Ahad, 25 Ramadan 1444 hijrah.
Biasanya waktu lari waktu pagi, boleh rasa bahang panas. Matahari nampak oren dan besar. Tapi lain pagi tadi. Udara sejuk. Angin bertiup lembut. Jarang-jarang tau, cuaca macam ni kat sini. Macam malam lailatul qadar je semalam. Wallahualam. Rahsia Allah. Tu pasal kita dituntut supaya all out 10 malam terakhir.
Redup je pagi tadi |
Pagi tadi, sempat berlarian sejauh 5.13 km. Sekejap slowjogging, sekejap berjalan laju. Alhamdulillah.
Masa tengah lari, nampak burung enggang di pokok besar. Burung ni pemalu, tau. Macam lotong kelabu juga. Bila kita nak ambil gambar dia, dia akan pusing bagi belakang dia kat kita. Macam memerang jugalah. Elok dia berdiri tengok kita dari jauh. Bila kita bawa keluar henpon dari poket nak ambil gambar dia, terus terjun dalam laut.
Inilah gambar paling jelas dari henpon cap ayam saya.
Besar burung enggang yang saya dan suami nampak pagi tadi. Dia punya bunyi sayap bila dia terbang, "wosh wosh wosh" bunyi macam helikopter. Serius tak tipu.
Teringat movie hunger dia masak burung enggang ni. Erghhh tak dapat bayangkan...
ReplyDeleteSeronoknya akak lari-lari. kita ni dah lama tak lari. heheheh
Alamak, ye ke, gerun akak mendengarnya.
DeleteKalau nak, AO pun boleh lari-lari juga. :)
sekarang sudah tinggal beberapa hari menunju lebaran
ReplyDeleteBetul, pejam celik, pejam celik sahaja, cepat masa berlalu.
DeleteBurung enggang ni kalau sedang terbang, terdengar bunyi sayapnya berkepak-kepak.
ReplyDeleteNur cerita cili jeruk, baru teringat cili hijau dalam peti sejuk yang belum dijeruk! Lupa!
Ye, betul tu, Amie.
DeleteHehe... gembira dapat membantu.
Memang besar burung enggang ni. Tapi cantik dengan color kat burung ini.
ReplyDeleteJemput Singgah :Perodua Tawar Diskaun Servis Pakej AUTO RAHMAH 2023
Ye..
DeleteWah besar saiznya
ReplyDeleteYe, SR. Tak pernah tengok lagi besar macam ni.
Deletebetul tu kak, kalau kt rumah mak mertua pun selalu nampak enggang jugak memang besar burungnya. Lagila kalau musim rambutan sampai 2-3 ekor kadang tu. Murah harga kuetiaw nya tu kak
ReplyDeleteWah.. rumah mak mertua Dana pun ada.
DeleteBoleh la Dana. Ada juga tempat yang RM6, yang tu campur telur mata sekali.
Dah lama tak nampak burung enggang depan mata. Excited kalau nampak, tapi memang payah nak amik gambarnya. Kedudukan tinggi sangat.
ReplyDeleteBetul, Ujie, dia suka hinggap dahan tinggi-tinggi.
DeleteMalam 25 itu panas, saya kena mandi lewat. Hehe hari ini cuaca tidak panas sangat juga.
ReplyDeleteSelamat mengejar lailatul qadar.
Tima kasih, NA. Mari kita manfaatkan masa yang masih tinggal di bulan Ramadan ni. :)
Deleteburung enggang ni comel...itu bapak/atok dia kot yg saiz besar....ketiau goreng + cili jeruk..perghh...enakk..
ReplyDeleteHehe.. agaknya la, kot.
Deleteeh ada juga di lumut ya.. bln lps jumpa di langkawi. memang sayap bunyi wosh2. kalau tak ada cili jeruk mcm tak ngam
ReplyDeleteOoo.. kat Langkawi pun ada juga, burung enggang.
DeleteBetul, kurang lengkap kuetiau goreng tanpa cili jeruk.
Selamat berbuka puasa semua, kejap lagi .. org kg pernah duk lama kt Lumut..~
ReplyDelete