selamat sudah beli baju raya. Kome dah beli belum?

Tu jer la buat kali ni. Jumpa lagi, ye.

**bior longgor : Biar longgar (cakap Perak ler)