Selasa, 23 April 2024 - Tak pergi lari pun hari ini. Lepas hantar anak bongsu ke sekolah, saya dan suami pergi jalan-jalan cari sarapan.
Lajak sampai ke Capati Kari Kambing Bota. 😁
Suami ambil bihun goreng merah bersama sambal paru dan telur goreng mata. Saya ada kenangan manis dengan bihun goreng merah. Bihun goreng ada pelbagai rupa, boleh masak pedas, boleh masak ala chinese style, tapi bila saya lihat bihun goreng merah, saya teringat waktu saya makan masa saya kelas tadika MADA di Kangar, Perlis. Ada gambar dalam album keluarga. Saya makan bihun merah sambil kopek udang kecil. Dua-dua belah tangan saya guna, kopek udang. Hehe. Sekarang ni, kalau setakat udang kecil, dengan kulit-kulit saya makan.
Saya pula pesan capati 2 keping, bersama kari kambing. Kari kambing dia pekat dan cukup rasa. Daging kambing pula lembut. Kalau order satu keping capati sahaja, memang tak cukup. Hehe..
Saya pernah tulis entri tentang kedai capati ini di sini dulu.
Kadang tu, memang seronok bila encik suami off kerja, dan boleh jalan-jalan cari makan. Syukur Alhamdulillah.
Anda suka makan capati?
Orait. Jumpa lagi, ye. 😊