Lepaskan

 Semasa hari Sabtu, raya keempat hari tu, kami hantar anak sulung ke stesen bas. Tiba masa untuk dia pulang ke kampus. Dia sudah mula kelas semester baru sejak bulan puasa, tapi online sepanjang bulan. Lepas raya, mula kelas fizikal. Tiket bas balik Terengganu sudah dibeli sejak awal bulan puasa. Cuma bezanya, bas lain, biasanya naik bas Nini, tapi tiket tidak kelihatan di sistem lagi, bas lain ada. Jadi, anak beli tiket bas Kesatuan. 

Masa hantar di stesen bas, bas tidak kunjung tiba. Waktu berlepas pukul 6 petang. Bila tanya di kaunter, orang tu kata, 6.30 petang baru bas tiba. Pertama kali bas lewat. Biasanya, on time. Kami tunggu juga, walaupun sudah tiba di stesen bas sejak pukul 5.30 petang. 

6.30 petang, tak tiba lagi bas. Lebih kurang 10-15 minit kemudian, barulah tiba. Lepas check bas betul atau tidak, letak bag, selamat jalan anak. Kami pun pulang ke rumah.

Biasanya, bas akan sampai Terengganu dalam pukul 4-5 pagi. Waktu sahur keesokan harinya (waktu itu, saya belum siap puasa enam), saya whatsApp anak, tanya sudah sampai ke. Dia kata belum. Dia share lokasi, dia baru lepas Karak.

Astaga.... lambat lagi tu. Mula rasa risau dalam hati. Sebab hari itu, Ahad, dia sudah ada kelas. Tapi Allah tolong, kelas pertama, lecturer tukar jadi online. Jadi, dia masih boleh ikuti, walau belum sampai. Tanya dia, kenapa lambat sangat. Dia kata, trafik sesak dan bas berhenti lama di satu-satu kawasan, kadang sampai 1 jam berhenti. Aduh.... bila nak sampai ni.

Mula fikir macam-macam. Lain kali, kena suruh anak balik Terengganu hari Jumaat la, biar satu hari extra sampai awal. Ini, beli sehari sebelum kelas mula, dah kelam-kabut tak sampai lagi. Mana nak ambil kunci bilik lagi, nak hantar beg banyak lagi, nak pergi kelas lagi.

Biasanya, sebelum-sebelum ini, kami yang hantar dia masa mula semester baru. Sebab ada banyak barang. Tapi kali ini, suami saya tak boleh cuti. Jadi, anak sulung kena naik bas. Ada 4 bag anak bawa. Rebeh bahu dia. Dah la dia kurus cikeding. Kesiannya anak aku. 

Hari Ahad tu, buat kerja macam biasa. Pukul 9 pagi, mesej anak lagi. Dia masih belum sampai Terengganu! Astaghfirullahalazim.... meleleh keluar air mata saya, sambil siram pokok, memikirkan anak yang masih belum sampai. Syaitan berbisik jahat di telinga, suruh marah suami,"Ambil cuti balik kampung jumpa mak boleh. Ambil cuti nak hantar anak balik U, tak boleh pulak!" Dah susah anak aku. Jahat tau, syaitan itu. Suka buat suami isteri bergaduh. Saya ambil wuduk, pergi solat sunat dhuha, lepas tu, baca yassin, menyejukkan hati yang gundah gulana.

Dipendekkan cerita, akhirnya anak selamat sampai ke kampus. Saya tak bertanya sama ada dia pergi kelas selepas dia tiba atau tak. Yang paling penting, anak selamat sampai ke kampus. Lain kali, tak mahu lagi beli tiket bas Kesatuan, beli bas biasa saja, iaitu Nini. Kalau Nini tak ada online, beli saja di kaunter. Kalau tiada di kaunter, pergi KL dulu, transit di TBS, dari sana beli bas balik Dungun. 

Syukur Alhamdulillah, 16 jam anak dalam bas hari tu. Kegilaan apekah... Biasanya, dalam 12 hingga 13 jam perjalanan balik ke Terengganu, jika naik bas.

Anak sulung ada tinggal banyak barang. Bawa apa perlu yang penting-penting saja. Barang yang dia tinggal, ada dia senaraikan, dan saya pos keesokan harinya.

Bungkusan untuk anak.

Anak dah besar panjang, dah 21 tahun. Tapi kita masih anggap dia macam budak kecil. Kena belajar untuk lepaskan. Dia ada suarakan hasrat nak pinjam satu kereta, balik ke kampus di masa akan datang. Saya ok je. Kena belajar lepaskan, dan doa banyak-banyak, supaya anak selamat. Bukan apa, dulu kita susah. Jadi kalau boleh, kita tak mahu anak kita susah sebagaimana kita dulu. Tapi susah itu perlu juga, untuk dia belajar berdikari, dan ikhtiar hidup di dunia yang serba mencabar ini. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Semoga kita terus tabah dan diberi kekuatan untuk mengharunginya. 

Sekian cerita mak mak hari ini. 

36 comments:

  1. betul sgt...anak2 ni bila tiba masa nya kena la pelan2 lepas kan. MA pun...masih dlm fasa awal lagi.. berat rasanya but have to ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, MA. Berat, tapi kena buat juga. Anak dah besar, satu hari dia pun akan berkeluarga.

