Jogging di Esplanade Lumut

 Jumaat, 9 Ramadan 1444 Hijrah.

Pada pagi Selasa lepas, saya pergi jogging juga. Saya dah biasa jogging waktu pagi. Masak pun, saya dah biasa waktu pagi. Jadi, petang bolehlah saya terlentang depan tv, rileks, atau pergi pasar ramadan, hehe..


Jogging Selasa sejauh 5.2 km. Alhamdulillah.

Saya slowjogging jer, langkah kecil, bukan laju pun. Tengok pace saya kat atas. Kalau kome fast walk, mesti boleh potong saya. Itu pun, saya bukan non-stop. Kejap-kejap berhenti, ambil gambar. Kejap-kejap, duduk sat, tengok laut.

Masa jogging hari Selasa, ternampak burung hornbill atau enggang. 


Selalu juga nampak burung hornbill ni kat sini. Yang lebih besar pun pernah nampak. Suka tengok. ๐Ÿ˜Š

Saya pergi jogging dengan suami. Dia kerja shif petang, jadi lepas hantar anak sekolah, free, boleh pi riadah. Minta tolong dia sat, ambil gambar depan papan tanda Lumut yang baru siap. 


Keesokan harinya, Rabu, pun saya pergi jogging juga.


Jogging hari Rabu adalah sejauh 5.38 km. Memang saya suka ambil gambar matahari naik. Dalam gambar di atas, boleh nampak sampah sarap bertaburan. Kalau tong sampah bertutup pun kera pandai buka, inikan pula tong sampah tidak bertutup. Lagi lah jadi mangsa kera datang cari makan. Jika anda zoom-in gambar di atas, boleh nampak seekor kera sedang duduk bertenggek di atas tiang sebelah kanan matahari tu.


Macam-macam cara nak tarik pengunjung. Tapi kedai makan Tungor ni, dah tak beroperasi dah. 


Burung kingfisher, duduk lepak atas tembok batu tepi laut.

Hari Khamis, saya off jogging. Tu la, bulan posa ni, bukan larat sangat nak jogging hari-hari. Badan suruh rehat, kita pun lepak rumah sahaja.

Hari ni, hari Jumaat, saya kembali pergi jogging.


Itu pun, setakat 4.37 km sahaja. Ok ler tu, Alhamdulillah. Kita santai-santai.


Sini memang tempat untuk orang jogging. Dia ada sediakan papan tanda kecil di sesetengah tiang, beritahu berapa jauh dah kita pergi. Bermula dari lokasi paling hujung di Marina Wing...


... dan anda teruskan saja perjalanan, masuk ke Esplanade Wing


... dan boleh terus ke Jetty Wing, boleh terus lagi, masuk kawasan persendirian milik the Orient Star Resort Lumut, dan boleh terus lagi, ada laluan sehingga hampir nak masuk ke navy base. Jika ikut, jarak lebih kurang  1.6 km, anggaran saya. Sebab saya pun tak pernah ikut laluan lurus. Mesti ada tempat saya melencong, atau pusing-pusing beberapa kali, lagi-lagi di Esplanade. 

Macam pagi tadi, saya minum air banyak waktu sahur, dah kena singgah tandas awam di jetti. Harga masuk 50 sen, tandas bersih.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat. 

Tu jer la nak cerita. Jumpa lagi, ye.

14 comments:

  1. wahhh best best๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘sy dah lama tggl jogging ni sbb pindah tmpt. kdg sabtu pn kena keje. insya allah nk psg azam lps raya aktif blk

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih, Anies, follow saya semula.

      Delete
  3. cantik betul kak, berlari sambil layang pemandangan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Alhamdulillah, tinggal dekat kawasan tepi laut ni, banyak pemandangan cantik.

      Delete
  4. tahniah sbb masih mampu berjogging pd bulan Ramadhan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah disajikan pemandangan menarik sepanjang berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA. Memang sini dapat tengok banyak jenis burung. Aman rasanya.

      Delete
  6. Agaknya burung hornbill ada sarang dekat-dekat situ. Itu pasal dia suka berlegar-legar di kawasan sekitar situ sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kan, Amie.. Kawasan situ memang banyak pokok besar dan tinggi.

      Delete