Pajeri nanas letak telur

 Isnin, 3 Syawal 1444 Hijrah.

Saya sekeluarga selamat sampai Lumut semalam. Raya kedua kami dah bertolak balik. Semalam, banyak kereta di kedua-dua arah.

Kalau perjalanan balik Tumpat hari tu cuma mengambil masa 6 jam, semalam kami pulang ke Lumut, ambil masa 11 jam. Tudia... Kebas bontot. 

Tak boleh nak bertolak awal dari Tumpat. ada tetamu jauh datang. Lepas tetamu beredar, baru kami bertolak balik Perak. Dalam pukul 11 pagi lebih sikit.

Alhamdulillah, selamat sampai. Walau pun tengah perjalanan, tembung dengan 2 kemalangan. Itu yang tak boleh bawa laju, jalan sesak.

Pagi tadi, saya dan suami pergi jogging sat.


Sempat berlarian sejauh 5.19 km. Alhamdulillah. 

Saya pernah up gambar lebih kurang macam gambar di atas. Burung kingfisher, duduk tenggek atas tembok simen. Memang port burung tu ler, lepak situ. Ada di entri ini.

Siapa yang niaga nasi lemak raya ketiga, mesti habis jualan sekejap je. Orang dah bosan makan hidangan raya, cari nasi lemak pula. Itu la yang berlaku kat sini. Semua makciks yang jual nasi lemak, habis sudah jualannya. Lepas balik jogging la, kami pi cari, nak makan di rumah. Huu.. jumpa juga la satu kedai. Kami pelanggan terakhir. Orang kedai letak habis semua nasi dalam bekas kami. 5 bungkus, nasi lemak berlauk. Saya dah suami kongsi sarapan, makan sebungkus je, sebab dia letak portion banyak nasi. 😋 Alhamdulillah.

Kakak ipar nombor dua bagi buah nanas semalam, sebelum bertolak.


Dia tanam sendiri. Manih leting, dia kata. (Nanas sangat manis).


Sebahagian sikit, kami makan gitu jer. Bakinya, saya masak pajeri nanas.


Ada budak mintak jangan buat pekat-pekat. Dia nak ambil kuah, cicah roti bom frozen. Okay. Kes malas masak banyak lauk, letak sekali telur rebus dalam pajeri nanas, sebab anak-anak tak makan nanas.

Kome pergi beraya mana pula tu? Parking kat Lumut penuh, ramai pergi Pangkor. 

Kome dah start puasa enam dah ke? Saya rancang mula esok, Insya-Allah.

Orait. Jumpa lagi ye. 😊

6 comments:

  1. Wahhh.. dia dah pergi Tumpat dan dah balik ke Lumut, siap dah pi jogging tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. rasa macam kartun pun ada. Bajet raya jumaat aritu, SK.

      Delete
  2. ha'ah..dah boring mkn menu raya..hehe..sedap pajeri nenas, buh telur rebus pun sedap..

    ReplyDelete
  3. Hehhee... pajeri nenas letak telor senangkan kita yang buat nya. Salam Lebaran Nur mohon maaf zahir dan batin ya andai ada komen yang mengguris hati selama ini. Mrs. A dah mula kerja hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, Mrs. A. Saya pun minta maaf juga. Selamat bertugas, Mrs. A. 😊

      Delete