      Delete
  2. macam tu la kak perasaan kita pada anak,kalau boleh tak nak langsung anak rasa susah..
    semoga anak2 kita semua pejuang survival sampai tamat pengajian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Afzan.
      Aminnn.... semoga anak-anak kita semua kuat-kuat ya.

      Delete
  3. Lamanya dalam bas. Mungkin sebab musim raya.
    Betullah risau tidak sampai-sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Memang hari Sabtu, Ahad, nak balik Pantai Timur, sesak.
      Ha ah. Selagi anak tak sampai, camtulah.

      Delete
  4. Alhamdulillah... akhirnya sampai jua... Jalan jammed tu yang lambat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Zana. Sabor je la. Highway ke pantai timur sesak.

      Delete
  5. sebaya dgn anak sy. cuma anak sy pompuan dan study di UiTM Machang kira2 20 minit dari rumah. Tp thn dpn sy kena lepaskan dia belajar di cawangan luar Kelate. X leh selamanya dok d umah je. Meme x sama dgn sy yg sejak 13 thn dah dok SBP....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya, dekat dengan rumah.
      Anak Kelate, ramai jadi perantau sejak kecil ya, Abe Kie.

      Delete
  6. Alhamdulilah dipermudah untuk anak sulung kak nur di kampus dengan kendaraan...memang menunggu kepulangan orang orang terkasih membuat kadang gundah gulana karena saking sayangnya kita pada mereka...tapi jika kita dah serahkan semua urusan pada Alloh, insyaAlloh semuanya dipermudah dan yang terkasih pun dapat pulang dengan selamat setelah dalam perjalanan..benar kian hari mereka kan tumbuh dewasa...semoga kebaikan selalu menyertai, amin..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar walaupun memakan masa.
    Itulah kita kan Nur. Kerisauan itu tetap bergayut dalam hati memikir anak-anak terutama keselamatan mereka. Syukurlah Nur dapat halau syaitonirrajim dari terus bergentayangan menggangu emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kak Amie.
      Semoga anak-anak kita semua selamat.

      Delete
  8. Ye ye... 21 tu sebenarnya dah adult kan? Kita masih anggap budak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, uncle. Rasanya time dia orang dah kawin pun, dia orang akan tetap budak-budak pada kita.

      Delete
  9. Berat memang ya melepas anak untuk berada jauh, bagi semua ibu anak walaupun dah besar tetaplah bayinya ibu...sayapun begitu...begitulah kalau setan menggoda kita.. alhamdullilah baik"saja.

    ReplyDelete
  10. Biasalah mak2 mesti risaukan anak2 tak kira la anak tu masih kecik atau dah besar panjang. Alhamdulillah selamat sampai ke kampus jugak akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Carneyz, perangai mak mak.
      Alhamdulillah.

      Delete
  11. Setuju kak. Kita belajar utk lepas mereka supaya berdikari, tapi tetap saja jiwa seorang ibu suka ga tega kan. Terpikir banyak hal.

    Alhamdulillah akhirnya bisa sampai selamat ☺️. Next memang perlu beli tiket lebih awal sehari utk ksh waktu istirahat begitu tiba di destinasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny. Benda luar jangka Fanny, biasanya sempat. Kali ni, jalan sesak pula.

      Delete
  12. Hoho berani bagi anak bawa kereta ke Dungun. Keyakinan yang tinggi untuk anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia confident, NA. Kena repair kete elok-elok, sebab nak jalan jauh. Bapak dia akan teman dulu, masa first time bawa ke Dungun.

      Delete
  13. kadang2 kite sebagai ibu perlu bagi kepercayaan pd anak2.. tp hati ibu ni manalah x risau kan.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  14. Dania xde pengalaman naik bas pi kolej ke balik asrama ke..sebab SA dah belikan dia kereta untuk kemudahan dia..kolej pun x jauh mana kan..setakat alor gajah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Dania, Alhamdulillah, rezeki, senang nak ulang-alik belajar, ya, SA.

      Delete
  15. I feel u, Nur. Walaupun anak dah belajar dekat, tetap nak dia update bila sampai kampus. Dulu masa dia belajar di Ipoh pun macam tu, risau selalu tapi bak kata mak sy, kita jadi ibu ni kena keringkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu, SK. Kena belajar lebih keringkan hati. Saya coba, Insya-Allah.

      Delete
  16. nama pun mak...
    perasaan bimbang n khuatir tu tetap ada
    tanpa mengira usia anak...

    ReplyDelete
  17. Jauh perjalanannya. Mak mana yang tak risau kan walaupun berapa umurnya. Syukur selamat sampai. Mujur lecturer pun faham dan buat kelas online. Sampai masa kena lepaskan juga mengikut keperluan. Dalam masa yang sama nak anak berdikari dan belajar hidup susah supaya lebih berusaha di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Sebagai mak, cuma mampu doa dari jauh, semoga anak selamat dan dalam lindunganNya.

      Delete
  18. Ye mak….marilah belajar untuk melepaskan. Amm skrg kalau keluar kadang2 anak sulung taknak ikut sbb banyak homework plus dia nak study.

    Dalam pasa risau kita belajar juga untuk meninggalkan dan percaya walaupun tiap 15 minit tengok cctv. Ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak yang besor memang macam tu ler, tak mo dah ikut kita jalan.
      Hehe.. ada cctv tu..

      Delete