Masa hari terakhir puasa sunat syawal atau puasa enam hari tu, iaitu hari Rabu, 17 April 2024, saya tak masak, sebab suami ajak berbuka dengan nasi kandaq!
Ni dia.... nasi kandaq, bungkus dari Restoran Madinah Seri Manjung. Saya pesan lauk ayam goreng, telur masin dan sayur bendi. Suami pi tambah sayur kobis. Kuah campur, letak asing. Dekat nak berbuka, baru letak kuah.
Keesokan harinya, Khamis, 18 April 2024, saya mula pergi lari semula di luar, setelah sekian lama. Sepanjang bulan puasa, bukan tak ada lari langsung, ada, cuma saya lari dalam rumah sahaja. Tak kuat nak menahan dahaga di bulan puasa.
Larian Khamis, 18 April, sejauh 5.26 km. |
Tolak tepi pace. Kita mula slow balik. Tapi heart rate mencanak, masuk zon merah, sebab dah lama tak lari luar. Balik dari berlari, saya pergi pasar, beli ayam dan ikan. Balik rumah, basuh baju, mandi, sidai pakaian, barulah saya bersarapan.
Lewat dapat sarapan, dalam pukul 11.30 pagi. Sarapan 2 keping roti whole wheat bakar, dengan scrambled egg.
Lepas sarapan, saya masuk dapur.
Saya masak ikan keli goreng sambal hijau. Ini, lauk kegemaran anak bongsu.
Keesokan harinya, Jumaat, 19 April 2024, saya pergi jogging lagi.
Wahhh.. dah mula lari semula ya, Nur. Semoga diberi keafiaatan ya Nur. Oh, sy pun suka lauk keli sambal hijau tu, tapi kalau bubuh santan, lagi sy suka, hihi. Jadilah keli masak lemak pulak ye.
ReplyDeleteAmin, terima kasih, SK.
DeleteYe, ye. Ikan keli masak lemak pun best! Lain kali, nak masak tu pulak. :D
Dah lari lagi ya sis... sehat'selalu yaa..wah jadi ngiler liat makan nasi kandaq tuh, Sabtu Minggu hanya di rumah saja😁.
ReplyDeleteAmin, terima kasih, Mreneyoo.
DeleteHehe.. berehat di rumah sudah cukup rasa best, kan. Quality time with family.
Ikan gorengnya kok menerbitkan selera mbul banget kak nur...mbul suka banget ikan dimodel gitu...bisa mbul cemilin tanpa nasi 🤭
ReplyDeletecuaca tempat mbul tadi pagi mendung...kemaren yang panas bangat, alhamdulilah jadi agak adem tanaman di kebun dah disiramin hujan hahaha
Sama dengan Kak Nur, Mbul ni. Makan begitu saja pun sedap, kan.
DeleteSelamat berlari-lari Nur.
ReplyDeleteKelmarin ada jemputan raya, jemputan kahwin dan jemputan majlis ulang tahun. Hari ini di rumah saja.
Terima kasih, kak Amie.
DeleteWah, banyak jemputan tu. Boleh gantung kuali. Hehe..
Haah baru sahaja ada majlis keluarga di KL. Tumpang tidur rumah adik.
ReplyDeleteMesti seronok dapat lari semula.
Wah, NA turun KL.
DeleteSeronok campur malas, NA. Paksa diri, sebab makan banyak.
Sabtu SA masak- masak sebab adik lelaki balik, suami pun balik...tak kemana pun..tapi semalam Ahad SA anak beranak ke IKEA melayan suami yang ngidam meatballs...hahaha
ReplyDeleteWah, best tu, SA, pergi IKEA. :D
DeleteDi Lembah Klang ni kami masih beraya :)
ReplyDeleteRaya sebulan ya, PH. :)
Deletesedapnye ikan keli tu... tp ldy xpernah makan dgn sambal hijau...
ReplyDeleteSedap, Lady. Masak sambal merah biasa pun ok. Goreng ikan keli garing-garing pun sodap!
Deletewaahhh awal akak selesai Puasa 6 hehe.. Ana baru je selesai hujung minggu baru ni.. baru nak start cut sugar semula minggu ni hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ana. Tahniah ya, Ana pun dah settle. :)
DeleteSemoga istiqamah Ana, dalam cut sugar. Chaiyok!
Seronok kan dapat kembali ke rutin kita.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ujie. :)
Deletekami pun dah niat nak berlari dari awal tahun tapi ni dah tengah tahun belum start lagi,asyik berlumba makan je ada la
ReplyDeleteHehe.. jom Afzan, jom. Akak pun lepas raya ni, masih mood ke laut lagi, nak berlari.
Deletealhamdulillah..dah 6 hari dah puasa nya
ReplyDeleteAlhamdulillah, MA. Sudah settle. :)
DeleteSronok dh abis puasa...menu ikan Keli lama xmkn tp slalunya goreng berlado or goreng biasa je
ReplyDeleteAlhamdulillah, mama tisya.
DeleteSaya pun jarang beli ikan keli. Dah susah nak jumpa orang jual, kat sini.
waduhhhh sedapnyaaaa ikan keli
ReplyDeletefav saya juga tu
hehehe
kalau ada bau hamis2 lumpur kan
laaaaagi suka
hahahahah
Tudia... :D
Delete11.30 tu dah kira brunch
ReplyDeletehehehe
ha ah kan, Anies. :)
DeleteJauh berlari tu Kak Nur. Syoknya berlari di luar, luas permandangan. Bukan biasa-biasa pace tu. Macam nak test jantung tu kak.
ReplyDeletePace 12 je, Fizah. Orang kata, pace lepas beraya. Entah bila nak kembali ke pace 9, macam tahun lepas. Slow-slow la ye, kita cuba. Insya-Allah. Berusaha!
DeleteAmmi tak habis lagi puasa 6. Masih berbaki 4 hari gara2 demam dan sakit tekak sangat2.
ReplyDeleteAlamak. Harini dah 19 syawal dah, Ammi. Esok sambung, sempat lagi.
DeleteMemang, saya pun tak suka simpan uang dalam rumah kecuali yg untuk belanja kebutuhan hari2. Kalo uang raya, better langsung masukkan tabungan. Bisa hilang dalam sekejap 🤣. Nasi kandar nya sama seperti saya, tak terlalu suka kuah tuang banyak 🤣. Secukupnya sajaaa.
ReplyDeleteTapi terkadang mamak tuh suka cepat sangat tuang kuah. Blm sempat cakap tuang sedikit, dan penuh dituang dia 😂😂
Kan, bahaya simpan duit raya lama-lama di rumah. Takut terpakai shopping.
DeleteMamak memang, laju saja dia ceduk kuah.