Saya takut, tapi...

 Isnin, 10 Syawal 1444 Hijrah.

Selamat Hari Pekerja, dan selamat bercuti kepada pembaca sekalian.... 😊

Saya keluar lari awal pagi tadi. Best, sebab tak banyak kenderaan di jalanraya. 

Tapi, kan... masa saya tengah lari, hampir nak kena kejar dengan anjing. Ada 4 ekor! Saya biasa lari ke hujung jalan bila sudah agak lewat. Hari ni, saya boleh lari ke hujung dulu awal-awal. Saya nampak ada anjing sedang lepak tepi pantai. Lepas tu, siap salak-salak kat saya. Marah la tu, sebab masuk kawasan dia orang. Tapi bukan pergi dekat tempat lepak deme pun. Salah sekor, siap datang dekat saya, kurang 2 meter lagi, saya pun tunduk, ambik pasir di kaki dan lempar kat anjing tu. Batu takde, encik! Nasib dia lari. Saya siap jerkah lagi, shhooh shooh dia orang, dengan suara yang kuat. Lari pun, satu group. Saya teruskan larian saya sampai ke hujung jalan. Bila saya toleh, anjing tu boleh pergi ke tempat saya berdiri tadi masa ambil pasir nak baling kat deme tu, dia cium-cium kawasan tu. Ada 2 orang mat saleh sedang jalan laju lalu situ. Keempat-empat ekor anjing tu pun macam beralih minat kat omputih tu pulak. Lalu hilang di balik semak. Peh, lega.. tapi masih ada sekor dok tunggu situ. Saya siap ambil batu masa di hujung jalan tu. Saya pun baling la, apa lagi... Lari dia... dan saya pun mengorak langkah seribu...

Peh... nasib selamat. Tak mau dah la ikut sampai hujung jalan pagi-pagi. Saya stay lari di kawasan Esplanade sahaja lain kali. Lebih selamat. Huu.. kacau daun betul. Terus heart rate naik, masuk zone merah. Huuu...

Lepas 1-2 kilometer, saya sudah rasa ok. Kadang tu, sakit hati juga bila ada gangguan anjing macam tadi. Huu... kuang ajor punya anjing... maafkan saya. Tapi takpe, rileks, rileks... kita kena berani. Bak kata seorang pendaki pada saya dulu, dia kata, jangan takut dengan binatang yang lebih kecil dari kita. Kita kan lebih tinggi. Tunjukkan yang kita ni tuan. Ujian seorang runner. 


Paneh bebenor, wei... lebih 8 kilometer, saya pun balik ler. Dah terlaju hari ni, pace 9. Biasanya, saya pace 10 saja. Alhamdulillah... rasa lebih happy bila dapat berlari. 


Habis dah... ini yang penghabisan, kek lapis Sarawak. Entah bila dapat rasa lagi. Kakak kedua bagi hari tu, masa jumpa beraya. Yang ni, rasa masam manis. Sedap juga. 😋 

Petang ni, nak kena hantar anak sulung ke hentian bas, dia dah nak balik Dungun. Cepat benor masa. Raya haji pulak kot, jumpa. Tak tahu lagi cuti bila. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye... 😊

20 comments:

  1. Gangguan perasaan jugak tu kalau terserempak dgn anjing masa lari.. anjer sungguh laaa. Sy tak boleh lupa pengalaman kena kejar anjing masa balik sekolah, sorang2 pulak tu, memang menangis dibuatnya laaa.

    Mesti sedih kan anak nak balik jauh, sy yg tak sampai 10 km pun sedih bila dia nak balik asrama 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menakutkan yek, SK. Sorang-sorang, kena kejar anjing. Rasa jantung turun ke kaki ler.
      Hehe.. betul cakap SK. Bila lambai anak muka ada senyum, tapi nangis dalam hati. Huhuhu...

      Delete
  2. Betul itu jangan takut. Jangan kacau binatang kalau ia tidak kacau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak kacau dia pun, tapi dia kacau kita, NA. Huhu..

      Delete
  3. Kek masam manis namanya. Fuhhh ngerinya kena kejar anjing. Saya pernah berbasikal lepas tu sekumpulan anjing berlari kat basikal sambil menyalak nampak gigi taring tajam semua. Dah disergah pun tak lari, nak turun lempar batu takut dia gigit dulu sebelum sempat turun. Sudahnya saya kayuh laju2. Nsb baik dieorg tak kejar dari belakang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh.. nasib baik ye. Memang menakutkan, Carneyz, sebab nampak gigi taring tajam tu semua. Huuu...

      Delete
  4. kalau lawan lari dengan anjing memang kita kalah tetapi kalau kena serang juga dengan anjing lebih baik ...sepakl bahagian perut sekuat hati...silap hari bulan anjing akan sakit dan mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. tima kasih, bagi tips, Encik Hanafi. Mudah-mudahan takde la sampai kena lawan dengan anjing. Datang dekat dengan kita pun tak mau ler..

      Delete
  5. Mmg takut kalau tgk ada anjing in group... mcm² diorang ni boleh buat... hehehe... tp org kata kalau tgk anjing buat² je berani nnt diorg x hiraukan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Kakmim.. saya akan cuba, lain kali. Buat berani atau buat-buat tak nampak. Hehe..

      Delete
  6. makin comel berseri2 nampak akak lepas raya ni...selamat hr raya maaf&batin kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afzan pun comei juga... :)
      Selamat hari raya ye, Afzan. Maaf zahir batin juga dari akak.

      Delete
  7. dahla dia berpasukan ye kak, kalau sekor ok lagi kot. Teringat ada sorang uncle cina penah pesan kalau nampak anjing buat tak tau je, jangan tunjuk kita takut kalau tunjuk itu dia kejar. Tapi kene tengok jugak jenis anjing yg degil berkawan2 mmg kadang jenis suka kejar org itu kene lari takut tak pasal2 kita yg masuk spital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Dana. 4 ekor! Akak takut!
      Tak boleh nak buat tak tau. Dia dah datang dekat. Baling je pasir, itu yang ada.

      Delete
  8. memang seriau bila jumpa anjing..kekdg anjing tu rileks je, kita yg gelabah...nasihat pendaki tu ada betulnya tapi anjing ni kes lain, dahlah najis mughallazah, kalau kena gigit...parahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, betul sesangat. Kalau boleh, tak mau anjing datang dekat la.

      Delete
  9. sy kalu kaw ramai org sy ok bla nmpk anjing. bla lalu kt kaw sunyi haihhh mmg sy akn jerit laa kalu kn mcm ni. sy cuma bimbang rabies je kalu kn gigit
    syukur laa xde apa2 berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang, bahaya rabies, kalau kena gigit dek anjing. Tu kalau boleh sebelum anjing mai dekat, kita tunduk bawah, baling segala benda yang ada.

      Delete